CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai - "dia terus melarikan diri dengan berenang ke seberang"

10-5-2024 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6993| Komen: 29

Description: ALOR GAJAH: Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke tepi sungai gara-gara takut dicekup berkhalwat di Paya Lebar, Masjid Tanah, di sini pada malam ...


ALOR GAJAH: Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke tepi sungai gara-gara takut dicekup berkhalwat di Paya Lebar, Masjid Tanah, di sini pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 malam itu, suspek berusia 30 tahun dipercayai takut selepas berselisih dengan kereta peronda polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah.

"Suspek bertindak memecut kenderaan kira-kira sejauh 14 kilometer sebelum Perodua Myvi yang dipandu terjunam ke dalam sungai di Paya Lebar.

"Kemudian dia terus melarikan diri dengan berenang ke seberang dan meninggalkan teman wanita dalam kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ujarnya, pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut tidak menjumpai sebarang kesalahan dan suspek dipercayai melarikan diri kerana takut dicekup berkhalwat dengan teman wanita yang baru dikenalinya itu.

"Wanita berusia 26 tahun itu telah diselamatkan pihak polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum dihantar ke rumah saudaranya di Telok Gong.

"Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya lagi.

Sumber - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 10-5-2024 02:59 PM
gurl tu dpt tahu pakwe ada 3 rekod jenayah lampau, kalau tak jadi camni mmg tak tahu lah kot sampai ke sudah
Quote sharlenetexas 10-5-2024 03:12 PM
Lautan api tak sanggup ku renangi.

Sis, red flag sebesar alam dah tu.

Quote vanillaninja 10-5-2024 03:20 PM
Dah kahwin kot mamat tu. Kereta pun heols sanggup tinggalkan
Quote edayildiz 10-5-2024 03:38 PM
kalau xbreakup jgk mmg bodoh la perempuan ini
Quote epullipan 10-5-2024 03:42 PM
baru start ringan ringan then polis sampai ke camne
Quote Themilo 10-5-2024 03:51 PM
semalam sebelum isyak memang weols dengar bunyi siren kereta polis, then mak weols jenguk keluar & nampak la kereta ni kena kejar dengan polis.

Yang tak bestnya, media tak laporkan sekali yang kereta ni ada langgar penunggang motosikal sampai patah kaki yaaa.. celaka punya penjenayah..
Quote shy79 10-5-2024 03:51 PM
nasib jadi lagu ni..
kalau tak selamat jadi laki ko matpit ni
Quote syamzana 10-5-2024 03:52 PM
laaahaii berselisih dgn kereta polis je pun bkn polis tu mai ketuk kete.
byk sgt redflag mamat ni yg plg ketara bodo+gelabah kuda.org x buat apa2 lg dah menggigil
Quote ninja boy 10-5-2024 03:52 PM
Kereta sendiri punya sanggup tinggal ka
Quote prettyuglybabe 10-5-2024 03:59 PM
i tak rasa pun dia takut sebab tengah merendek..
tapi takut sebab ada kes dadah..
entah-entah urine tengah positif lagi..
Quote Gunama 10-5-2024 04:09 PM
Pompuan ni patut sujud syukur sbb tuhan selamatkan ko dr laki taraguna lagu ni. X nampak gak x tau la.
Quote lo_la 10-5-2024 04:55 PM
Blessing in disguise.
Run for your life dik
Quote I.K.A888990 10-5-2024 04:58 PM
berselisih je kan...bukannya polis tahan nampak sgt kau mmg buat salah haha
laki tu siap ada jenayah lampau lagi
Quote miu84 10-5-2024 05:11 PM
Lelaki red flag kemain ramai yaaa sekarang ni. Semoga pempuan single seluruh Malaysia dijauhkan dari jantan cemni
Quote MissVixen 10-5-2024 05:15 PM
Ada bawak dadah sampai hukum gantung ke ni. Kalau tangkap khalwat mana ada orang takut dan malu macam retis malaysia tu.
Quote Decaffeinated 10-5-2024 05:16 PM
prettyuglybabe replied at 10-5-2024 03:59 PM
i tak rasa pun dia takut sebab tengah merendek..
tapi takut sebab ada kes dadah..
entah-entah urine  ...

Komen yang cerdik. Tahniah!

Quote lasagnaklcc 10-5-2024 05:17 PM
Takat selisih takdenya sampai lari dr polis. Ni mesti rekod tak bersih ni. Bersyukur la dik dpt tau awal² kenal laki taguna.
Quote Decaffeinated 10-5-2024 05:19 PM
Themilo replied at 10-5-2024 03:51 PM
semalam sebelum isyak memang weols dengar bunyi siren kereta polis, then mak weols jenguk keluar & n ...

Wartawan mohong ko tak nak maki ka?

Quote Aliaskotonggo 10-5-2024 06:34 PM
mungkin lelaki tu cuma melaksanakan pesan pepatah melayu lama:

Bersedap2 dahulu, berenang2 keburitan kapal,
bersenang2 dahulu, berenang2 kemudian

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066389 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top