CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8986|Reply: 56

[Jenayah] Tangan bergari, makcik Kemboja & anak mengaku tidak bersalah

  [Copy link]
Post time 7-12-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 7-12-2023 04:23 PM



MARIYAH dan anaknya Ezuan Hafsyam diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!


MELAKA – Usahawan berketurunan Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mengapikan kaum Melayu.

Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Kesalahan itu telah ditonton kira-kira pukul 6 petang di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 November lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan jumlah minimum RM30,000 dikenakan bagi setiap tertuduh sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Beliau turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu pasport dua beranak itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak yang dikhuatiri boleh mengganggu prosiding.

Tertuduh yang diwakili Peguam Kamal Hisham Jaafar bagaimanapun merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan Mariyah merupakan ibu tunggal tiga anak dan pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya pada perniagaan diusahakan.

Tambahnya, kewangan perniagaan itu bagaimanpun terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tertuduh turut menaja keperluan 60 pelajar sebuah pusat tahfiz di Johor.

Ezuan pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta yang berpangkalan di United Kingdom dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ibunya itu.

Beliau turut merayu agar pasport kedua-dua tertuduh tidak perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan wanita terbabit perniagaan wanita itu melibatkan urusan di luar negara, begitu juga pengajian anak lelakinya.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Beliau menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes. – KOSMO! ONLINE






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup orang kampung Musai
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:43 PM | Show all posts
orang melayu je boleh kutuk melayu.
bangsa lain tak payahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia disabitkan di melaka ehh?bukan dia orang skudai jb ker?kenapa dia buat report dkt melaka bkn dkt jb?ada sapa2 tau tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana mulut badan binasa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelig aii cakap krim kemboja bagi muka glowing mmg cantik kulitnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 12:58 PM | Show all posts
minahgempal replied at 7-12-2023 12:45 PM
Kenapa dia disabitkan di melaka ehh?bukan dia orang skudai jb ker?kenapa dia buat report dkt melaka  ...

sbb ada yang buat polis report kat Melaka la tu kannn...
kat Johor takde yang buat polis report kot..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:58 PM | Show all posts
anak dia pakai selipar warna biru ker?
dekat mahkamah boleh pakai selipar ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2023 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 7-12-2023 12:40 PM
Hidup orang kampung Musai

Ingatkan org kg masai kt joho rupanya ada nama musai kt mlk
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 7-12-2023 12:57 PM
Kelig aii cakap krim kemboja bagi muka glowing mmg cantik kulitnya..

Ada paraben sissss..bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aih..baru 47..iols igt dah 50an...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-12-2023 01:08 PM
Ingatkan org kg masai kt joho rupanya ada nama musai kt mlk

Ada.. kampung tu dekat2 maktab perempuan melayu melaka. Tepi jalan je. Dont play play with orang melaka buat report sampai merasa gelang besi orang kemboja ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat boleh pijak kaum melayu bila dah kaya kat Malaysia ni.. dasar x sedar diri..padan muka bergari
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:39 PM | Show all posts
Soalan bodoh sat.

Kenapa kena gari? makcik kemboja & anaknya masuk lokap kah?
Apa jenis kesalahan yang wajib kena gari ni?
Ke macam Rapiji dulu, jalan pegang tangan kat belakang,nampak ilusi macam kena gari..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts

Penat je buat press konferens mintak mahap..ujung2 kene gari. Tu lah cabul sgt mulut tu. Lepas ni leh bwk buntil kain balik kemboja sana ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 02:29 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 7-12-2023 12:58 PM
anak dia pakai selipar warna biru ker?
dekat mahkamah boleh pakai selipar ker?

damn
u made me close up sandal heols
ye lah
set2 deme memey begitu kot
ke mana2 sandal sudeh
even to the court


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 7-12-2023 01:19 PM
Ada paraben sissss..bahaya

Ooh kaa yaa..patut cantik herlock kulit muka dia.glowing tau. Ingat kan kelig aii rajin follow step routine 7 step Korean tuu..rupanya short cut cantik guna timbang kilo
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kat kampung aii dulu org kemboja mmg jual kain..cantik2 kain pasang dia..dulu diorang slu jalan masuk kampung rumah ke rumah menjual kain pasang & baju readymade. Kalau uols datang permatang tokmahat nibong tebal uols tau la situ famous kedai kemboja jual kain baju. Harga mmg murah. Time raya mmg beli baju situ..jahitan cantik.design pun lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Forumer yg kutuk org melayu dlm forum blh kena tuduh mcm makcik ni x...sama gak klau geng cina n India dlm media sosial...ari2 kot diorg kutuk melayu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.087113 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list