CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1906|Reply: 11

[Tempatan] SOP ketat sangat,peniaga pasar malam Jalan TAR tangguh dulu operasi

[Copy link]
Post time 16-6-2020 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 16-6-2020 01:38 PM

SOP terlalu ketat, peniaga pasar malam tangguh buka operasi

Diterbitkan Hari ini 12:17 pm

Kira-kira 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) memilih menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan prosedur operasi standard (SOP) yang terlalu ketat.

Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Azkhalim Suradi berkata meskipun mereka sudah dibenarkan beroperasi semula bermula semalam, pihaknya berpendapat SOP itu perlu dikaji semula kerana tidak munasabah untuk dilaksanakan ke atas pasar malam.

"Berdasarkan SOP, selain jarak sosial sejauh 1.5 meter antara gerai-gerai berukuran lapan meter persegi, pengunjung juga dilarang membawa kanak-kanak bawah umur 13 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan berkunjung ke pasar malam.

"Selain itu, kebanyakan pasar malam tidak sesuai untuk dipagarkan kerana keluasan yang terhad. Jika jarak sosial dipratikkan sebahagian besar penjaja dan peniaga tidak dapat berniaga kerana bilangan gerai yang terhad," katanya kepada Bernama.

Katanya para penjaja dan peniaga pasar malam juga mungkin terpaksa menanggung kerugian ekoran bilangan pengunjung pada satu-satu masa dihadkan.

"Sebagai penganjur pasar malam, kami turut menyedari penjaja dan peniaga hilang sumber pendapatan akibat PKP dan wabak Covid-19, namun dengan SOP sedemikian, kami rela menangguhkan dahulu operasi pasar kami.

"Kami sekarang sedang meneliti dan mengkaji SOP baharu yang akan dibincangkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara.

"Selagi tiada SOP yang dipersetujui oleh semua persatuan dan penganjur pasar malam, selagi itulah kami tidak akan beroperasi semula," katanya.

Pada 6 Jun lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan pembukaan semula pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria di seluruh Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun ini namun tertakluk kepada SOP yang ketat.

Ismai Sabri berkata SOP ini termasuk waktu pembukaan yang dihadkan, iaitu bagi pasar pagi dan pasar terbuka bermula 6 pagi hingga 11 pagi; pasar malam (4 petang - 10 malam) dan bazaria (5 petang - 11 malam).

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi Bernama mengesahkan DBKL sedang meneliti SOP baharu bagi pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria sepanjang tempoh PKPP.

"Setakat ini mereka dibenarkan beroperasi mulai Isnin namun akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya.  
- Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah peniaga pon ramai warga asing?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanan mahal tapi kuantiti sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 02:01 PM | Show all posts
tak payah buka la
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 04:03 PM | Show all posts
Rasanya kalau buka pun pengunjung tak seramai dulu.  

Tolak golongan yang hilang pendapatan, golongan yang tak terjejas pendapatan tapi berhemah dalam berbelanja, golongan yang masih was-was untuk berada di tempat awam.

SOP tu dah bagus, kita yang kena terima terima norma baharu.

Rasanya gerai-gerai milik bukan warganegara pun takut nak buka.  Bila dah berkumpul, senang aje DBKL buat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 04:19 PM | Show all posts
Tak praktikal skrg dgn sop yg n dipatuhi...buang masa dan tenaga peniaga jer...tangguh jer la buat sementara waktu...cuba kaedah pemasaran lain utk produk selain kaedah jual di pasar malam.  Bukan mudah nak kawal crowd...last2 sop ke laut..covid yg hinggap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2020 04:23 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 16-6-2020 01:44 PM
Bukankah peniaga pon ramai warga asing?

nampak sangat tak pernah pergi


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 04:29 PM | Show all posts
konsep pasar malam bersesak2 camni pun dah ketinggalan zaman dah. masih lagi nak berjual beli dalam keadaan tak bersih camtu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnyLever replied at 16-6-2020 03:23 PM
nampak sangat tak pernah pergi

Hehehehehe pernah some 5 or 6 years ago kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ikut ke?

pengunjung juga dilarang membawa kanak-kanak bawah umur 13 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan berkunjung ke pasar malam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 10:59 PM | Show all posts
Good.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa so tempat mana dah bukak pasar malam ye?
Rindu nak makan kuih muih tradisional ni.
Sejenis suka tgk kuih muih ade berpuluh jenis org jual mcm kat kelantan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052862 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list