CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2418|Reply: 14

Hubungan dengan Syafiq, semua kerja Tuhan - Mimi Lana

[Copy link]
Post time 28-4-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Mimi enggan memperkatakan soal hubungannya dengan Syafiq, bimbang membuatkan orang ramai jemu. - Foto IG Syafiq Kyle



KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya juga minta Syafiq doakan saya ketika berada di Makkah."

Demikian jawapan pelakon Mimi Lana bila bekas tunangnya yang juga pelakon Syafiq Kyle turut mendoakannya ketika menunaikan umrah pada Ramadan lalu.

Mengulas hubungannya dengan bintang filem Sheriff itu, Mimi enggan mengulas disebabkan gusar membuatkan orang ramai jemu.

"Saya tak nak cakap soal hubungan ini lagi. Kalau saya cakap berulang-ulang nanti orang anggap saya asyik cakap benda sama.

"Tapi, apa yang saya boleh cakap, ini semua kerja Tuhan. Insya-Allah, saya 'follow the flow," katanya yang ditemui pada sidang media drama bersiri, Framed arahan Sein Qudsi di Dadi Cinema, Pavilion, di sini, semalam.

Berkongsi mengenai drama Framed, Mimi yang membawa watak utama sebagai Lia berkata, drama lapan episod itu antara naskhah yang memberikannya tekanan.

"Menjayakan watak Lia adalah satu perkara 'intense' kepada saya sebab Lia seorang yang berhadapan dengan depresi dan bergantung dengan ubat.

"Dia kehilangan ibu sejak usia 10 tahun dan membesar dengan menjaga ayahnya yang sakit.

"Jadi, untuk saya memasukkan roh ke dalam watak Lia, saya perlu menjadi seorang yang sedih dan sangat 'intense'.

"Ini kerana saya datang daripada keluarga bahagia dan tak pernah melalui pengalaman seperti ini. Jadi, watak Lia sangat memberikan tekanan, tetapi tidaklah sampai kemurungan," katanya.

Menjayakan watak Lia, Mimi mengakui, dia melantik guru lakonan peribadi bagi memastikan mampu menyelami karakter Lia dengan baik.

"Saya selalu ambil serius dengan setiap projek yang dibuat. Saya rasa sangat komited dengan apa yang saya buat dan mahukan terbaik.

"Jadi, kalau ada benda saya perlu buat seperti melantik guru lakonan, saya akan buat. Selepas dua minggu penggambaran drama Framed, saya mahukan lebih bimbingan untuk saya lebih faham dan mendalami karakter," katanya.

Drama rantaian Framed memaparkan misteri konspirasi jenayah yang membabitkan takdir dan beberapa kejadian di luar kawalan bakal bersiaran di Astro Premiere pada 3 Mei depan.

Drama itu menggandingkan Meerqeen sebagai Edi dan Mimi Lana (Lia), selain Sangeetha (Rita), Ram Raaga (Navin), Riz Amin (Gibran), Zamarul Hisyam (Mansur), Khir Rahman (Hassan), Nam Ron (Aziz) dan Ka Hoe (Ka Hong).

Ia menyusuri perjalanan Lia, seorang wartawan yang menemui kamera polaroid lama di mana kamera mampu mencetak tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.

Berbekalkan petunjuk gambar dicetak, Lia secara tidak sengaja membuka penyiasatan mengetahui kisah kehilangan ibunya.

Ketika siasatan dijalankan, Lia bertemu Edi, aktivis alam sekitar. Mereka juga mendapat petunjuk konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di Bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu yang turut dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Selain merungkai isu jenayah kehilangan ahli keluarga, drama Framed turut menyingkap penyiasatan konspirasi persekitaran dengan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan dan tanggungjawab dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereput jadik baja fosil la hubungan korang berdua. Ntah pape. Takyah nikah la. Kawen dah lama kan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la mimi yang pasti lubjub syafiq dah jadi tatapan seantero rakyat malaysia 1 ketika dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
I kalau tgk relationship deme ni selalu teringat intam ladyana+kamal adli. Last2 putus jugak. On off on off nampak kamal adli tak serious. Sama la mcm si sapik ni nampak tak serious. Lumrah laki gini la eh, kebanyakan suka mengejar. Kalau pompuan yg tergila3 kan lelaki, laki ni rasa kurang thrill. So....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Abaikan sajalah couple propa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 28-4-2024 02:31 PM
I kalau tgk relationship deme ni selalu teringat intam ladyana+kamal adli. Last2 putus jugak. On off ...

Kamal masa dengan Intan tu I boleh la faham lagi kalau dia belum ready nak kawen, muda lagi kot, career pun belum stabil. Si capik ni dah early 30s kot, takkan la takut popularity menjunam lepas kawen.

Rugi la Mimi ni buang masa tunggu capik ni, dia boleh dapat berganda lagi baik. Capik ni rupa pun taraf beshe² je, harapkan popular je la yang boleh up kan value dia sikit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
"Mimi enggan memperkatakan soal hubungannya dengan Syafiq....."

Tak payah cakap apa2 lah... Letih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dah jemu. Lantak koranglah.
Berlakon jelah elok2. Job tgh banyak tu utk dua2 org ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
.
.
aku ada tgk ig perbualan kak dolly dgn mimi...
aku dgr kak dolly kata laki dia tgk cerita yg capik blakon tu....
then mimi ckp cerita tu adalah dari production house capik sendiri punya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 28-4-2024 04:08 PM
.
.
aku ada tgk ig perbualan kak dolly dgn mimi...

Cerita apa? Baguslah ada production sndri
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Geeayden replied at 28-4-2024 05:09 PM
Cerita apa? Baguslah ada production sndri


Tajuk cerita dia "doh" rsnya...ada kat netflix
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan pendek katik jugak lah jadi igauan..

Mimi ni buleh dpt yang jauh lagi elok kog
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa mimi ni taste syapik. Syapik minat yang gebu2 putih mcm uqasha senrose and Hanna delisya..lagi satu Dia couple dengan mimi mcm sorok2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tak de sparks kot
kawan je la
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah la lana.. cari je lain.. Sapik tgh mendonia sejak kutipan Sheriff mencanak2 meletop kat pawagam... Semua review aku baca, cakap lakonan sapik bagus..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.450889 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list