CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9507|Reply: 22

[Tempatan] Perosak rumah tangga juga wajar dinafi kenaikan gaji, kata Ahli Parlimen

[Copy link]
Post time 6-5-2024 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Perosak rumah tangga juga wajar dinafi kenaikan gaji, kata Ahli Parlimen

https://www.freemalaysiatoday.co ... kata-ahli-parlimen/

Nora Mahpar
06 May 2024, 03:00 PM


Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman berkata sektor awam perlu melihat swasta yang mengamalkan sistem penilaian prestasi sebagai contoh untuk menentukan seseorang pekerja berfungsi dengan baik. (Gambar Bernama)

Terdahulu perdana menteri mengulangi amaran dengan meminta penjawat awam setiap jabatan memantau dan mengenal pasti kakitangan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

PETALING JAYA: Selain penjawat awam ‘lembab’ dan tidak hadir kerja, mereka yang tidak bermoral termasuk perosak rumah tangga juga wajar tidak menerima kenaikan gaji bermula Disember ini, kata seorang Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang mencadangkan perkara itu berkata ia bagi memastikan sektor awam hanya diisi penjawat berintegriti dan tidak memberi kesan kepada prestasi baik kerajaan.

Katanya, sektor awam perlu melihat swasta yang mengamalkan sistem penilaian prestasi – petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai contoh untuk menentukan seseorang pekerja berfungsi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti dikehendaki majikan.

“Kakitangan awam yang mempunyai masalah moral dan integriti seperti punca kepada keruntuhan rumah tangga seseorang juga tidak patut diberikan kenaikan gaji atau pangkat,” katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa penjawat awam dengan prestasi tidak baik tidak layak dinaikkan gaji.

“KPI sangat efektif untuk menilai pencapaian kakitangan yang rajin bekerja atau sebaliknya. Yang layak saja patut menerima kenaikan gaji,” katanya kepada FMT sambil meminta Putrajaya memantau penjawat awam di Labuan supaya bersih dari masalah seumpama itu.

Dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri pagi ini, Anwar yang juga menteri kewangan mengulangi amarannya dengan meminta penjawat awam setiap jabatan memantau dan mengenal pasti kakitangan yang merosakkan nama baik perkhidmatan awam.

Beliau berkata, individu yang didapati melanggar disiplin tidak boleh menerima layanan sama termasuk mendapat kenaikan gaji.

“Ada yang pertikai, kalau di sekolah, mungkin lebih 90% guru menjalankan tanggungjawab. Ada guru yang cuai. Ada yang kadang-kadang tak hadir. Begitu juga masalah di jabatan. Ada golongan kecil rasuah, tak datang kerja…pelbagai masalah. Apakah kita harus beri layanan yang sama?

“Saya jawab tidak. Kita tak akan beri layanan yang sama. Jadi, sementara kita berikan satu anjakan radikal dari segi pengiktirafan dan habuan kepada penjawat awam, saya minta saudara untuk mengawal sendiri dan jabatan. Kenal pasti orang yang merosakkan nama baik penjawat awam,” katanya.

Pada sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ 1 Mei lalu, Anwar mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13% bermula 1 Dis, antara tertinggi dalam sejarah dengan peruntukan lebih RM10 bilion.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan juga akan meningkatkan gaji minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding ketika ini menyaksikan jumlah pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap RM1,795 sebulan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong 200%...  kktgn awam yg menyondol laki orang dan meruntuhkan  rumah tangga orang harus diketepikan dr kenaikan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh kasik campur aduk hal kerja dan personal da...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahha..

Kalo tak affect performance kat ofis cemane plak.?

Mcmana nak justify????

Aku pernah kena hadap staff yang asik bercinta dgn bini org, dia tu laki org.. bertahun aku sabor sbb performance keje so far okay masa tu, sambil monitor dia.. ye laa takut la tiber bini dia datang tpt keje mengamuk... ada jugak panggil utk advice tp tak jalan..

The moment dia affect performance keje, dpt bukti kukuh.. terus aku buang mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana nak balance antara professionalism, logic dgn hati perut org tu ada anak bini nak kena suap...


Kesimpulan dia.. kena be objective and tengok appraisals lah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:05 AM | Show all posts
biasanya klu staf biasa2 akan kena tindakan sebegitu, klu bos2 yg buat...hurmmmmmmmmmm. naik gaji mcm biasa jugalah. aib bos kn tutup sbb nanti malukan organisasi tp aib staf bawahan kena tunjuk sbb nak yg lain jadikan tauladan. x gitu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lelaki/perempuan yg dah kahwin menggatal ngan perempuan/lelaki lain mcm mana? Kes sondolan ni biase nye suami org yg miang. Kenapa cuma satu pihak disalahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni terpakai utk kerani cabuk jerr.....klau kjn madanon yg ada kes mhkmh tertido dlm bilik org pun blh dilantik jd muntri apatah lg yg prima facie 47 kes nuart leh wat bodo jerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 10:24 AM | Show all posts
penyondol layak direjam
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 01:31 PM | Show all posts
MP ni memang bodoh ka wartawan salah quote di luar konteks?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 04:48 PM | Show all posts
Firenzza replied at 7-5-2024 09:59 AM
Kes ni terpakai utk kerani cabuk jerr.....klau kjn madanon yg ada kes mhkmh tertido dlm bilik org pu ...

muntri relijen tu eh



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-5-2024 04:48 PM
muntri relijen tu eh

X tau apa ending kes tu.....syp sunyi trus
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenaikan gaji banyak betol hanky panky

Chegu yang kata jangan gembira dulu sebab apa2 boleh berlaku sebelum kenaikan gaji, tersenyum sinissss jahhh

Betol la tu, nak bagi kenaikan tapi syarat macam2
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 7-5-2024 08:05 AM
biasanya klu staf biasa2 akan kena tindakan sebegitu, klu bos2 yg buat...hurmmmmmmmmmm. naik gaji mc ...

Betul sgt. Kalau level bos² skandal, buat hal just sayup² jer org bercerita sebab takut nnt efek SKT & kena tukar opis.

Ada staf skandal dgn bos smp bercerai & kawin sesama skandal. Mula² jer org ckp pastu senyap, yg bos tue aman² naik pangkat/gred tiap 3-4 thn.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang aku kenal anak 6, scandal dengan lelaki anak 3. Kira bini orang dengan laki orang la. Bila kantoi, dia tuduh laki dia gay. Cilanat sungguh la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-5-2024 09:59 AM
Kes ni terpakai utk kerani cabuk jerr.....klau kjn madanon yg ada kes mhkmh tertido dlm bilik org pu ...

Terbogel dlm bilik tamu rumah kawan tu ke? Lembut je suaranya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2024 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo pegawai atasan lelaki yg menyondol pekerja bawahan lelaki, efek naik gaji jugak ke.

Sayang tak perlu malu. U just have to face it #A&W

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 07:33 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 15-5-2024 09:16 PM
Betul sgt. Kalau level bos² skandal, buat hal just sayup² jer org bercerita sebab takut nnt efek ...

hakikat duniawi, yg berpangkat klu buat kesalahan kena tutup aib mereka supaya x cemarkan nama agensi/jabatan. klu bilis kena buka aib sbb nak 'sucikan' agensi daripada parasit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:40 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli parlimen yang ponteng parlimen pun x payah kenaikan. Potong RM100 setiap kali ponteng parlimen.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.149589 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list