CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3376|Reply: 0

[Pahang] Ibu tunggal rugi lebih RM100,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

[Copy link]
Post time 6-5-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode

KUANTAN: Seorang ibu tunggal mengalami kerugian RM108,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan Bitcoin yang tidak wujud yang ditawarkan dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, mangsa yang juga kerani berusia 37 tahun berminat menyertai satu skim pelaburan saham yang dijanjikan keuntungan lumayan melalui Instagram, awal Mac lalu.

"Mangsa membuat pelaburan RM109,540 dengan membuat transaksi sebanyak 26 kali kepada 15 akaun bank berlainan.

"Mangsa mula tersedar telah ditipu selepas suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan terbabit sebelum mangsa dapat mengeluarkan keuntungan.


"Siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada wang simpanan dan pinjaman keluarga dan rakan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud dalam talian.

"Masyarakat juga diingatkan membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... laburan-tidak-wujud

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.137999 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list