CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12172|Reply: 8

Keberadaan pelancong China dan India menerusi PLV dipantau menerusi data biometrik

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:00 PM | Show all posts |Read mode




Wang Kelian: Keberadaan pelancong asing dari Republik Rakyat China dan India yang memasuki negara ini menerusi Pelan Liberalisasi Visa (PLV) sentiasa berada dalam pemantauan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi data biometrik yang diambil ketika pelancong kedua-dua negara ini tiba di negara ini.

Ini berikutan timbul kebimbangan dalam masyarakat bahawa langkah pengecualian syarat kemasukan di semua pintu masuk terhadap pelancong dari kedua-dua negara itu menerusi PLV hanya akan menyebabkan lambakan rakyat negara berkenaan menyalahgunakan kemudahan itu dengan tinggal lebih masa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, justifikasi pengenalan PLV adalah meningkatkan semula ekonomi negara ini menerusi sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong dari negara Republik Rakyat China dan India.

"Meskipun kita boleh tarik pelabur, langkah itu akan makan masa untuk membuahkan hasilnya dan kita juga boleh mempermudah dan merancakkan sektor pelancongan dengan mempermudahkan menerusi PLV.

"Jadi kita tengok berdasarkan data pelancong dari Asia Tenggara (Asean) yang masuk ke Malaysia adalah dari Singapura diikuti Thailand manakala data pelancong dari luar Asean pula adalah China diikuti India.

"Berdasarkan rekod JIM, dari Januari tahun lalu sehingga Mac tahun ini sebanyak 40 juta pelancong masuk ke negara ini.

"Daripada jumlah itu 30.5 juta memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2 serta di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Pos Pintu Masuk Wang Kelian di Pos Imigresen Wang Kelian, di sini hari ini.

Katanya, kemasukan pelancong dari kedua-dua negara ini memberi nilai tambah kepada ekonomi negara terutama ketika mereka berbelanja.

"Jadi apabila dikatakan mereka masuk tetapi tidak keluar, saya nak sebut di sini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 950,000 pelancong China masuk ke negara ini.

"Tetapi hanya 0.3 peratus daripada mereka ini ditahan atau tidak dibenarkan masuk ke negara ini disebabkan disenarai hitam kerana kesalahan imigresen dan sebagainya.

"Ini bermakna, dia (pelancong China) mengikut peraturan dan kita benarkan masuk dan angka yang tidak dibenarkan masuk pun hanyalah sekitar 0.3 peratus sahaja," katanya.

Beliau berkata, meskipun PlV yang dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelancong China dan India, namun kerajaan tidak berkompromi terutama dalam soal keselamatan negara.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 11:09 PM | Show all posts
keberadaan indon... @nusaraya cam mana puler?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cubaan nk seludup pengundi dapig ke tuuu utk next pru biar blh menang lg?! dasarrrr kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:38 PM | Show all posts
entahlah, iols x berkenan dgn pakcik ni. rasa mcm xtau nak ckp mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara malaysia ni makin lama dah makin parah..tukar pemimpin pun tetap tak de perubahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hg punya biometric tu boleh locate depa menyorok kat mana ka...skemmer ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujurlah ada tauris singapo, india dgn prc ni...bolehlah ummah gebang jumlah pelancong puluh2 juta setahun...nak harapkan tauris mat saleh dorg x hingin nk jejak msia sbb lbh prefer thailand,vetnam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 20-5-2024 04:39 PM
Negara malaysia ni makin lama dah makin parah..tukar pemimpin pun tetap tak de perubahan

Ada perubahan bang...makin teruk hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi apabila dikatakan mereka masuk tetapi tidak keluar, saya nak sebut di sini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 950,000 pelancong China masuk ke negara ini.

"Tetapi hanya 0.3 peratus daripada mereka ini ditahan atau tidak dibenarkan masuk ke negara ini disebabkan disenarai hitam kerana kesalahan imigresen dan sebagainya."
Still mengelak dari jawab berapa yg masuk tak keluar2 dari 950k tu adoiyai mmg skemmer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.077373 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list