CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3911|Reply: 17

Asid sulfurik pekat banyak digunakan dalam industri pembuatan

[Copy link]
Post time 7-5-2024 11:44 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Asid sulfurik merupakan sejenis bahan kimia yang tidak mempunyai warna, berminyak dan bersifat menghakis.


Menurut Pakar Bedah Plastik, Rekonstruktif dan Kebakaran, Hospital Pakar Avisena, Shah Alam, Dr. Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad, asid sulfurik pekat banyak digunakan dalam bahan-bahan seksyen pembuatan seperti kilang-kilang, justeru asid sulfurik itu sangat kuat.


“Asid sulfurik pekat selalu digunakan dalam bahan binaan, tidak sama seperti asid di rumah yang boleh digunakan untuk mencuci sinki.


“Asid yang digunakan untuk mencuci sinki itu juga jika terpercik dan terkena pada kulit boleh menyebabkan melecur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Dr. Wan Syazli berkata, terdapat asid yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman pada tubuh badan.


“Sekiranya terkena asid, rawatan pertama yang boleh dilakukan ialah lalukan mangsa di bawah air yang banyak, jadi apa yang berlaku air itu boleh keluarkan asid daripada permukaan kulit.


“Tetapi, air tersebut boleh menyebabkan tindak balas kimia yang mengeluarkan haba dan haba itu pula boleh menyebabkan kebakaran. Jadi, perlu air yang banyak,” ujarnya.




Katanya, apabila asid sudah terkena pada badan kesannya boleh menjadi teruk kerana boleh membakar kulit sehingga ke dalam.


Ditanya mengenai tempoh pemulihan bagi kesan kebakaran kimia, Dr. Wan Syazli memaklumkan itu bergantung kepada kedalaman luka yang dialami.


“Bergantung kepada kedalam, kebiasaannya kes yang diterima kebakaran asid berlaku domestik iaitu di dalam rumah di mana melalui asid yang digunakan untuk mencuci sinki. Asid begitu biasanya sangat tidak kuat, tetapi apabila terpercik sedikit pada kulit boleh menyebabkan melecur.


“Rawatan serta pemulihan bergantung kepada tahap kebakaran maksudnya kedalaman, jenis luka dan bahagian mana yang terkena asid,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
iols pernah kerja handling dgn asid ini. Bayangkan, buka botol asid ini saja, dia punya wap yg keluar dr botol kaca simpanan asid ini, bila terhidu walau sedikit, kerongkong, dada, hidung rasa mcm terbakar dan perit. Setitik terkena pd ibu jari saja boleh merubah bentuk asal. But opkos nk handle asid ni iols wajib ada PPE lengkap. Harap si pelaku di kenakan tindakan keras.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 01:21 PM | Show all posts
camana pelaku tu dpt H2SO4 ni?? concentrated pulak tu kalau dah sampai 4th burn degree. biasa org guna pon dilute 30% pon dah cukup panas kena kulit boleh blister
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss cadangkan supaya lebih banyak kat sekolah,kat TV diajar tuk bantuan kecemasan...kalo cedera kemalangan mcm mn nk tlg..kalo kn asid mcm mn org sekitar nk tlg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:25 PM | Show all posts
ina_na replied at 8-5-2024 02:21 PM
Iolss cadangkan supaya lebih banyak kat sekolah,kat TV diajar tuk bantuan kecemasan...kalo cedera ke ...

sokong2...kat malaysia kurang lagi pasal safety diterapkan dari kecik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 02:42 PM | Show all posts
Aku syak diorg dpt kat sekolah takpun org dalam keje kilang yg guna asid ni. Cuma kat sekolah aku jumpa paling tinggi pun 2M aje molarity
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 03:38 PM | Show all posts


makin ramai orang jahat dah kenapa?  
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-5-2024 03:38 PM
makin ramai orang jahat dah kenapa?

Sebab makin ramai masuk islam sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by botol_tritan at 8-5-2024 03:57 PM

Bila tgk gmbar attachment n baca berita pasal faisal halim tu, kesian btl tgk dia. Semoga dipermudahkan process penyembuhan dia. Aminnn..
*teringat dulu, i pernah main dgn acid hydrochloric HCL (ni lagi kuat dari sulfuric) dekat lab chemical. Dia dlm balang kaca warna coklat hitam time tu. Gigih tuang dlm bikar kaca n test pakai ph paper. Ph paper showed ph0 yer. Yg line warna purple tu yg keluar. Tapi mmg berasap la once masuk dlm bikar. Bayangkan kalau kena dekat badan manusia. Jahat btl org sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:39 PM | Show all posts
Edited by _blackbird at 8-5-2024 04:40 PM
ina_na replied at 8-5-2024 02:21 PM
Iolss cadangkan supaya lebih banyak kat sekolah,kat TV diajar tuk bantuan kecemasan...kalo cedera ke ...

duduk bawah continous pancuran air (shower) sampai ambulance datang. rasa nya benda ni dlm kat sekolah ada ajar.
dalam lab ada emergency shower, kat tempat awam pon sama la kena jirus la dengan air pipe ke air pancut ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 04:50 PM | Show all posts
tungkai replied at 8-5-2024 02:42 PM
Aku syak diorg dpt kat sekolah takpun org dalam keje kilang yg guna asid ni. Cuma kat sekolah aku ju ...

boleh buat sendiri. skang dunia ecommerce, nak beli chemical dah senang. aku ada je jumpa oxalic acid & copper sulphate boleh beli online. this 2 ingredient, boleh extract jadi h2so4. nitric acid pon senang gak dpt, nitric + gula + heat pon boleh extract jadi oxalic acid. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya sungguh...nanti dgn penerangan ni ramai manusia jahat yg guna benda ni pada org2 yg mereka benci....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 05:33 PM | Show all posts
orang yang sanggup buat keja bodoh mcm ni apa depa fikir ehh? marah sangat ke?
berbaloi ke kalau masuk jel?

kalau org upah... berapa juta dapat? setakat ribu2 tu... ampa pi kerja jek la.
gaji dapat, ada medical benefit, ada company trip, ada dinner and dance, ada ramai awek... EPF, SOCSO pun hado.

pikir panjang sikit la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:26 PM | Show all posts
@aechae company awak pakai?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 8-5-2024 04:50 PM
boleh buat sendiri. skang dunia ecommerce, nak beli chemical dah senang. aku ada je jumpa oxalic a ...

Padahal nk beli chemical direct kt supplier kemain kena sign declaration surat ntah apa.. nk guna utk lab analysis je. Dpt ke sengal2 ni main jual beli tnpa kawalan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 8-5-2024 08:26 PM
@aechae company awak pakai?


Iols dh bertahun x main acid..relaks je skang duk dpn PC

Common lh H2SO4, HCl n HNO3 ni dlm lab..cuma jarang org guna yg concentrated, msti nk kena dilute..xda org yg saje2 berani nk tuang berasap2 tu slalu nya saling tolak menolak sape nk tukang tuang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2024 09:36 AM | Show all posts
pooh~key replied at 8-5-2024 03:46 PM
Sebab makin ramai masuk islam sis.

aku rasa tak juga.  sebab yang commit ni banyak juga yang jenis walanon.  dorang stress ye?  
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 05:40 PM | Show all posts
aechae replied at 8-5-2024 10:39 PM
Padahal nk beli chemical direct kt supplier kemain kena sign declaration surat ntah apa.. nk guna  ...

skang boleh beli online.. aku ada jumpa 1 chemical supplier mmg dia jual kepada mass consumer selain industry / lab. tapi malas nak disclose nama. siap ada shopee shop lagi. kurlasss jahhhhhh opis dia pon aku tau kat mana. processing dia je tak tau kat mana. rahsia betul tempat processing dia tu. wakakakakakaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.078722 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list