CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2938|Reply: 0

[Kelantan] Konflik lama dipercayai motif tembak

[Copy link]
Post time 5-5-2024 03:45 PM | Show all posts |Read mode

ZAKI Harun (tengah) bergambar bersama sebahagian pelajar SM Sains Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa sempena Majlis Perlantikan Pemimpin Murid 2024. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian tembakan di sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas dekat sini, awal pagi semalam, berunsur konflik lama.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu beberapa das tembakan dilepaskan ke arah rumah terbabit menyebabkan dua kenderaan rosak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tembakan yang dilepaskan mungkin bersifat amaran dan ada kaitan dengan kes lama iaitu bersabit dengan Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK) kerana merusuh.

"Senjata api yang digunakan dipercayai jenis pistol semi auto yang menggunakan peluru jenis Luger 9mm dan kita kesan kejadian itu berlaku berdasarkan elemen kes sebelum ini, mungkin konflik dari situ.


"Mangsa yang juga pengadu berusia 33 tahun sendiri mempunyai tujuh rekod lampau dan kita percaya tembakan itu ada kaitan dengan kes (Seksyen) 148 KK.

"Kita syak mereka saling mengenali (suspek dan mangsa) dan setakat ini dua suspek sedang dikesan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan sebuah keluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Y15 sebelum melarikan diri dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu, di sini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan setakat ini sudah mencecah 80 peratus dan usaha mengesan dua suspek sedang giat dijalankan namun percaya kedua-dua lelaki itu masih berada sekitar Kelantan.

"Kita memperketatkan kawalan di sempadan kerana dikhuatiri lolos ke negara jiran dan dalam masa yang sama rondaan serta pemeriksaan turut dijalankan.

"Kita juga akan mengesan jika turut terdapat individu lain yang terbabit dalam kejadian ini walaupun hanya membantu namun dalam masa sama menganggap ini bukan kes terpencil dan kita yakin dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu beliau hadir di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa merasmikan Majlis Perlantikan Pemimpin Murid 2024 membabitkan 156 pelajar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rcayai-motif-tembak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.084325 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list