CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6069|Reply: 0

Palace belasah United, Ten Hag dalam bahaya

[Copy link]
Post time 7-5-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode

PEMAIN United kecewa selepas dimalukan Palace di tempat lawan. FOTO Reuters

London: Manchester United berisiko gagal melayakkan diri ke saingan Eropah musim depan selepas dibelasah Crystal Palace 0-4 menyebabkan Red Devils berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Michael Olise menjaringkan dua gol, di kedua-dua separuh masa, ditambah dengan jaringan Jean Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell, untuk kebangkitan semula Eagles sejak pelantikan Oliver Glasner sebagai pengurus.

Masa bagi pertukaran bos di Old Trafford mungkin akan berlaku tidak lama lagi kerana Erik ten Hag gagal untuk menahan kejatuhan dalam musim kedua beliau sebagai pengurus.

United hanya sekali sahaja tidak menyertai pertandingan Eropah sejak musim 1989-90.


Perkara itu berlaku selepas mereka menduduki tempat ketujuh dalam kempen tunggal David Moyes 10 tahun lalu dan beliau dipecat dengan ketika berbaki empat perlawanan.

United tidak pernah berada di tempat yang lebih rendah daripada tempat ketujuh dalam era EPL tetapi ia mungkin berlaku menjelang pertemuan dengan Arsenal yang mengejar gelaran liga di Old Trafford Ahad ini.

Ten Hag secara rutin menyebut masalah kecederaan sebagai punca kemerosotan prestasi pasukannya.

Pengendali kelahiran Belanda itu terpaksa menggabungkan pemain di bahagian pertahanan, apabila Casemiro terpaksa bergandingan bersama Jonny Evans yang berusia 36 tahun.

Kapten Bruno Fernandes juga tidak dapat diturunkan, sekali gus mencemarkan rekod sentiasa beraksi bersama kelab sepanjang kariernya musnah akibat mengalami kecederaan.

Palace tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir mereka apabila bekas bos Eintracht Frankfurt, Glasner mengambil alih pasukan.

Kelab London selatan itu perlu mengelak minat kelab lain terhadap Olise dan Eberechi Eze jika mereka mahu memulakan sesuatu yang lebih baik di bawah kendalian Glasner.

Olise menarik minat daripada United, Manchester City dan Chelsea dan menunjukkan sebabnya ketika dia melepasi bahagian tengah pertahanan pelawat sebelum merembat rendah menewaskan Andre Onana pada minit ke-12.

United gagal menyempurnakan walaupun satu rembatan tepat ke sasaran pada separuh masa pertama tetapi lebih malang gagal menyamakan kedudukan ketika perlawanan.

Mateta yang menunjukkan perubahan di bawah kendalian Glasner menjaringkan gol kesembilannya dalam 11 perlawanan pada minit ke-40 selepas melepasi Evans dengan mudah.

Tiada sebarang tindak balas daripada United selepas rehat pada malam yang mungkin menjadi masalah terakhir bagi kumpulan kepimpinan baharu kelab itu dalam menentukan masa depan Ten Hag.

Beberapa tindakan tangkas daripada Onana secara ringkas mengekalkan kedudukan ketika dia menyelamatkan percubaan daripada Eze, Will Hughes dan Mitchell secara berturut-turut.

Bagaimanapun, dia tidak berdaya untuk menafikan percubaan Mitchell pada minit ke-58.

Onana kemudiannya terperangkap oleh serangan Olise yang melepasi penjaga gol Cameroon itu di minit ke-66.

Perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City menawarkan Ten Hag satu peluang terakhir untuk menebus kesilapan, sekiranya beliau mampu bertahan sehingga 25 Mei.

Bagaimanapun, berdasarkan bukti ini, penyokong United bimbang City yang mengejar kejuaraan kali kedua berturut-turut boleh mengamuk di Wembley untuk memberikan penghinaan paling besar buat mereka.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... en-hag-dalam-bahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.396734 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list