CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24386|Reply: 14

[Dunia] Tidur ketika penerbangan, juruterbang digantung tugas

[Copy link]
Post time 10-3-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-3-2024 10:55 PM

KEMENTERIAN Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah penerbangan awam kementerian M. Kristi Endah Murni berkata siasatan menyeluruh bakal dijalankan dan hukuman akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat.

“Seorang pemeriksa kapal terbang akan dihantar untuk menangani Penyelesaian Isu Keselamatan, menentukan punca dan mengesyorkan tindakan sewajarnya terhadap pengendali syarikat penerbangan dan pengawal selianya,” katanya.

Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua juruterbang itu tertidur kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air BTK6723 pada 25 Jan.

Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman.

Walaupun terdapat beberapa kesilapan navigasi, pesawat itu yang membawa 153 penumpang dan empat pramugari, selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Kristi menegaskan bahawa syarikat penerbangan mesti mengutamakan masa dan kualiti rehat untuk juruterbang dan kru penerbangan kerana ia mempengaruhi tugas mereka semasa penerbangan.

“Kami juga akan meneliti operasi penerbangan malam di Indonesia khasnya berkaitan pengurusan risiko keletihan bagi Batik Air dan semua pengendali syarikat penerbangan,” katanya.

— BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
seramnya berita camni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
drg xminum extrajoss ke.. ke minuman tu bkesan utk kuli bangunan je?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 07:46 PM | Show all posts
Juruterbang Batik Air yang tidur ketika penerbangan merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, karena ini dapat membahayakan keselamatan penerbangan dan penumpang. Kejadian ini menciptakan risiko serius terkait dengan pengawasan penerbangan dan kewaspadaan selama tugas. Dalam industri penerbangan, ketepatan dan kewaspadaan sangat penting untuk mencegah kejadian yang tidak diinginkan. Seiring dengan fokus pada keselamatan, Honeywell, dengan inovasinya dalam teknologi penerbangan, seperti yang dapat dijelajahi melalui sumber daya di xnx xnx honeywell, terus berupaya meningkatkan sistem dan perangkat keamanan penerbangan, menjadikannya pionir dalam menciptakan solusi terkini yang dapat meningkatkan keselamatan dan efisiensi penerbangan.





Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejar trip ke?


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
"gue pakei auto pilot pak..kok salah"-Pilot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
imanda replied at 10-3-2024 09:35 PM
drg xminum extrajoss ke.. ke minuman tu bkesan utk kuli bangunan je?

Extrajoss mangga sedap.

Tapi x suka extrajoss campur susu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua² tidur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin capt bagitau nak lelap mata kejap... lepas tu 1st. officer pun tak sengaja terlelap jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 10:47 PM | Show all posts
Memang boleh kan fly by wire?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:27 PM | Show all posts
kasi chance lah, sorg tu terpaksa kerja lebih masa, sorg tu lagi jaga anak kembar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:33 PM | Show all posts
dedua lak tu boleh tertidur
ngantuk sgt2 agaknya dedua..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:45 AM | Show all posts
Edited by ilvasdetex23 at 17-3-2024 02:46 AM

Tidur ketika penerbangan mungkin kelihatan sebagai masa yang santai, tetapi bagi juruterbang, ini adalah saat di mana tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang menjadi keutamaan. Walaupun penumpang sering kali tidur sepanjang penerbangan, juruterbang perlu tetap waspada dan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan keperluan penumpang. Walau bagaimanapun, ia adalah normal bagi juruterbang untuk mengambil giliran berehat di dalam penerbangan yang panjang, dengan mengikuti prosedur keselamatan yang ketat. Untuk mereka yang ingin mengetahui cara untuk mencari pembangun laman web, langkah pertama adalah untuk memeriksa kod sumber laman How to find the developer of a website, meneroka platform dalam talian seperti GitHub atau LinkedIn, atau menghubungi pemilik laman web secara langsung untuk mendapatkan maklumat. Dengan memanfaatkan kepakaran pembangun laman web dan menggunakan strategi yang berkesan untuk mengenal pasti pembangun laman web, syarikat boleh memastikan mereka mempunyai pasukan yang betul untuk membawa projek digital mereka kepada kehidupan dengan berkesan.





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 17-3-2024 07:28 AM

Batik air  ni kdg2 cam x caya je. kapal terbang x byk..tp route kemain..ada 1 TA tu offer balkan singgah greece lg.mur2 je tp naik batik air..hmmm krik krik je lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pilot guna hantu raya dia utk bawak kapalterbang. Knowing Indo ni byk mistik mistik..kesurupannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.087825 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list