CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3316|Reply: 0

Faisal dijangka terlepas lawan Kyrgyzstan, Taiwan bulan depan

[Copy link]
Post time 6-5-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

FAISAL (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Korea Selatan di Piala Asia di Qatar, Januarli lalu. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Harimau Malaya bakal berhadapan tugas berat apabila tonggak penting, Faisal Halim dijangka terlepas baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 /Piala Asia 2027 yang akan berlangsung bulan depan.

Faisal yang menjadi mangsa disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah, semalam mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian belakang badan dijangka perlu berehat lebih lama dan tidak dapat beraksi menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain Selangor FC itu perlu melupakan seketika dunia bola sepak dan fokus kepada pemulihan dirinya.

"Beliau dalam keadaan sedih, tapi Insya-Allah saya rasa beliau berjiwa kental.


"Yang pentingnya saya kata kepada Faisal tadi (semalam), lupakan seketika bola sepak untuk pastikan beliau cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan mendatang selepas terkena asid pada badan beliau," katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital di Damansara, malam tadi.

Kejadian seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan dipukul turut memberi kesan amat mendalam buat Hamidin kerana mereka adalah tonggak penting kepada skuad negara.

"Saya berpendapat bagi pihak diri saya mahupun FAM, berasa sedih dan kesal. Perkara ini terjadi kepada dua pemain dan kedua-dua ini adalah pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

"Kita harap siapa yang bertanggungjawab itu dapat dikenali pasti agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan secepat mungkin.

"Saya dan seluruh peminat peminat bola sepak mendoakan supaya Faisal dan Akhyar cepat sembuh," kata Hamidin.

Situasi itu sudah pasti akan meresahkan perancangan ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dalam usaha untuk mendapat dua kemenangan pada dua perlawanan penting itu.

Faisal ketika ini sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam.

Khamis lalu, Akhyar turut menjadi mangsa samun dan mengalami kecederaan di bahagian kaki serta didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompet.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -taiwan-bulan-depan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.525537 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list