CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20672|Reply: 4

[Tempatan] Kanak-kanak 10 tahun tawar seks, tak mampu ganti pemadam rakan

[Copy link]
Post time 6-5-2024 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-5-2024 07:41 AM

Kanak-kanak 9 tahun tawar seks, tak mampu ganti pemadam rakan

  • Oleh NURUL IZZATI ZAINI
  • 6 Mei 2024, 3:12 pm
Share on facebo

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin





KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak cukup duit untuk menggantikan pemadam rakannya, seorang kanak-kanak perempuan bersetuju menawarkan seks sebagai cara pampasan kepada kawan-kawan lelaki sebayanya.

Kisah itu diceritakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) yang berlangsung hari ini.

Ujarnya, tiada kes difailkan memandangkan kisah kanak-kanak perempuan 10 tahun itu disifatkan tiada liabiti jenayah.

“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama kepada dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya telah dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

“Kejadian itu berlaku tahun lepas dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shuhaily menzahirkan kebimbangan dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi sehingga menjadi ‘barah’ dalam masyarakat hari ini.
Ujarnya, kes rogol tidak dinafikan meningkat secara amnya, namun kes membabitkan remaja bawah umur juga menunjukkan pelonjakan setiap tahun.

“Jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur semakin meningkat setiap tahun. Kes yang dilaporkan kepada kami mungkin adalah sebahagian kecil daripada realiti yang benar-benar terjadi.

“Peningkatan ketara selepas pandemik Covid-19 kerana majoriti menggunakan media sosial untuk berinteraksi dan jumlah ini semakin bertambah hari demi hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE.



https://www.kosmo.com.my/2024/05/06/kanak-kanak-10-tahun-tawar-seks-tak-mampu-ganti-pemadam-rakan/#:~:text=KUALA%2520LUMPUR%2520%E2%80%93%2520Gara%252Dgara%2520tidak,Shuhaily%2520Mohd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow mana dia dpt inspirasi seks itu adalah commodity yg boleh dijual beli. Advance bdk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
i rasa diperdaya pun mungkin juga... awalnya kawan lelaki tu yang suggest utk buat benda tu...

mind u... sblm wujud internet pun berlaku benda2 begini, i boleh kata zaman tkde internet ni , pengetahuan tentang seks oleh kanak2 perempuan dpt hanya dari kawan lelaki . means kawan2 lelaki atau lelaki dewasa mmg dah "ajar" dia pasal seks... dan ada juga kanak2 perempuan yg di "ajar" boleh ganti seks dgn benda lain . sedih. kan. bukan senang yach jaga anak. be it anak siapalah yg menganiaya (lelaki) dan teraniaya (perempuan)  
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
hanya kerana pemadam?
dlm exam kot salah tulis tk sempat pun nk padam² ni. ko garis je sekali ayat yg salah tu.
umur pun baru 9 thn. dari mana dtg akal mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyedihkan tapi inilah realiti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.054662 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list