CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: boca120879

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

  [Copy link]
Post time 1-11-2019 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah perasan sgt nak nasihat org. Diri sendiri pun standard pungung emak awak aje. Sesuai kekal dalam neraka jahannam aje.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2019 09:16 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 6-1-2020 11:12 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdullah bin Munir, daripada Abu An Nadlr, daripada Abdurrahman bin Abdullah (Ibnu Dinar), daripada ayahnya (Abdullah), daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Sungguh seorang hamba akan mengucapkan suatu kalimat
yang diredhai Allah,
suatu kalimat yang dia tidak mempedulikannya,
namun dengannya Allah mengangkatnya beberapa darjat.

Dan sungguh, seorang hamba akan mengucapkan suatu kalimat
yang dibenci oleh Allah,
suatu kalimat yang dia tidak mempedulikannya,
namun dengannya Allah melemparkannya ke dalam neraka."

(Hadith Bukhari no. 5997)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2019 09:25 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 4-11-2019 09:27 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Amru bin Khalid, daripada Al Laits, daripada Yazid, daripada Abu Al Khair,
daripada Abdullah bin 'Amru,

Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi s.a.w.,
"Islam manakah yang paling baik?"

Nabi s.a.w. menjawab,

"Kamu memberi makan,

dan mengucapkan salam
kepada orang yang kamu kenal
dan yang tidak kamu kenal."

(Hadith Bukhari no. 11)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
[05/11 01:54] abangcutemiut: Seseorg yg nak kenal Allah, perlu menggunakan akalnya.

Ibaratnya: nak kenal seseorang, perlu menggunakan akalnya terlebih dahulu. Katakanlah, kita dapat tahu seseorg itu sekian sekian yg bernama Amir. Jumpa belum, tapi tahu sedikit2 hal ehwal org yg bernama Amir. Utk betul2 kenal org yg bernama Amir perlu apa? Jawapan : perlu berusaha mencari org berkenaan. Menerusi jalan apa? Yakni menerusi jalan yg jelas lagi menjelaskan. Apakah yg diperlukan utk mencapai matlamat usaha itu? Diri sendiri memilih utk berusaha mendapatkan jawapan itu menerusi jalan yg sesuai.

Katakanlah, adik mencari jawapan "jalan yg lurus" daripada abang, akan tetapi, abang langsung menjawab "apa kata, abang minta terus kepada Allah, jalan yg lurus itu apa, kemudian adik kembali kepada Alquran dan Sunnah"? Maksudnya, setiap usaha mencari jalan yg lurus, perlu dimulai dgn usaha meminta kepada Allah swt, dan pastilah, DIALAH yg akan tunjukkan bukti pengertian jalan yg lurus itu kepada sesiapa yg DIA kehendaki.

Awwaluddin Makrifatullah. Awal agama, mengenal Allah. Utk kenal Allah, seseorg itu perlu berusaha, baru boleh kenal Allah. Tanpa usaha, seseorg itu tidak akan sama sekali mengenal Allah swt. Tanpa berusaha mengikut jalan yg lurus, mustahil utk seseorg itu mampu utk mengenal Allah swt.
[05/11 01:59] abangcutemiut: Seseorg yg bila diberikan soalan "jalan yg lurus", langsung dijawab oleh Allah swt menerusi petunjuk-Nya utk persoalan berkenaan dikenali sebagai ahlul zikrullah (ahli yg mengingati Allah swt).
[05/11 02:11] abangcutemiut: Allah swt rakamkan perihal ahlul zikri di dalam Alquran, dan sememangnya, abang ini termasuk dalam kalangan itu (ahlul zikri nyata) atas ketetapan qada dan qadar-Nya jua.

Apa yg abang sampaikan kepada adik sebelum ini, ianya merupakan gabungan ilmu makrifat dan ilmu hakikat yg mencapai darjat ilmu yg dinamakan "hai'atil maknun". Ilmu jenis itu, hanya dimiliki oleh ulama pewaris para an-biya.
[05/11 02:18] abangcutemiut: Seseorg ahlul zikri, juga dinamakan juga ulama pewaris para An-biya. Buktinya? Buka surah Al-Anbiya :

Al-'Anbyā':7 - Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahlul Zikri" jika kamu tidak mengetahui.

Hanya benar2 ahlul zikri sahaja, fakih hal ehwal yg dimaksudkan. Cuba adik baca pelan2 surah Al-Anbiya, ayat 1-7, dan sebenarnya, bukan ahlul zikri yg akan cari ahli ilmu, akan tetapi ahli ilmu yg perlu bertanya kepada ahlul zikri, utk permasaalahan yg dimaksudkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 5-11-2019 02:36 AM

Seseorg yg terus meminta kepada Allah swt, utk permasaalahan agama-Nya, langsung Allah swt datangkan bukti2 yg menjelaskan permasaalahan agama-Nya itu, itu suatu bukti nyata, petunjuk itu dari Allah swt. Sekiranya seseorg itu, menjelaskan keberadaan jawapan permasaalahan Agama-Nya itu, mereka dikenal orang yg diberi Petunjuk oleh-Nya.

Sekian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 09:10 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Muqatil Abu Al Hasan, daripada Abdullah, daripada Ma'mar,
daripada Hammam bin Munabbih, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Hendaknya yang muda
memberi salam
kepada yang tua,

yang berjalan
kepada yang duduk,

dan (rombongan) yang sedikit
kepada (rombongan) yang banyak."

(Hadith Bukhari no. 5763)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2019 09:35 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 6-11-2019 09:38 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Yahya, daripada Malik bin Anas, daripada Ibnu Syihab,
daripada 'Urwah bin Az Zubair, daripada 'Aisyah (isteri Nabi s.a.w.),

"Apabila Rasulullah s.a.w. diberi pilihan
daripada dua (2) urusan atau pekerjaan,
maka Rasulullah s.a.w. memilih yang termudah,
selama yang termudah itu
tidak mengandungi dosa.

Jika pekerjaan itu mengandungi dosa,
maka Rasulullah s.a.w. adalah
orang yang paling menjauhkan diri daripadanya.

Dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah,
melainkan apabila Rasulullah s.a.w. melihat
larangan Allah a.w.j. dilanggar."

(Hadith Muslim no. 4294)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 09:13 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 7-11-2019 03:23 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa bin Abdur Rahman, daripada Abu Usamah, daripada Husain (Al Mua'allim),
daripada Qatadah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya,

tidaklah sempurna keimanan
salah seorang di antara kalian

hingga dia mencintai kebaikan
bagi saudaranya

sebagaimana dia mencintai kebaikan
bagi dirinya sendiri."

(Hadith Nasa'i no. 4931)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2019 09:27 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abu Ghassan Al Misma', daripada 'Utsman bin 'Umar, daripada Abu 'Amir (Al Khazzaz),
daripada Abu 'Imran Al Jauni, daripada 'Abdullah bin Ash Shamit, daripada Abu Dzar,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Janganlah kamu menganggap remeh
sedikit pun
terhadap kebaikan,

walaupun kamu hanya bermanis muka
kepada saudaramu (sesama muslim)
ketika bertemu."

(Hadith Muslim no. 4760)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 09:03 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Hammad, daripada Syu'bah, daripada Aban bin Taghlib, daripada Fudlail al-Fuqaimi, daripada Ibrahim an-Nakha'I, daripada Alqamah, daripada Abdullah bin Mas'ud,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tidak akan masuk syurga,

orang yang di dalam hatinya
terdapat seberat biji sawi
daripada kesombongan."

Seorang lelaki bertanya,
"Sesungguhnya lelaki menyukai
apabila baju dan sandalnya bagus
(apakah ini termasuk kesombongan)?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Sesungguhnya Allah itu indah
dan menyukai keindahan,

kesombongan itu,
menolak kebenaran
dan meremehkan manusia."

(Hadith Muslim no. 131)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2019 09:34 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musaddad, daripada Mu'tamir, daripada Humaid, daripada Anas r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tolonglah saudaramu
yang berbuat zalim
dan yang dizalimi".

Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah,
jelas kami faham
menolong orang yang dizalimi,

tapi bagaimana kami harus menolong
orang yang berbuat zalim?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pegang tangannya
(agar tidak berbuat zalim)."

(Hadith Bukhari no. 2264)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 09:29 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 13-11-2019 12:52 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr, (kesemuanya) daripada Ismail bin Ja'far,
daripada al-Ala', daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,

“Rasulullah s.a.w. melewati setompok makanan,
lalu Rasulullah s.a.w. memasukkan tangannya ke dalamnya,
kemudian tangan Rasulullah s.a.w. menyentuh sesuatu yang basah,

maka pun Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Apa ini wahai pemilik (penjual) makanan?"

Si penjualnya menjawab,
"Makanan tersebut terkena air hujan
wahai Rasulullah."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas
agar manusia dapat melihatnya.

Barangsiapa menipu
maka dia bukan
daripada golongan kami.”

(Hadith Muslim no. 147)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 09:17 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ya'qub, daripada Ibrahim bin Sa'ad, daripada bapanya (Sa'ad),
daripada Al Qasim bin Muhammad, daripada 'Aisyah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Siapa yang membuat perkara baru
dalam urusan (agama) kami ini

yang tidak ada perintahnya,

maka perkara itu tertolak."

(Hadith Bukhari no. 2499)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2019 09:29 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 15-11-2019 12:00 PM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Sa'id, daripada Hafsh bin Maisarah, daripada Zaid bin Aslam, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Allah ta'ala berfirman,

“Aku bersama sangkaan hamba-Ku
kepada-Ku,

dan Aku bersamanya
ketika dia mengingati-Ku.”

Demi Allah,
Allah ta'ala sangat gembira
menerima taubat seseorang daripada kamu,

melebihi kegembiraan seseorang
yang menemui kembali barangnya yang hilang
di suatu tempat yang luas.

Barangsiapa mendekat kepada-Ku sejengkal,
maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta.

Apabila dia mendekat kepada-Ku sehasta,
maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa.

Apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,
maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

(Hadith Muslim no. 4927)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 10:28 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musa bin Isma'il, daripada Hammad, daripada Sa'id Al Jurairi, daripada Abu Na'amah

“Abdullah bin Mughaffal pernah mendengar
anaknya berdo’a
dengan mengucapkan,

"Ya Allah,
sesungguhnya saya memohon kepada-Mu
istana putih
di sisi kanan syurga
apabila saya memasukinya."

Maka Abdullah bin Mughaffal berkata,
"Wahai anakku,
mintalah syurga kepada Allah

dan berlindunglah kepada-Nya
daripada neraka,

sesungguhnya saya pernah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya akan ada suatu kaum
daripada umat ini

yang melampau
dalam hal bersuci
dan berdo’a."

(Hadith Abu Daud no. 88)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2019 09:35 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Syeikh Imam Abu Abdur Rahman An Nasai, daripada Al Husain bin Isa Al Qumasi,
daripada 'Affan bin Muslim, daripada Sallam Abu Al Mundzir, daripada Tsabit, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dijadikan kesenanganku
dari dunia
ada pada wanita
dan minyak wangi,

dan dijadikan penyejuk hatiku
ada dalam solat."

(Hadith Nasa'i no. 3878)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2019 09:29 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 20-11-2019 09:31 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Hisyam bin 'Ammar, Ibrahim bin Al Mundzir Al Hizami dan Muhammad As Shabah,
daripada Abu Yahya Zakaria bin Mandzur, daripada Abu Hazim, daripada Sahl bin Sa'd,

"Kami pernah bersama Rasulullah s.a.w.
di Dzul Khulaifah,
tiba-tiba ada seekor kambing mati
dengan kaki terangkat,

maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda,
"Bukankah kalian melihat bahawa hal ini merupakan
suatu yang hina bagi pemiliknya?

Demi dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya,
sungguh dunia itu lebih hina di hadapan Allah
daripada (bangkai) ini atas pemiliknya,

sekiranya dunia itu memiliki nilai
seberat sayap nyamuk di sisi Allah,

nescaya Dia tidak akan memberikan
setitis (air) pun kepada orang kafir.”

(Hadith Ibnu Majah no. 4100)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2019 09:12 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 22-11-2019 09:40 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Abdurrahman bin Sallam Al Jumahi, daripada Ar Rabi' (Ibnu Muslim),
daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya pada hari Juma'at
terdapat satu (1) waktu,

tidaklah seorang mukmin mendapati waktu tersebut

dengan berdo'a,
memohon kebaikan kepada Allah,

kecuali Allah akan mengabulkan permohonannya.

Dan waktu itu
sangatlah singkat."

(Hadith Muslim no. 1408)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 02:44 PM | Show all posts
ya bagus bagus
perbanyakkan lagi hadis2 seperti ni
biar kepanasan saka meroyan nizam kaldai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2019 09:57 AM | Show all posts
Edited by boca120879 at 25-11-2019 10:14 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada 'Umar bin Hafsh bin Ghiyats, daripada bapanya (Hafsh bin Ghiyats), daripada Al A'masy,
daripada Abu Shalih, daripada Abu Sa'id Al Khudri r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Kematian didatangkan pada hari kiamat
seperti kambing kelabu.

Kemudian dikatakan,
“Wahai penduduk syurga!”

maka mereka melihat dengan mendongak,

lalu dikatakan,
“Apa kalian mengetahui ini?”

Mereka menjawab,
“Ya, itu adalah kematian.”
Dan semuanya telah melihatnya.

Kemudian dikatakan kepada penduduk neraka,
“Wahai penghuni neraka,
apa kalian mengetahui ini?”

Mereka melihat dengan mendongak,
mereka menjawab,
“Ya, itu adalah kematian.”
Dan semuanya telah melihatnya.

Lalu kematian itu disembelih.

Setelah itu dikatakan,
“Wahai penduduk syurga,
kekal
tidak ada kematian

dan wahai penduduk neraka,
kekal
tidak ada kematian."

Setelah itu Rasulullah s.a.w. membaca,
وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ
(Dan berilah mereka peringatan
tentang hari penyesalan,
(iaitu) ketika segala perkara
telah diputuskan.)

وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
(Dan mereka dalam kelalaian
dan mereka tidak (pula) beriman.)

(Surah Maryam 19:39)"

(Hadith Bukhari no. 4361)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.334318 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list