CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5218|Reply: 19

'Jangan palitkan saya isu Ruhainies, kami dah berdamai' - Janna

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Janna Nick pada majlis rumah terbuka Warner Music Malaysia di Aloft KL Sentral. FOTO HAZREEN MOHAMAD





Kuala Lumpur: "Tiada niat untuk saya menyindir atau 'spill the tea' (tumpahkan teh), tidak!," tegas pelakon Janna Nick mengenai video tular dirinya mengusik Ruhainies dengan gelaran penyondol ketika temubual dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) lalu.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata, itu adalah video lama yang dikeluarkan semula dan apa yang dipapar dalam temubual berkenaan hanyalah dibuat mengikut isu semasa yang berlaku ketika itu.

"Saya dengan Ruhainies ketika itu sudah berdamai dan tiada lagi pergaduhan antara kami. Jadi, kenapa saya nak menyindir perkara yang tidak baik terhadapnya? Sebenarnya, itu hanyalah gurauan.

"Tolong jangan cuba palitkan saya dengan isu ini (kontroversi Ruhainies), sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak. Jauh di sudut hati saya, tiada niat pun mengata orang yang sudah jatuh ditimpa tangga.

"Sebab, saya anggap ini ujian mereka. Kita pun tak nak jadikan ujian ini (yang menimpa Ruhainies) sebagai bahan jenaka kerana takut akan berbalik kepada kita," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon drama Melastik Ke Hatimu di TV3 ini berkata, siapa dia untuk menyindir situasi dialami oleh orang lain, namun bersimpati dengan nasib dihadapi semua pihak yang kini berdepan kontroversi terbabit.

Baru-baru ini, tular video Janna mengusik Ruhainies sebagai penyondol, berikutan kini masih hangat diperkatakan mengenai insiden pelakon itu yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di kediamannya di sebuah kondominium mewah di ibu kota, pada 9 Mac lalu.

Terdahulu, Janna bersama suami, Dini Schatzmann ditemui media ketika hadir pada sambutan majlis rumah terbuka Warner Music Malaysia, Raikan Raya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Janna turut menerima Anugerah Platinum Penjualan Digital single Gatal nyanyiannya yang popular hingga menarik perhatian pendengar muzik di luar negara, termasuk Mexico.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
JN preggy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:53 PM | Show all posts
Bijik la.
Sendiri terlepas cakap, pastu salahkan org lain sbb salah paham.
Baik ko diam je
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pregnant ke..buncit perut
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-5-2024 12:55 PM
Pregnant ke..buncit perut

mcm besar sgt buncit tu.. lgpun dia mmg tgh ttc tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk betul mekjanna pakai tights/legging jadi hos melodi. Nmpk kepala lutut besar. Sheols pakai mcm high school japanese girl konon. Tapi bila kamera tujuk full body mmg nmpk buruklah. Macam lampu studio terpantul kat kepala lutut sheols.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulok... kut mung lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 5-5-2024 12:57 PM
mcm besar sgt buncit tu.. lgpun dia mmg tgh ttc tu

Ttc tu apa...akak blur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-5-2024 01:00 PM
Ttc tu apa...akak blur

utk org² yg journey "try to conceive" kak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 5-5-2024 01:03 PM
utk org² yg journey "try to conceive" kak

Oh..ok ok....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bentuk perut bulat mcm perut preggy…if betui…alhamdulillah…tahniah janna dan dini…
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
semua vid pasal nrf naik skrg..nasib la mekjan oi..nsb baik depa x korek zaman purba yg hang gaduh dgn nrf dl..zaman2 tomboi
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
besar nau perut Jannah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nordin84 replied at 5-5-2024 03:57 PM
semua vid pasal nrf naik skrg..nasib la mekjan oi..nsb baik depa x korek zaman purba yg hang gaduh d ...

huishhh ada keeee kes ruhanat ngan jenna ni? dulu minat juga ngan ruhanat tu sbb mcm dia tu pandai bawa diri, takdelah kontroversi bkn2, pastu masa tu minat NC, yg ruhanat ni femes pun sbb dia sll kemut2 mulut tu supaya nampak cam ND, sekalliiii huishhhh sailang suami bff siap hati jahat gilerr mcm2 plan nak jatuhkan orang yg dia claim bff tu ngan combo menunggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bintangct replied at 5-5-2024 12:57 PM
mcm besar sgt buncit tu.. lgpun dia mmg tgh ttc tu

rasanya dia dh pregnant, wow, congrats!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kalu pregnant..kalu belum cuba lg..bdn janna ni cepak membagak kan, kut ada masalah pcos..adui jgn kecam mak, mulut lancor benor. Jannadini junior harus la comey kan kacuk siam+swiss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisahlah, tapi skrg ni, sapa2 je yg cuba sindir2 bella atau tunjukkan sokongan pada pihak satu lagi, mesti x lama pastu bella dtg jumpa dan berbaik2

Betul tak @ninajaybee
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah pregnant tu, kurang2 kan lah mulut hansuang sheols tu mengata orang. Tengok kat melodi tadi pon mcm overrr sgt si janna ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 09:28 AM | Show all posts
Kalau buncit lain, ni perut bulat sah bunting! Tahniah janna, jangan gado2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
esteryen replied at 5-5-2024 06:18 PM
huishhh ada keeee kes ruhanat ngan jenna ni? dulu minat juga ngan ruhanat tu sbb mcm dia tu pandai ...

cite kimchi utk awk,ruhanat tuduh mekjan hasut mike ang jgn ambil dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 1.150206 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list