CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
 Author| Post time 28-11-2019 01:47 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb, (kedua-duanya) daripada Yazid bin Harun,
daripada Hammam bin Yahya, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi
kebaikan orang mukmin
yang diberikan di dunia
dan akan dibalas di akhirat,

sedangkan orang kafir diberi makan
kerana kebaikan-kebaikan yang dikerjakan
di dunia
hingga dia menuju ke akhirat
tanpa memiliki suatu kebaikan pun
yang boleh dibalas."

(Hadith Muslim no. 5022)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2019 12:06 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Amr bin Sawwad bin Al Aswad bin 'Amr dan Al Harits bin Miskin, daripada Ibnu Wahb,
daripada 'Amr bin Al Harits, daripada Al Julah (hamba 'Abdul 'Aziz),
daripada Abu Salamah bin 'Abdurrahman, daripada Jabir bin 'Abdullah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Pada hari Juma'at
ada dua belas (12) waktu,

dan tidak ada seorang hamba pun
yang meminta sesuatu kepada Allah

pada waktu-waktu itu
kecuali Allah akan memberinya.

Jadi, carilah waktu tersebut
pada akhir waktu Asar."

(Hadith Nasa'i no. 1372)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2019 09:18 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 2-12-2019 03:17 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Uthman bin Abu Syaibah, daripada Jarir, daripada Al A'masy, daripada Mujahid,
daripada Abdullah bin Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang berlindung dengan nama Allah,
maka lindungilah dia,

barangsiapa yang meminta-minta dengan nama Allah,
maka berikanlah kepadanya,

barangsiapa yang mengundang kalian,
maka penuhilah undangannya,

dan barangsiapa yang berbuat kebaikan kepada kalian,
maka balaslah,

kemudian apabila kalian tidak mendapat sesuatu untuk membalasnya,
maka doakanlah dia
hingga kalian merasakan bahawa kalian telah membalasnya."

(Hadith Abu Daud no. 1424)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2019 11:30 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 3-12-2019 11:33 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Al Husain bin Al Hasan Al Marwazi (di Mekah) dan Ibrahim bin Sa'id Al Jauhari,
(kedua-duanya) daripada Al Ahwash bin Jawwab, daripada Su'air bin Al Khims,
daripada Sulaiman At Taimi, daripada Abu Uthman An Nahdi, daripada Usamah bin Zaid,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang diperlakukan
dengan baik

kemudian dia mengucapkan,
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
(semoga Allah membalasmu
dengan kebaikan)

maka sungguh dia telah memberikan
pujian yang terbaik."

(Hadith Tirmidzi no. 1958)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Comments

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا  Post time 3-12-2019 03:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2019 10:01 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Yahya, daripada Abu Qutaibah Salm bin Qutaibah, daripada Abdullah bin Al Mutsanna, daripada Tsumamah, daripada Anas bin Malik,

“Rasulullah s.a.w. sering mengulangi perkataannya

hingga tiga (3) kali

agar dapat difahami."

(Hadith Tirmidzi no. 3573)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 09:42 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ali bin Hujr, daripada Isma'il, daripada Humaid, daripada Anas,

"Rambut Nabi s.a.w. menjuntai

hingga setengah daun telinganya."

(Hadith Nasa'i no. 5139)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2019 10:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Wahb bin Jarir, daripada ayahnya (Jarir), daripada Qatadah, daripada Anas,

"Rambut Nabi s.a.w. adalah rambut yang tidak keriting

dan tidak pula lurus,

(terurai) di antara kedua-dua telinga
dan bahunya."

(Hadith Nasa'i no. 4967)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2019 10:13 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Abdullah bin 'Ammar, daripada Al Mu'afa, daripada Israil, daripada Abu Ishaq,
daripada Al Bara`,

"Saya tidak melihat seseorang yang lebih baik
ketika memakai pakaian merah
daripada Rasulullah s.a.w.

dan rambutnya menyentuh kedua-dua bahunya."

(Hadith Nasa'i 4974)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2019 09:55 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Sa'id bin 'Amir, daripada Sa'id, daripada Qatadah, daripada Shalih Abu Al Khalid,
daripada Abdullah bin Al Harts, daripada Hakim bin Hizam,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dua (2) orang yang berjual beli,

memiliki hak khiyar (memilih)
selama mereka belum berpisah,

dan apabila mereka jujur
dan memberikan penjelasan,
maka mereka akan diberkahi
dalam jual beli tersebut,

namun apabila dia berdusta
dan menyembunyikan aib,
maka berkah jual beli akan terhapus
daripadanya."

(Hadith Darimi no. 2435)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2019 10:16 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Zuhair bin Harb dan Ishaq bin Ibrahim, (kedua-duanya) daripada Jarir, daripada Manshur,
daripada Abu Wa`il, daripada Masruq, daripada 'Aisyah

"Dua wanita tua Yahudi Madinah pernah menemuiku
seraya berkata,
"Sesungguhnya penghuni kubur akan diseksa di kubur mereka."

Aisyah berkata,
“Maka aku menafikan dan tidak mempercayai mereka,
lalu kedua-duanya pergi.”

Setelah itu Rasulullah s.a.w. datang menemuiku,
maka aku beritahu kepada Rasulullah s.a.w.
"Wahai Rasulullah,
dua wanita tua Yahudi Madinah telah menemuiku,
kedua-duanya beranggapan
bahawa penghuni kubur akan diseksa di kubur mereka."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kedua-duanya benar,
sesungguhnya penghuni kubur akan diseksa
dengan seksaan yang dapat didengar
oleh semua binatang melata."

Kata 'Aisyah,
"Setelah itu tidaklah aku melihat
kecuali
Rasulullah s.a.w. selalu meminta perlindungan
daripada seksa kubur
dalam solatnya."

(Hadith Muslim no. 922)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2019 01:29 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Al Humaidiy, daripada Sufyan, daripada Mis'ar, daripada Qatadah, daripada Zurarah bin Awfaa,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Allah memberi kelonggaran kepadaku
tentang umatku,

mereka tidak dianggap
melakukan dosa
daripada apa yang dibisikkan dalam dadanya (hatinya)

selama
tidak dikerjakan
atau diucapkannya."

(Hadith Bukhari no. 2343)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2019 10:02 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 16-12-2019 11:10 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu 'Ashim, daripada Tsaur bin Yazid, daripada Khalid bin Ma'dan,
daripada Abdur Rahman bin 'Amr, daripada 'Irbadl bin Sariah,

"Rasulullah s.a.w. solat Subuh
bersama kami,

kemudian Rasulullah s.a.w. memberikan nasihat
yang sangat menyentuh perasaan
hingga air mata (kami) bercucuran
dan bergetarlah hati- hati (kami),

kemudian seseorang bertanya,
"Wahai Rasulullah s.a.w.,
seakan-akan nasihat ini
adalah nasihat terakhir (yang engkau berikan),
maka berikanlah kami wasiat.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kalian
untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.

dan selalu mendengar dan ta'at
(kepada para pemimpin),
meskipun dia seorang budak
dari Habsyah,

sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup
setelahku
nescaya dia melihat perbezaan
yang banyak,

maka kalian harus mengikuti sunnahku
dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin
yang lurus,

gigitlah dengan gigi geraham kalian
(peganglah dengan teguh),

berhati-hatilah
dengan segala sesuatu yang baru (perkara bid'ah),
kerana sesuatu yang baru
itu bid'ah."

Abu 'Ashim berkata,
"Hendaklah kalian berhati-hati
terhadap perkara-perkara yang baru
(dalam agama),
kerana setiap bid`ah
itu sesat."

(Hadith Darimi no. 95)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2019 10:40 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 17-12-2019 12:41 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa, daripada Abu 'Awanah, daripada 'Abdul Malik bin 'Umair, daripada Jabir bin Samrah

"Penduduk Kufah mengadu tentang Sa'ad bin Abi Waqqas
kepada Umar al-Khattab.

Maka Umar al-Khattab menggantikannya
dengan 'Ammar.

Mereka mengadu tentang Sa'ad bin Abi Waqqas
kerana dianggap tidak baik
dalam solatnya.

Maka Sa'ad bin Abi Waqqas dihantar
kepada Umar al-Khattab
dan ditanya,
"Wahai Abu Ishaq (Sa'ad bin Abi Waqqas),
penduduk Kufah menganggap kamu tidak baik
dalam solat?"

Sa'ad bin Abi Waqqas menjawab,
"Demi Allah,
aku memimpin solat mereka
sebagaimana solatnya Rasulullah s.a.w.

Tidaklah aku mengurangi sedikit pun
dalam melaksanakan solat Isyak
bersama mereka.

Aku memanjangkan bacaan
pada dua (2) rakaat pertama

dan aku pendekkan
pada dua (2) rakaat yang akhir."

Umar al-Khattab berkata,
"Wahai Abu Ishaq,
kami juga menganggap begitu terhadapmu."

Kemudian Umar al-Khattab mengutus seorang atau beberapa orang
bersama Sa'ad bin Abi Waqqas ke Kufah.

Orang itu kemudian bertanya
kepada para penduduk
tentang Sa'ad bin Abi Waqqas,
tidak ada satu pun masjid yang dikunjungi
tanpa menceritakan dan mengagumi
kebaikan Sa'ad bin Abi Waqqas.

Hingga akhirnya sampai ke sebuah masjid
milik bani 'Abs,
lalu salah seorang daripada mereka
yang bernama Usamah bin Qatadah dengan nama panggilan Abu Sa'dah berkata,
"Jika kalian minta pendapat kami,
maka kami katakan bahawa Sa'ad
adalah seorang yang tidak memudahkan pasukan,
apabila membahagi (harta) tidak sama
dan tidak adil dalam mengambil keputusan."

Maka Sa'ad bin Abi Waqqas berkata,
"Demi Allah,
sungguh aku akan berdo'a
dengan tiga (3) do'a,

Ya Allah,
jika dia, hambamu ini, berdusta,
dan mengatakan ini
dengan maksud riak
atau sum'ah,

maka panjangkanlah umurnya,
panjangkanlah kefakirannya
dan campakkanlah dia dengan pelbagai fitnah."

Setelah beberapa masa kemudian,
orang tersebut bila ditanya
mengapa keadaannya menjadi sengsara,
maka dia menjawab,
"Aku orang tua nyanyuk
yang terkena fitnah
akibat do'anya Sa'ad."

'Abdul Malik bin 'Umair berkata,
"Aku sendiri melihat kedua-dua keningnya telah panjang ke bawah
menutupi kedua-dua matanya,
dan sungguh dia merayau-rayau di jalan-jalan."

(Hadith Bukhari no. 713)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2019 12:04 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 20-12-2019 12:31 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Uthman bin Abu Syaibah, daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Sa'd bin Ubaidah,
daripada Abu Abdurrahman As Sulami, daripada Ali r.a.

Suatu ketika, kami menguruskan jenazah
di Baqi' Al Gharqad.

Kemudian Rasulullah s.a.w. datang lalu duduk
dan kami pun ikut duduk di sekitar Rasulullah s.a.w.

Saat itu, Rasulullah s.a.w. membawa tongkat kecil
dan Rasulullah s.a.w. tegakkan dengan kakinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Tidak ada seorang pun, dan tidak ada satu jiwa pun
yang bernafas,
kecuali tempatnya telah ditulis
di neraka
dan di syurga.

Dan telah pula ditulis,
apakah dia akan hidup sengsara
atau bahagia."

Maka seorang lelaki bertanya,
"Wahai Rasulullah,
bagaimana kalau kita bertawakal sahaja
terhadap kitab kita (catatan yang telah ditetapkan)
dan meninggalkan amal?

Siapa di antara kita yang termasuk Ahlus Sa'adah
(golongan beruntung) (penghuni syurga),
maka nescaya dia akan berjalan di atas amalan Ahlus Sa'adah?

Dan siapa yang termasuk Ahlusy Syaqa
(golongan celaka) (penghuni neraka),
maka nescaya dia akan berjalan di atas amalan Ahlusy Syaqa?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ada pun Ahlus Sa'adah, maka dia akan dimudahkan
untuk mengerjakan amalan Ahlus Sa'adah.

Dan Ahlusy Syaqa juga akan dimudahkan
untuk mengerjakan amalan Ahlusy Syaqa."

Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca,
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَىٰ
(Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah)
dan bertakwa,)
(Surah Al-Lail 92:5)

وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ
(dan mengakui
adanya pahala yang terbaik (syurga),)
(Surah Al-Lail 92:6)

(Hadith Bukhari  no. 4567)

فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ
(maka Kami kelak akan menyiapkan baginya
jalan yang mudah.)
(Surah Al-Lail 92:7)

وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَىٰ
(Dan ada pun orang-orang yang bakhil
dan merasa dirinya cukup (dengan kemewahan),)
(Surah Al-Lail 92:8)

وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَىٰ
(serta mendustakan
pahala terbaik,)
(Surah Al-Lail 92:9)

فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَىٰ
(maka kelak Kami akan menyiapkan baginya
(jalan) yang sukar.)
(Surah Al-Lail 92:10)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2019 10:15 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Affan, daripada Hammad bin Salamah, daripada Ashim bin Bahdalah, daripada Zir bin Hubaisy

"Pada waktu pagi
aku pergi ke tempat Shafwan bin 'Assal Al Muradi
untuk bertanya kepadanya
tentang mengusap kedua-dua khuf (sepatu).

Maka dia bertanya kepadaku,
"Apa yang menyebabkanmu datang ke mari?"

Aku menjawab,
"Untuk mencari ilmu."

Dia berkata lagi,
"Mahukah kamu kuberi khabar gembira?"

Lalu dia menyebutkan sebuah hadith
yang disandarkan pada Rasulullah s.a.w.

"Sesungguhnya para Malaikat menaungi
penuntut ilmu
dengan sayap-sayap mereka
kerana redha
dengan apa yang dicarinya."

(Hadith Ahmad no. 17394)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2019 09:16 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Bakr bin Abu Syaibah, daripada Abu Al Ahwash, daripada Ibrahim bin Muhajir,
daripada Abu Asy Sya'tsa`

“Kami duduk bersama Abu Hurairah
di dalam masjid,

lalu seorang mu’adzin mengumandangkan azan,
dan saat itu pula
seorang lelaki keluar
dari dalam masjid,

sementara Abu Hurairah mengikutinya
dengan pandangan mata.

Setelah itu dia berkata,
"Orang ini telah menderhakai
Abu Qasim s.a.w."

(Hadith Ibnu Majah no. 725)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2019 10:04 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin Mubarak, daripada Ar Rabi' bin Muslim,
daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih)
kepada manusia,

bererti dia belum bersyukur
kepada Allah."

(Hadith Tirmidzi no. 1877)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2019 11:42 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Mu'awiyah Al Jumahi, daripada Abdul Aziz bin Muslim, daripada Abu Dzilal (Hilal),
daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Allah berfirman,
"Apabila Aku ambil kedua-dua biji mata
hamba di dunia,

tidak ada balasan baginya
di sisi-Ku
selain syurga."

(Hadith Tirmidzi no. 2324)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2019 12:11 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Qutaibah, daripada Al Munkadir bin Muhammad bin Al Munkadir,
daripada bapanya (Muhammad bin Al Munkadir), daripada Jabir bin Abdullah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Setiap kebaikan
adalah sedekah.

Dan di antara bentuk kebaikan adalah

kamu menjumpai saudaramu
dengan wajah yang menyenangkan.

Dan kamu menuangkan air
ke dalam bekas minum
milik saudaramu."

(Hadith Tirmidzi no. 1893)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2019 01:39 PM | Show all posts
Edited by boca120879 at 31-12-2019 04:48 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Hisyam bin 'Ammar, daripada Yahya bin Hamzah, daripada Abdurrahman bin Yazid bin Jabir,
daripada Abdurrahman bin Jubair bin Nufair, daripada bapanya (Jubair bin Nufair),
daripada An Nawwas bin Sam'an Al Kilabi,

"Pada pagi hari,
Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang Dajjal,
kemudian Rasulullah s.a.w. merendahkan
dan meninggikan (suara)
sehingga kami mengira bahawa
sudah berada di kebun kurma.

Tatkala kami mendekati Rasulullah s.a.w.,
Rasulullah s.a.w. mengetahui maksud kami
(untuk menanyakan sesuatu),

maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya,
"Ada apa dengan kalian?"

Kami menjawab,
"Wahai Rasulullah,
anda menceritakan tentang Dajjal pada waktu pagi,
kemudian anda merendahkan
dan meninggikan (suara)
sehingga kami mengira bahawa
sudah berada di kebun kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bukan Dajjal yang aku takuti terhadap kalian,
(kerana) jika dia keluar
sedang aku masih berada di tengah-tengah kalian,
maka aku akan menghalangnya
hingga dia tidak sampai kepada kalian,

dan apabila dia keluar
sedang aku tidak ada di tengah-tengah kalian,
maka setiap orang harus melindungi dirinya sendiri,
dan Allah adalah khalifahku (penggantiku)
atas setiap orang muslim.

Dajjal adalah seorang pemuda
yang rambutnya keriting,
matanya tersembul keluar,
seakan-akan menyerupai Abdul 'Uzza bin Qathan.

Barangsiapa daripada kalian melihatnya,
maka bacakanlah kepadanya
permulaan Surah Al Kahf,

sesungguhnya dia keluar
dari celah antara Syam dan Iraq,
dia membuat kerosakan ke kanan dan ke kiri.

Wahai hamba Allah,
teguhkanlah diri kalian."

Kami bertanya,
"Wahai Rasulullah,
berapa lamakah dia tinggal di bumi?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Empat puluh (40) hari,
sehari seperti setahun,
sehari seperti sebulan,
sehari seperti seminggu
dan setelah itu,
hari-harinya seperti hari-hari kalian."

Kami bertanya,
"Wahai Rasulullah,
saat itu yang
satu hari sama dengan satu tahun,
apakah solat kami
satu hari sudah mencukupi?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Anggarkanlah
sesuai dengan ukurannya (waktu antara solat)."

Kami bertanya,
"Bagaimana kecepatannya di bumi?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Seperti awan yang ditiup angin."

Rasulullah s.a.w. melanjutkan,
"Kemudian dia datang pada suatu kaum
dan mengajak mereka,
dan mereka pun mengikuti seruannya
dan beriman kepadanya.
Dajjal lalu memerintahkan langit untuk menurunkan hujan
maka langit pun menurunkan hujan,
dia juga memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tumbuh-tumbuhan,
dan bumi pun menumbuhkan tumbuhannya,
binatang ternak mereka kembali sendiri pada petang hari
dengan bonggol yang sangat tinggi yang penuh dengan daging dan susu.

Kemudian Dajjal mendatangi kaum yang lain
dan mengajak mereka,
akan tetapi mereka menolak seruannya,
lantas dia meninggalkan kaum tersebut.
Tiba-tiba, mereka jatuh miskin dan lumpuh.

Dajjal lalu berkata kepada bumi,
"Keluarkanlah kekayaanmu."
Maka kekayaan yang di bumi akhirnya keluar
dan mengikutinya
sebagaimana sekawan lebah mengikuti ratunya.

Kemudian dia memanggil seorang lelaki
dan melibasnya dengan pedang,
maka lelaki tersebut terbelah menjadi dua sejauh lemparan.
Kemudian Dajjal memanggil lelaki yang terbelah tersebut,
maka orang tersebut datang dengan wajah gembira dan tertawa.

(Hadith Ibnu Majah no. 4065)
(Bahagian 1)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.345622 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list