CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8758|Reply: 3

Lelaki gemuruh tulis lafaz nikah di tangan

[Copy link]
Post time 6-5-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode






JAKARTA – Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya, lapor portal berita Okezone semalam.


Detik gementar itu dikongsi oleh pengguna akaun TikTok @romansahpro. Rakaman itu menunjukkan pengantin lelaki duduk sambil berdoa dan terlihat cacatan di tangannya ketika kedua-dua  tangannya diangkat.


Di sebelah tangannya terdapat catatan ‘saya terima nikahnya…’ iaitu bacaan lafaz akad nikah sekiranya  dia terlupa. Idea  lelaki itu membuatkan netizen menggelengkan kepala.


Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata, lafaz akad nikah yang panjang beserta nama pasangan mungkin menyukarkan pengantin lelaki itu menghafalnya.


Situasi itu menjadi lebih buruk ekoran rasa gementar yang dihadapi setiap pengantin lelaki  apabila berdepan bakal bapa mertua semasa upacara akad nikah. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Org kawen mmg akan gugup mcm ni ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 10:05 AM | Show all posts
gemuruh sangat nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:12 PM | Show all posts
"Aku Terima Akan Nikah Nya" atau "Aku Terima"...tu pun cukup.

apa susah sangat sampai nak buat syarat2 yang tak tentu pasal.

kena sambung terus tak boleh berenti,

kena satu nafas,

tak boleh sebut "Nya" dua kali lah...

tu belum masuk jenis tok kadi yang konon nak bergurau senda duk suruh baca itu ini...

suka duk buka aib org...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.866383 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list