CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2696|Reply: 2

Hidup Dengan Jasad, Ini Tradisi Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Sumba Di Indonesi

[Copy link]
Post time 12-5-2021 06:44 AM | Show all posts |Read mode
Hidup Dengan Jasad, Ini Tradisi Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Sumba Di Indonesia



Siapa antara anda yang pernah menonton filem Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak? Filem arahan Mouly Surya ini telah menerima pencalonan dalam pelbagai festival filem antarabangsa seperti AFI Fest (American Film Institute Festival) 2017, Asia Pacific Film Festival 2017 dan Istanbul International Film Festival 2018.

Buat anda yang masih keliru, Marlina ialah seorang janda miskin yang tidak mampu melakukan proses pengebumian suaminya. Menurut kepercayan Marapu yang dianut oleh kaum Sumba, jasad akan dipuja dan diawet terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam rumah.



Selain itu, masyarakat Sumba Tengah juga akan meletakkan jasad yang telah diawet di tempat tidur kerana upacara pengebumian menelan belanja yang sangat besar.

Upacara pengebumian ini bagaimanapun mewajibkan penggunaan kain Sumba yang paling mahal dan proses penyembelihan kerbau. Jadi, ia menelan kos belanja yang sangat besar.

Berbeza dengan golongan bangsawan, individu yang tidak berkemampuan terpaksa membuat upacara pengebumian secara normal. Atas sebab itu, mereka akan guna tembakau dalam keadaan sederhana sahaja iaitu sebesar tiga pinggan dan letakkan ia di atas katil. Akhirnya, jasad berkenaan akan diletakkan di atas katil.

Untuk pengetahuan anda, jasad perlu diawet mengikut had umur sebelum ia disimpan dalam rumah. Menerusi filem ini, Marlina meletakkan jasad suaminya dalam posisi duduk dengan tangan memangku dagu.

Marsha Timothy yang memegang watak Marlina juga berkata bahawa aspek paling menyeramkan dalam tradisi ini ialah wajah jasad berkenaan tidak ditutup sebaliknya ia berbalut seakan mumia.

Selepas itu, jasad tersebut akan dibalut dengan kain tenun ikat Sumba Timur. Menurut kepercayaan mereka, kain ikatan berwarna alam mempunyai zat kimia yang dapat membantu mengawetkan jasad sebelum ia disandarkan di tiang rumah.

Penulis:

  • Nurul Naafizah Ibrahim adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah keluar ke movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
lilac85 replied at 12-5-2021 03:17 PM
Dah keluar ke movie ni

Dah laa kot sbb masuk festival tahun 2017
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059325 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list