CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3182|Reply: 10

Liza mahu Naqib lakar nama dalam bidang seni atas usaha sendiri

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Liza Abdullah bersama anak lelakinya.





Kuala Lumpur: Pelakon senior, Liza Abdullah, mahu anaknya, Zulsyahmi Naqib untuk mencipta nama dengan usaha sendiri dan bukan ditawarkan kerja seni kerana 'kabel' daripadanya.

Liza, 60, ketika dihubungi berkata, dia menggalakkan Naqib, 22, yang kini mula bergiat aktif dalam industri hiburan untuk menyertai kelas lakonan sekali gus mengasah bakatnya.

"Ada juga kawan pengarah dan penerbit yang mahukan dia (tawarkan), tapi kadang-kadang mungkin mereka mahukan kerana Naqib adalah anak saya.

"Saya takut kalau mereka hampa dengan lakonan dia nanti tak akan ada yang tegur sebab anak saya, jadi saya tak mahu perkara itu.

"Kalau boleh ketika ini biarlah dia pergi kelas lakonan biar ada asas dan keyakinan terlebih dahulu sebab sebelum ini dia agak kurang yakin untuk berlakon.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Kalau orang suka dengan kehadiran dia dan boleh memberi manfaat kepada orang, saya harap dia boleh teruskan dalam bidang ini," katanya kepada Harian Metro.

Liza juga menganggap tawaran yang diterima Naqib adalah sebagai pembuka pintu rezeki buatnya.

"Kalau boleh, saya sama sekali tak mahu gunakan kedudukan saya ini untuk menaikkan namanya. Saya mahu dia mencuba sendiri untuk terus bertahan dalam bidang ini.

"Bagaimanapun, sejak kami terbabit dalam program Jom Berbuka yang ditayangkan di TV3, banyak tawaran yang datang untuk kami.

"Ini pun mungkin rezeki dia sebab menjaga saya. Pada masa sama, saya nasihat dia supaya ambil peluang ini, berikan yang terbaik, jaga nama saya dan jangan hampakan orang," katanya.

Sejak muncul dalam program masakan itu, nama Naqib mula menjadi sebutan lebih-lebih lagi apabila wajahnya dikatakan mirip dengan Justin Timberlake dan Tomok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 02:09 PM | Show all posts
iras laki lopa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 5-5-2024 02:09 PM
iras laki lopa

Kacuk tomok sket…
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:30 PM | Show all posts
liza abdullah dah umur 60 ye... tapi nampak sgt sihat dia.. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
muka lelaki tu macam muka pelakon Liza Othman... kalau ayat anak liza pelakon, mungkin org dulu2 fikir tu anak pelakon liza othman
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Perrgh dah 60 acik ni tapi nampak muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas muncul program maska tu mmg jadi sebutan ke anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la iras tomok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo berlakon drama bole offer bini jah jadi bapak, tomok jadi pak usu, naqib ni jadi anak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla groom Jadi pelakon. Kayu pon xpe asal sedap Mata memandang
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2024 11:46 AM | Show all posts
kusangka bini bungkus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.130678 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list