CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korban banjir Brazil meningkat kepada 107 orang, kira-kira 1,476,170 penduduk terjejas

10-5-2024 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5630| Komen: 7

Description: SAO PAULO: Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.


SAO PAULO: Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.

Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, kira-kira 1,476,170 penduduk terjejas oleh bencana alam itu dan 136 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Hujan lebat telah menyebabkan darurat diisytiharkan di 80 peratus kawasan negeri itu.

Usaha menyelamat pada Khamis menjadi rumit selepas hujan lebat terus turun.

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk dalam sejarah negeri itu.

Sumber : - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-5-2024 02:59 PM
Cuaca ekstrem is real.


Quote tripleid 10-5-2024 04:21 PM
Ni balasan sbb tebang hutan Amazon la kan..padan muka.Cash on delivery!
Quote Triple_8 10-5-2024 08:17 PM
tripleid replied at 10-5-2024 04:21 PM
Ni balasan sbb tebang hutan Amazon la kan..padan muka.Cash on delivery!

Siapakah yang engkau padan mukakan? Rakyat marhein yang tidak pernah menebang sebatang pun pokok hutan? Dia yang tebang semua pokok hutan itu barangkali sedang nyenyak tidur dalam mahligai di negara orang putih. Sepatutnya dialah yang dipadan mukakan, bukan orang awam yang tidak berdosa, yang jadi mangsa!
Quote tripleid 10-5-2024 09:02 PM
Triple_8 replied at 10-5-2024 08:17 PM
Siapakah yang engkau padan mukakan? Rakyat marhein yang tidak pernah menebang sebatang pun pokok h ...

Satu dunia tahu presiden brazil sblm ni si Bulsonaro tu kuat tebang hutan amazon mcm lebai Pas kelantan tu tebang balak ulu kelantan..

So rakyat bodoh yg pilih pemimimpin bodoh akhirnya akn dapat musibah mcm kelantan skrg  kena kemarau/banjir besar sbb pilih pemimpin penunggang agama mcm lobai Pas yg suka merosakkan alam..so tanggung je lah akibatnya sbb korang jugak yg  bangang pilih pemimpin bodoh yg menunggang bangsa,agama demi kuasa dan $$..
Quote snowflakes 10-5-2024 10:54 PM
Dahsyat kan banjir dia
Main juta2
Malaysia ni ribu2 je
Quote green~tea 10-5-2024 10:56 PM
Kat KL pun buleh tahan tenggelam sungai ramal, ioi mall putrajaya puchong.. tambah2 klang shah alam bakalan tenggelam bawah paras laut
Quote naina 10-5-2024 10:58 PM
tripleid replied at 10-5-2024 09:02 PM
Satu dunia tahu presiden brazil sblm ni si Bulsonaro tu kuat tebang hutan amazon mcm lebai Pas kel ...

Ish hutan amazon dia tebang. Tak takut anaconda terlepas ke. Ni Banjir takut anaconda pun ikut banjir

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.043055 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top