CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

   Close [Copy link]
Post time 29-11-2010 04:55 PM | Show all posts
a'ah igt.. ini mak tiri dia lar.... sian budak tu.. 14 thn la kalau tk igt.. tk igt budak ni dah ...
want2bhappy Post at 29-11-2010 15:59


Haaa betullah tu.... isk... sedihnya.. hazab budak tu... dah jatuh hukum ke? apa cita mak dia eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 09:09 PM | Show all posts
Reply 675# Syd
aku ingat lg masa adik syazwani ni ditemui mati.. polis tangkap org indon jadi suspek.. rupanya indon tak bersalah.. huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 07:52 AM | Show all posts
Reply 899# Layarlara

ingat.

katanya mak dia meroyan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 08:09 AM | Show all posts
Reply 875# want2bhappy


Mayat dalam kotak TV dikenal pasti sebagai Tengku TehOleh OPAT RATTANACHOT

ALLAHYARHAM TENGKU TEH SUSILAWATI.




PETALING JAYA 11 Mei - Misteri penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kotak televisyen berhampiran kediaman kakitangan Universiti Malaya (UM) di Jalan 12/5 di sini, Jumaat lalu, terjawab apabila polis hari ini mengenal pasti identiti mangsa.

Mangsa ialah seorang kerani di sebuah syarikat landskap iaitu Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat, 20.

Wanita itu yang berasal dari Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama, Petaling, Kuala Lumpur, mati dicekik.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Hazam Abdul Halim berkata, identiti wanita itu dikenal pasti setelah pasukan penyiasat berjaya mendapat pengesahan cap jari dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) beberapa hari lalu.

``Ia sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini kita sangka mangsa adalah wanita Cina.

``Dua keluarga dari Melaka dan Sarawak telah datang mengecam mayat, tetapi keputusannya negatif.

``Bagaimanapun, berdasarkan siasatan dan hasil bedah siasat, mangsa merupakan seorang wanita berketurunan Melayu berusia 20 tahun,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang wanita ditemui mati dalam sebuah kotak televisyen berhampiran kediaman kakitangan Universiti Malaya (UM) di Jalan 12/5 di sini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 8 pagi oleh seorang kakitangan UM.

Ketika ditemui, kotak tersebut ditutup rapat dengan pita pelekat.

Keadaan badan mangsa juga dilaporkan ada kesan lebam dan pendarahan pada mukanya.

Menurut Hazam, berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa mati kerana mengalami kesesakan nafas akibat dicekik pada leher.

``Laporan perubatan juga menunjukkan Tengku Teh Susilawati mengalami pendarahan pada mulut, kepala dan dahi.

``Di samping itu, terdapat juga kesan suntikan jarum pada kedua-dua pergelangan tangannya,'' katanya.

Beliau berkata, mangsa dibunuh di tempat lain dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui di situ.

Katanya, siasatan mendapati mangsa lari dari rumah sebelum kejadian akibat perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

``Keterangan yang diberikan keluarga mangsa menyatakan Tengku Teh Susilawati lari dari rumah. Selain itu, mangsa juga ada memaklumkan kepada adiknya bahawa dia ingin keluar mencari kerja,'' katanya.

Hazam berkata, siasatan polis juga menunjukkan sebelum ini mangsa pernah bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

``Pekerjaan terakhir mangsa ialah sebagai kerani di sebuah syarikat landskap di Subang. Bagaimanapun, ki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 08:16 AM | Show all posts
Reply 904# Syd


Bekas jurugambar polis dipenjara tujuh tahun


SHAH ALAM 20 Ogos - Kes pembunuhan Tengku Teh Susilawati Tengku Akhirat yang mayatnya ditemui dalam kotak di tepi jalan di Jalan 12/5, Sea Park, Petaling Jaya, dekat sini empat tahun lalu berkesudahan dengan teman lelakinya hari ini dihukum penjara tujuh tahun.


Bekas jurugambar polis, Lans Koperal Abdul Halim Hassan dikenakan hukuman tersebut oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Tengku Teh Susilawati, 20.

Abd. Halim, 53, sebelum ini dibicarakan atas tuduhan membunuh teman wanitanya itu, malahan sebanyak 24 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak perbicaraan bermula pada 27 Mac 2006.

Sebelum menjatuhkan hukuman yang berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 16 Mei 2005, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sempat mengingatkan tertuduh bahawa dia secara automatik telah terselamat daripada tali gantung dan dapat meneruskan hidup bersama keluarganya.

Sehubungan itu, hakim tersebut menasihatkan Abdul Halim supaya bermuhasabah diri sebelum tidur atau selepas sahur sepanjang Ramadan ini tentang apa yang telah dilakukannya.

''Apa jua hukuman yang akan saya jatuhkan kepada kamu Encik Halim, yang pasti kamu tidak akan digantung sebagaimana pertuduhan asal selepas kamu memilih mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan.

''Kamu berpeluang untuk terus hidup dan bernafas, berjumpa semula dengan isteri dan anak-anak berbanding mangsa yang ketika itu masih muda dan sepatutnya boleh terus hidup.

''Apa jua hukuman yang akan saya berikan walau maksimum 10 tahun sekalipun, ia tidak akan menghidupkan semula mangsa dan keluarganya tidak akan dapat berjumpa semula mangsa berbanding kamu,'' katanya.

Abdul Halim yang berkemeja hijau dan berseluar gelap kelihatan tenang semasa mendengar hukuman tersebut. Beberapa ahli keluarganya turut hadir bagi mengikuti prosiding hari ini.

Tertuduh sebelum ini dibicara atas tuduhan membunuh Tengku Teh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan seramai 24 saksi telah selesai memberi keterangan.

Dia bagaimanapun terus menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian mangsa mengikut Sesyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan perhentian bas bertentangan Stesen Sistem Aliran Ringan (LRT), Kelana Jaya dekat sini antara pukul 1.30 pagi dan 10.30 pagi, 6 Mei 2005.

Terdahulu, peguam G. Subramaniam memohon agar hukuman terhadap Abdul Halim diringankan dengan alasan anak guamnya telah menerima tekanan emosi sepanjang berada dalam tahanan selama empat tahun dan ia kekal menjadi sejarah hitam hidupnya.

Katanya, dengan pengakuan salah itu, anak guamnya juga secara automatik kehilangan pekerjaan sebagai anggota polis serta faedah-faedah persaraan selepas berkhidmat selama 28 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Abu bakar pula memohon mahkamah mengambil kira fakta dan latar belakang kes serta status tertuduh sebagai anggota polis agar hukuman yang diberi setimpal dan adil dengan kesalahan yang dilakukan.

Mengikut fakta kes, mayat Tengku Teh di dalam sebuah kotak televisyen yang dijumpai pada 6 Mei 2005 telah menyebabkan penahanan tertuduh ekoran penemuan kesan cap tapak tangan pada kotak itu disahkan miliknya.

Hasil bedah siasat, Tengku Teh yang ditemui dalam posisi merengkok dengan baju yang terangkat ke paras dada serta kesan koyak pada paha seluar disahkan meninggal dunia akibat asphyxia (masalah kesukaran bernafas) kerana dicekik dan dilemaskan.

Terdapat juga kehadiran air mani termasuk milik tertuduh berdasarkan calitan kapas pada bahagian kemaluan mangsa yang membuktikan bahawa Tengku Teh telah dirogol dan diliwat sebelum terbunuh. Beberapa helai rambut dan bulu kemaluan tertuduh turut ditemui pada mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 08:19 AM | Show all posts
Reply 905# Syd



ensem sangat kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply  Syd



ensem sangat kan?
Syd Post at 2-12-2010 08:19



a'ah u...ensem sangaaaaaaaattt.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:23 AM | Show all posts
Reply 906# Syd

muntah menengokkannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 10:32 AM | Show all posts
sape ingat few years back pasal pembunuhan sorg student politeknik ungku omar kat ipoh...yang terlibat kes ni ialah anak datuk bandar..org panggil budak ni man datuk..
kesnya mula2 bergaduh je..man datuk ngan geng2 dia ni belasah budak poli..dengar cerita ada masalah dlm jual beli dadah ni..man datuk buat bisnes edar dadah..budak poli ni dibelasah ngan teruk la...pas dah belasah teruk, geng2 man datuk ni campak budak poli ni kat entrance kecemasan satu hospital swasta kat ipoh ni...kebetulan kat entrance ni ada CCTV..mmg nampak jelas la keta tu benti dan campak kuar budak poli ni kat situ..tapi masa budak ni dicampak, dia dh nyawa2 ikan dah...then mati kat spital tu jugak..
kes2 ni mula2 hot jugak kat paper..lepas tu bila terbongkar yang terlibat tu anak VVIP..terus jadi senyap..dan man datuk yang jadi dalang tu lepas dari tuduhan..pastu pindah tinggal kat ostrolia plak..so kes tu senyap mcm tu je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 909# disketkosong

Anak bekas Datuk Bandar Ipoh didakwa bunuh pelajar


                                    


Anak bekas Datuk Bandar Ipoh Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Ipoh Isnin atas tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan tahun lepas.

Azman Ismail, 23, yang dikenali sebagai "Man Datuk" menghadapi tuduhan membunuh Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, bersama-sama empat orang yang telah dituduh sebelum ini serta seorang lagi yang masih bebas, antara pukul 3 pagi dan 8 pagi, 22 Dis 2003 di Ikhwan Auto, 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di sini.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Azman, seorang ahli perniagaan, menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 304 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 10 Jan lepas, Mohd Hafiz Ibrahim, 21, Mohd Shafiq Azren Mohd Salleh, 22, Mohd Faizal Radzali, 24, dan Mohd Rizal Abu Hassan, 21, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan yang sama bersama-sama dua lagi yang masih bebas.

Majistret Teoh Chin Chong menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes itu bersama-sama dengan empat tertuduh yang lain.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norazura Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili Naran Singh.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 08:58 AM | Show all posts
Reply 910# Syd

Siasatan 'cuai' kes Man Dato', penjelasan Peguam Negara dan polis dituntut                                                                                                               
                                        Wan Nordin Wan Yaacob                                         

Mahkamah Tinggi Ipoh telah melepas dan membebaskan Man Dato' anak bekas Dato' Bandar Ipoh, Dato' Ismail Shahbodin bersama empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan, Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, pada tahun 2003 tanpa dipanggil membela diri.


Sehari kemudiannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kelemahan yang berlaku dalam siasatan kes bunuh itu disengajakan.


Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) memandang serius kenyataan Ketua Polis Negara serta kelemahan pengendalian pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara itu dan meminta penjelasan terhadap kecuaian tersebut, kata Pengarah Eksekutifnya, Badrul Hisham Shaharin.


Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini dalam mengulas isu pembebasan Man Dato' dan empat rakannya dari tuduhan membunuh setelah mahkamah mendapati pengendalian kes pembunuhan tersebut terlalu cuai menyebabkan bukti sukar diperolehi.


"Atas faktor yang disebut Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' VT Singham,  dan melihat seorang tertuduh Man Dato' (anak bekas Datuk Bandar Ipoh), Peguam Negara dan PDRM tidak boleh mengelak dari persepsi orang ramai mengenai kemungkinan kecuaian yang terjadi dalam proses pendakwaan itu disengajakan," dakwanya.



Hilang percaya

Gerak kesal dengan perkembangan tersebut, dan Peguam Negara serta pihak Polis seharusnya memberikan penjelasan teliti bagaimana ’kecuaian’ itu boleh berlaku.


"Dan jika ’kecuaian’ ini disengajakan kerana pengaruh dan salah guna kuasa (korupsi), ia amat serius kerana ia turut melibatkan nyawa remaja yang berumur 21 tahun yang terbunuh dalam kejadian pada tahun 2003 itu,"katanya tegas.


Penjelasan teliti perlu dibuat kerana kes tersebut bakal menambahkan lagi kecurigaan dan ketidakpercayaan orang ramai kepada institusi penting dalam sistem perundangan negara, kata Badrul Hisham.


Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa secara serisu menyiasat dan memberi penjelasan terhadap 'kecuaian' yang dinyatakan, malah pihak Peguam Negara dan polis perlu segera mengatasi kecurigaan yang telah timbul berikutan keputusan kes ini< kata Badrul Hisham lagi.




Man Dato'bebas

Rabu lalu (24 Januari 2007) Hakim Makhamah Tinggi Ipoh, Dato' V. T. Singham, dalam penghakimannya menyatakan terdapat banyak persoalan yang timbul jika meneliti laporan proses penyiasatan polis.


Beliau berkata, proses siasatan polis dalam kes berkenaan telah menimbulkan banyak tanda tanya manakala pihak pendakwaan pula lemah.


Katanya, keseluruhan siasatan polis berhubung kes itu boleh dipersoalkan kerana ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak memuaskan.


Dalam alasan penghakimannya bagi membebaskan ‘Man Dato' dan empat rakannya, Singham antara lain mempersoalkan:
PDRM dan Peguam Negara cuai?


* Mengapakah pihak polis mengambil masa hingga enam hari untuk ke lokasi kejadian bagi melakukan ujian forensik?


* Proses bedah siasat ke atas mangsa bunuh hanya dilakukan oleh seorang pembantu hospital dan bukan pakar patologi.


* Pendakwa enggan menyatakan nama seorang lagi suspek yang masih bebas dalam kertas pertuduhan sedangkan lelaki itu disyaki suspek utama kes pembunuhan itu.


* Timbul keraguan ujian profil DNA yang dibuat oleh pakar forensik yang baru lima bulan pulang dari Australia dan ia merupakan kes pertama yang dianalisis oleh beliau.


* Analisis DNA yang dibuat melalui komputer meragukan sama ada ia dibuat oleh pakar itu sendiri atau pembantunya.


* Keputusan DNA tidak membantu pendakwaan kes itu berikutan keterangan perubatan dibuat secara terbuka.


* Banyak barang kes di tempat kejadian pembunuhan tidak diambil dan disiasat oleh polis sedangkan ia boleh menjadi bahan bukti.Dalam kesimpulan penghakimannya, Singham turut menyifatkan kes ini merupakan kes paling cuai yang dikendalikan oleh Peguam Negara.



Peguam Negara Fail Rayuan


Sementara itu semalam, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membebas dan melepaskan anak ‘Man Dato’ serta empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar, Mohd. Hosni Fadzli pada 2003.


Notis tersebut dihantar ke pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, petang semalam untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.


Timbalan Pendaftar, Salha Hamzah yang mengesahkan menerima notis rayuan itu berkata, notis berkenaan telah difakskan ke Mahkamah Tinggi Ipoh oleh Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.


Katanya, rayuan kes itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.


‘‘Jadi rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas selesai pengumpulan rekod-rekod rayuan,” ujarnya dalam satu laporan akhbar hari ini.



KPN beri amaran

Ekoran dari itu juga, Ketua Polis Negara mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kelemahan yang berlaku dalam siasatan kes bunuh itu disengajakan.


Beliau telah memberi amaran akan bertindak tegas ke atas para pegawai yang terlibat dalam penyiasatan kes itu dan tindakan akan diambil jika mereka cuai dalam menjalankan siasatan kes bunuh tersebut.


Bapa mangsa, Mohd Amin Mohd Ibrahim, 54, yang kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Hosni Fadzli, setekah dilaporkan dibunuh pada tahun 2003 lalu percaya cahaya keadilan mutlak akan menjelma.


Beliau percaya ia akan menjadi kenyataan selepas KPN memberitahu, polis akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti kelemahan yang berlaku dalam siasatan.


Menurutnya, kenyataan tegas KPN itu seolah-olah memberi cahaya dalam usaha menyerlahkan keadilan sebenar kes tersebut yang mendapat liputan meluas.


“Saya rasa terbela dengan kenyataan itu dan merasai cahaya keadilan akan menyerlah juga dalam usaha membela arwah anak saya,” katanya dalam satu laporan akhbar hari ini.


Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori bersyukur dengan reaksi positif yang diberikan oleh Musa.


Azman bersama Mohd Shafiq Azreen Mohd Salleh (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, (Tony); Mohd Faizal Radzali (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan (Adik), bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, dituduh membunuh Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin dengan membelasah termasuk menendang dan memijak mangsa sehingga mati di Ikhwan Auto, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta, di sini antara 3 pagi dan 10 pagi 22 Disember 2003./wann.                       
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 09:02 AM | Show all posts
Reply 911# Syd


http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=251587&extra=&highlight=%2BSyd&page=5

selit skit...kisah man datuk, bini, anak etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2010 09:08 AM | Show all posts
Masih meracau setiap malam

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
[email protected]



SEGALA-GALANYA berlaku dengan pantas. Sedang lena diulit mimpi, Rohana Mahmood, 55, tiba-tiba tersedar gara-gara katilnya berpusing 360 darjah.

Ruang kamar tidur mula berdebu manakala lantai berselerakan serpihan pecahan atap genting. Suasana bertambah cemas apabila satu persatu batu-batu kecil jatuh dari siling bilik. Lebih menakutkan dia berasakan rumahnya bergerak bak kapal di lautan.

"Saya menjerit memanggil anak-anak dan isi rumah yang lain. Tetapi tiada jawapan kerana pada waktu itu hanya kedengaran jatuhan konkrit dan bunyi letupan seperti bom. Dalam keadaan gelap itu juga saya gigih keluar dari bilik untuk mencari mereka.

"Malangnya, saya sukar untuk keluar kerana depan pintu bilik dihalangi besi-besi tinggi. Ibarat terperangkap di dalam penjara, namun mujur saya berjaya meloloskan diri dan lega menemui mereka di ruang televisyen berhadapan bilik saya," jelas Rohana merujuk kepada dua orang anaknya, Ungku Afiq Ungku Farid, 24 dan Ungku Asif, 21, yang tidak panik pada hari kejadian.

Ketika itu juga ibu mertua Rohana dan ibu saudaranya sudah berada di ruang TV rumah.

Kedua-dua anaknya pantas mencari laluan keluar dan sanggup berpatah balik ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit serta lampu suluh.

"Saya tergamam sebaik sahaja menjengah ke luar rumah. Rupa-rupanya rumah kami telah bergerak sejauh 100 meter dari tapak asal dan meninggi seperti rumah tiga tingkat.

"Dalam ketakutan itu dua anak saya berjaya menemui jalan keluar. Tapi kami berdepan satu lagi pilihan sukar apabila ibu mertua dan ibu saudara saya tidak mampu meredah runtuhan dan menyelamatkan diri.

"Berkali-kali saya mencium tangan dan memohon maaf daripada ibu mertua. Air mata saya tumpah tanpa henti sehingga enggan melepaskan tubuh ibu mertua.


BEGINILAH keadaan sebuah rumah banglo yang musnah apabila ‘amukan’ Bukit Antarabangsa.

"Hanya selepas ibu mertua saya sendiri memaksa kami keluar dan meninggalkan dia bersama ibu saudara selain memikirkan itulah jalan terbaik untuk turut mendapatkan bantuan dari luar akhirnya kami terpaksa bergegas keluar.

Tidak cukup emosi Rohana diragut dengan keputusan itu, keberaniannya diuji lagi.

"Untuk menyelamatkan diri kami perlu meloncat ke tanah yang rata. Anak-anak berjaya melakukan namun saya mengambil masa yang lama untuk melompat sehingga hampir berputus asa. Mujur saat saya hampir mengalah anak-anak menjerit, 'mama we love you, please do it'," luah Rohana dalam nada tersekat-sekat ketika menceritakan detik cemas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, yang berlaku pada 6 Disember 2008.

Masih trauma

Hari ini genap dua tahun tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa. Namun, ternyata ia masih terkesan kuat dalam hati dan memori penduduk setempat termasuk Rohana sekeluarga. Acap kali melintasi tapak kejadian serta-merta fikiran komuniti di Bukit Antarabangsa mengenang kembali tragedi yang memusnahkan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, seawal pukul 3.30 pagi.

Bencana alam itu meragut lima nyawa iaitu Shaiful Khas, 20, Ng Yee Peng, 30, Dr. N. Yogeswari a/p Tamasalam, 40, Laourdes Mary, 30 dan pembantu rumah Rohana sendiri, Surinah, 30.

Ungku Afiq yang berada di sisi Rohana saat temubual bersama Kosmo!, menyifatkan tragedi seumpama itu menyebabkan mereka sekeluarga tersepit antara keputusan hidup dan mati. Pada masa yang singkat mereka perlu membuat pilihan sama ada lari menyelamatkan diri atau terus kekal di dalam rumah.

"Sebaik saja, menemui jalan keluar saya memaksa mama dan adik segera bertindak. Bagi saya lagi cepat kami keluar, ia akan memudahkan saya mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan nenek pula.

"Alhamdullilah, pasukan Bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART) tiba di lokasi kejadian dengan segera. Melihat saja kelibat mereka, saya terus membawa mereka ke rumah supaya mengeluarkan nenek dan mak cik," cerita Ungku Afiq, yang turut sedih kerana gagal menyelamatkan pembantu rumah yang tertimbus di tingkat bawah rumah.

Dalam pada itu, suami Rohana, Ungku Farid Ungku Abd. Rahman, 56, yang pada hari kejadian berada di Johor Bahru atas urusan kerja, mengakui sehingga ke hari ini mereka mengalami trauma dan sedih dengan insiden berkenaan biarpun mereka kini sudah menetap di Bukit Jelutong, Shah Alam.



DARI kiri: Ungku Asif, Ungku Afiq, Rohana dan Ungku Farid menunjukkan potret keluarga yang satu-satunya dapat diselamatkan daripada rumah mereka yang musnah akibat runtuhan tanah terburuk di Bukit Antarabangsa.

Ungkap Ungku Farid, setiap malam isterinya, mengigau dan menjerit-jerit nama anak mereka supaya lari selamatkan diri.

"Siapa tak sedih apabila rumah yang didiami sejak tahun 1993, musnah begitu saja. Tiada apa-apa yang dapat diselamatkan kecuali gambar keluarga. Inilah harta yang kami ada, selain bersyukur kerana masih dipanjangkan usia," luah Ungku Farid, sambil menunjukkan potret keluarga mereka yang tergantung di dinding bersebelahan pintu masuk.

Suara sepi bersama runtuhan

Seperti Rohana yang kehilangan pembantu rumah, pasangan suami isteri, Datuk Shaharudin Adnan, 64, dan Datin Jamilah Mohd. Kassim, 61, juga reda dengan pemergian anak bongsu kesayangan, Saiful Khas. Tatkala menceritakan tentang keperibadian anaknya, air mata Shaharudin mula bergenang.

Dia sama sekali tidak menyangka anaknya yang ringan tulang dan menghormati orang tua, terkorban dalam keadaan menyayat hati.

"Arwah, seorang yang ceria dan suka membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Pada waktu lapang dia gemar duduk di rumah membaca buku berkaitan politik dan isu-isu semasa ataupun duduk di depan komputer.

"Malah, pada hari kejadian Saiful baru sahaja selesai menduduki peperiksaan semester akhir di Kolej Teknologi YPC-itWEB, Taman Maluri. Tetapi dia tidak sempat untuk menjalani latihan praktikal yang dijadualkan pada bulan Januari 2009," jelas Shaharudin yang berjaya menyelamatkan diri keluar melalui bumbung bersama isteri dan seorang anak saudara, Norain Zaaba, 20.

Pengalaman Shaharudin turut dikongsi Jamilah, yang menjelaskan mereka terdengar Saiful memekik memberitahu rumah mereka bergegar. Bimbang keadaan Saiful yang berada di bilik tingkat bawah, Jamilah dan suami berusaha memanggil Saiful menerusi balkoni di tingkat atas.

"Panggilan pertama sewaktu gelongsoran awal berlaku, tiga kali arwah menyahut panggilan kami tetapi saat gelongsoran kedua dan ketiga, suara Saiful terus sepi. Sehingga kami menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal dikesan," ujar Jamilah ketika ditemui Kosmo! di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Menurut Jamilah, meskipun tapak tragedi tanah runtuh dan tapak asal rumahnya sudah dibaikpulih tetapi untuk membina semula kediaman yang baru di tapak tersebut mungkin tidak. Bukan kerana bimbang tragedi berulang tetapi terlalu banyak momen pahit manis terdapat di sana.

Kata suri rumah itu: "Saya suka tinggal di Bukit Antarabangsa. Suasananya nyaman dan sejuk pada waktu malam malah, dikelilingi rimbunan pohon menghijau sehingga mendesak kami berpindah rumah dari Taman TAR ke Bukit Antarabangsa, sekitar tahun 1995.

Arahan bermusim

Bagi selebriti Sasha Mohamad Saidin, 33, yang sudah menetap di Bukit Antarabangsa, hampir enam tahun, tidak pernah terlintas untuk berpindah ke kawasan lain.

"Walaupun kediaman kami hanya 200 meter dari lokasi kejadian tetapi ia bukan dalam 'zon bahaya' yang diarahkan untuk mengosongkan premis. Saya bahagia tinggal di sini kerana bagi saya Bukit Antarabangsa sebuah penempatan yang jauh daripada kesibukan kota.


PASUKAN penyelamat membantu para penduduk Bukit Antarabangsa yang keluar untuk menyelamatkan diri.

"Lagipun segala-galanya ada di sini seperti kedai, pasar raya, farmasi dan stesen minyak. Malah, lokasi Bukit Antarabangsa dirasakan strategik dan berhampiran dengan pusat bandar," jelas Sasha yang menghuni di kondominium yang turut didiami oleh ibu dan ayah serta adiknya, Zain.

Walau bagaimanapun, Sasha kesal kerana setiap kali kejadian tanah runtuh berlaku, arahan supaya menghentikan projek di kawasan bukit yang dikeluarkan pihak berkuasa hanya bersifat sementara. Larangan itu segera dilupakan dan projek-projek baru beroperasi semula selepas beberapa bulan sahaja.

Misalnya, terbaru sebuah syarikat pemaju ghairah menarah bukit di situ bagi memberi laluan kepada projek 60 unit rumah berkembar tiga tingkat. Pihak pemaju mendakwa, projek perumahan tersebut telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak 2007 lagi iaitu sebelum kejadian tanah runtuh 6 Disember 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 09:36 AM | Show all posts
ilmu hitam mona pendi n mazlan kat pahang..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 12:33 PM | Show all posts
teh susilawati = datuk sosilawati ? huhuh kebetulak lak eh?

Man datuk tu kat dunia leh la lepas... kat akhirat besok....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2010 10:27 PM | Show all posts
eiii seram lak baca...banyak kisah kisah pengajaran yang terjadi tanpa kita sedari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2010 01:49 PM | Show all posts
uh... jenayah dulu, jenayah sekarang.... dr dulu ngeri2, skarang apatah lagi, kerap pulak tu...
polis dulu polis sekarang, cekap ke dorg nih.... terbela ke keselamatan kita rakyat Malaysia nih... risau ati perut aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2010 07:47 AM | Show all posts
Kes penemuan mayat dikerat

10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat.

30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh.

26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput.

3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh.

22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub.
   
8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 11:59 AM | Show all posts
huh ngeri sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 10:26 AM | Show all posts
Reply 919# ice98


   avvy tu comel sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.533219 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list