CariDotMy

Title: Untold History : Kiyai Salleh dan 13 Mei Tidak Bersangkutan [Print this page]

Author: unekspekted_II    Time: 25-1-2011 02:16 AM
Title: Untold History : Kiyai Salleh dan 13 Mei Tidak Bersangkutan
Aku terbace pasal thread "13 Mei"..

Masih ramai yang assumed Kiayai Salleh dan 13 Mei 1969 adalah peristiwa yang sama.  Wrong.. Totally wrong.  

SEBAB

1.  Perang 14 hari militia Kiayi Salleh berlangsung pada tahun 1945.. sekitar bulan Julai
2.  Peristiwa 13 Mei terjadi pada 12 Mei 1969.. 23 tahun selepas terjadinya perang 14 hari itu

Dan

3.  Orang2 yang terlibat semasa perang 14 hari pada tahun 1945 rata2 berumur 45 - 55 tahun pada 13 Mei 1969
4.  Orang2 Melayu Johor yang terlibat secara langsung pada perang 14 hari bersama2 Kiayi Salleh TIDAK MEMBANTU pada 13 Mei 1969 diselangor kerana :

-  Taat setia dan "Sumpah Melayu" mereka hanya kepada Dato' Onn.. bile TAR ambil alih UMNO.. orang2 ni menjauhkan diri kerana simpati dengan Dato' Onn walaupun selepas kematiannya.

-  Sebab kedua, it politically motivated.. bukan bersemangatkan perjuangan Islam dan tanahair

KIYAI SALLEH PERNAH DIKALAHKAN

Yes.  Kiayi Salleh pernah ditewaskan.... oleh Dato' Onn sendiri.

10 tahun, semasa hidup dalam buangan di Singapore, Dato' Onn mendapat ijazah Silat Gayong dan menjadi Mahaguru Silat Gayong yang pertama.



Guru2 Dato' Onn tidak diketahui sehingga kini... but some say, that old man come and go.. kemungkinan Dendiar sendiri (aku suspect jee).

Dalam buku "Dato' Onn" keluaran UM ade tulis cerita ni... :

- Pada subuh ketibaan Dato' Onn, dia terus pergi berjumpa ketua komunis sorang2 di markas komunis dalam kebun getah..
- Kiayi Salleh naik hangin, sebab Dato' Onn pergi jumpa komunis dulu.. dari orang melayu
- Geng2 Kiyai Salleh hendak menyerang bandar Penggaram.. ditahan oleh Dato' Onn
- Cikgu (lupe name) bawa Kiayi Salleh berjumpa Dato' Onn
- Kiayi Salleh marah2
- ..... then... Kiayi Salleh terima Dato' Onn.. so sudden..

= bukan sebab dato' Onn orang utusan Sultan Ibrahim, sebab.. orang kaya Hamid pada mase tu merupakan pemimpin tempatan dan juga keturunan Sultan Ibrahim.. langsung Kiayi Salleh tak respect

Diceritakan, Dato' Onn berlawan batin dgn Kiayi Salleh.. dan Kiayi Salleh kalah, menyebabkan dia respect Dato' Onn.. maybe dia x sangka Dato' Onn rupanya seorang yang hebat

KIYAI SALLEH AND THE GENG



"Kiyai"... Salleh Bin Karim ni sebenarnya tidak layak dipanggi "Kiayi" dalam standard sebenar.

Dia bukan seorang yang warak, dia brassball, terejal dan degil.  Selalu berlengging tanpa baju keliling kampung... BUT..

Dalam 9 orang geng2 Kiayi Salleh... RAMAI YANG BERPANGKAT KIAYI yang sebenar... nama mcm Kiyai Shamsuddin.. Kiyai Tahir.. Kiyai Hanan.. kesemua orang2 Banjar dan Jawa nilah tulang belakang Kiayi Salleh

MILITIA

Ramai yang anggap dorang cume 'cowboy'... main redah semacam..

Salah.  Militia ni ada strukture tersendiri... setiap 9 orang kiyai ini mengetuai regimen2 tersendiri.

Allayarham Tn. Hj. Anuar Hj. Jalil, yang semasa tu baru berumur 24 tahun pernah ditugaskan mencatat nama2 sukarelawan utk Perang ini, ahli keluarga mereka.. dan juga... orang2 yang layak diberikan zakat.. seperti yang diarahkan oleh Kiayi2 ini.. terutamanya Kiayi Shamsuddin yang memang amat prihatin terhadap nasib orang2 Melayu selepas perang.

Ini adalah asas perjuangan Melayu Johor pada zaman Kiayai2, tidak ada kene mengene dengan politik dan suku.

UNTOLD

13 Mei takde kaitan dengan dorang.. Melayu dan Cina Johor tidak masuk campur atas tragedi 13 Mei 1969... no one can help but wonder, kenape Johor terselamat dari tempias peristiwa 13 Mei 1969 walaupun semangat kemelayuan dan kecinaan orang Johor tetap tebal.. - cluenye ade dalam thread "Bapak Segala Kongsi".


Banyak versi cerita2 perang tersebut... aku rase x payah laa aku tulis sebab kt thread2 blakang pun ade..

One other thing is.. dalam masa 200 tahun, selepas Megat Seri Rama ditabalkan menjadi "Panglima DiRaja".. Kiyai Salleh merupakan orang yang terakhir yang pernah dikurniakan pangkat "Panglima" (ketua turus tentera tidak termasuk) atas jasa2 perjuangan dia.

Khususan Ila Arwahi Salleh Bin Karim.. Al Fatihah..
Author: Acong    Time: 25-1-2011 03:20 AM
unek, apasal dato onn kuar dari UMNO? pastu hingga hembus nafas terakhir pung tak sanggup join UMNO semula, kenapa?
Author: nazurah    Time: 25-1-2011 08:11 AM
info menarik...

acong bukan ke dato onn merajuk? baca kisah dato onn pun sedih...pemimpin yang dipinggirkan pada hari2 terakhirnya
Author: shamsadis    Time: 25-1-2011 09:07 AM
Reply 2# Acong


    Dato' Onn nak buat 1Malaysia....tapi......
Author: winamp05    Time: 25-1-2011 09:53 AM
Jaga jaga... nanti ade mulut yg cakap " dah ada ilmu batin tinggi tnggi pun kene jajah dengan british jugak " keh keh keh
Author: benign    Time: 25-1-2011 10:08 AM
haah.. Dato Onn buat parti IMP yang berlandaskan 1Malaysia. Satu parti untuk semua kaum tapi kalah dalam election dengan perikatan.
Author: sekngucing    Time: 25-1-2011 10:23 AM
aku dah lama tauuuu
-tp ramai dok kaitkan lagi, padahal masa 13 mei tu, yg terlibat bukan komuniss
Author: lucid_lynx    Time: 25-1-2011 10:41 AM
aku pun lama dah tau, 13 mei bukan dengan komunis tapi pasal perkauman. kalau pakcik saleh punya crita kat johor ni pasal dengan komunis.
Author: lucid_lynx    Time: 25-1-2011 10:42 AM
Reply 7# sekngucing


tu gamba kucing ko ke ?   
Author: unekspekted_III    Time: 25-1-2011 10:56 AM
Reply 8# lucid_lynx

kiyai salleh sebenarnye 'baik' dgn komunis mase zaman jepun.. tapi.. komunis berubah wajah jadi lupe daratan bile jepun menyerah kalah dan bramboss.. dorang naik tocang..

Rashid Maiden komunis tu  kawan dia.. some say, dorang seguru..
Author: anomego    Time: 25-1-2011 11:36 AM
info2 yg sngt menarik dari unek
Author: ranjer    Time: 25-1-2011 12:00 PM
Pergi ke YouTube cari 10 tahun sebelum merdeka.  Bila baca ceria pasal Aruah Dato' Onn nie sedih sangat.

Hingga hari meninggal dia cuma ada beberapa ringgit aje di dalam poket dia. Al fatihan untuk pejuang kemerdekaan yang unggul.
Author: muor76    Time: 25-1-2011 12:42 PM
salah satu amalam kiyai salleh.. ayat 4..
salah satu amalan mat indera.. ayat 5..
kiyai salleh dan mat indera pernah berguru ngan org yg same..
diceritekan kiyai salleh pernah kene tangkap ngan polis sebab mencuri
kiyai salleh tak kebal... luke kat bahu mase kat semerah

dato onn kuor umno sebab nak bukak keahlian umno pade bangse lain.. tapi dengan bersyarat..
Author: ranjer    Time: 25-1-2011 02:03 PM
Betul tu Encik Muo. Masa muda kiyai salleh nie suka mencuri. Kisah hidup beliau pernah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
Author: s@s@    Time: 25-1-2011 03:10 PM
Reply 10# unekspekted_III


    Apa jadi ng rashid maiden? Dia betul2 komunis ke? Ada baca dlm paper 3-4 tahun lepas sorang polis ni penah jumpa dia time wat haji. Kalau komunis xkn wat haji kan....
Author: anomego    Time: 25-1-2011 03:45 PM
mmg banyak jsa dato onn
Author: anomego    Time: 25-1-2011 04:17 PM
asl melayu dan cina d johr x masuk cmpur 13 mei ni...tlg explain skit
Author: unekspekted_III    Time: 25-1-2011 04:31 PM
asl melayu dan cina d johr x masuk cmpur 13 mei ni...tlg explain skit
anomego Post at 25-1-2011 16:17



Author: the^Librarian    Time: 25-1-2011 04:35 PM
salah satu amalam kiyai salleh.. ayat 4..
salah satu amalan mat indera.. ayat 5..
kiyai salleh dan ...
muor76 Post at 25-1-2011 12:42


ada orang kata Kiyai Salleh ni dari silat sendeng?betul ke?
Author: the^Librarian    Time: 25-1-2011 04:37 PM
Dan, Dato Onn ni pernah berguru dengan ADMAR?  betul ke?
Author: muor76    Time: 25-1-2011 05:18 PM
ada orang kata Kiyai Salleh ni dari silat sendeng?betul ke?
the^Librarian Post at 25-1-2011 16:35

entah.... mungkin byk silat dia tau... agaknye silat bentayan pon dia tau gak...

tapi kumpulan selempang merah tak same ngan kumpulan silat selendang merah eikkk..
selempang merah nama persatuan... selendang merah name silat...
selempang ngan selendang pon lain...
silat selendang merah bermula di kedah (kalo tak silap) mase tu kiyai salleh pon budak lagi....

ramai orang cakap silat selendang merah berasal dr kumpulan selempang merah... ikot akal mmg tak logik..
lagi satu 13 mei 1969..  kiyai salleh dah ninggal... dia ninggal tahun 1959 kot
Author: muor76    Time: 25-1-2011 05:19 PM
Dan, Dato Onn ni pernah berguru dengan ADMAR?  betul ke?
the^Librarian Post at 25-1-2011 16:37


admar tu sape?
Author: changkatlobak    Time: 25-1-2011 06:29 PM
memang tak de kena mengena pun.

yang kata ada kena mengena itu membaca dari sumber yang kurang sahih.

ada geng selempang merah terlibat dalam 13 mei, itu yang dikaitkan dengan kiyai salleh

tapi unek, aku cuma nak tambah sikit.
13 mei ada kena mengena  dengan dato onn
Author: saden    Time: 25-1-2011 07:47 PM
Reply  lucid_lynx

Rashid Maiden komunis tu  kawan dia.. some say, dorang seguru..
unekspekted_III Post at 25-1-2011 10:56

Yang seguru dgn Kiyai Salleh tu Mat Indera rasanya.
Author: saden    Time: 25-1-2011 07:52 PM
ada orang kata Kiyai Salleh ni dari silat sendeng?betul ke?
the^Librarian Post at 25-1-2011 16:35

Orang zaman dulu banyak guru. So, silat pun bercampur2. Lagipun silat sendeng (sendeng Muar) diasaskan oleh Haji Hamid yang berguru dgn Kiyai Salleh. Selain Kiyai Salleh, Haji Hamid pun berguru dgn datuk dia Hj Hassan dan dgn Hj Ariff Shamsu. Semua ilmu guru2 dia diadunkan jadi silat sendeng.
Author: anomego    Time: 25-1-2011 09:27 PM
oh camtu rupanya
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 12:22 AM
Reply 22# muor76


   ADMAR tu singkatan bgDato Meor Abd Rahman. Pengasas silat gayong.
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 12:28 AM
Orang zaman dulu banyak guru. So, silat pun bercampur2. Lagipun silat sendeng (sendeng Muar) diasa ...
saden Post at 25-1-2011 19:52


Jap2, silat sendeng ni ada banyak cabang ke, ada satu je? setau aku sendeng mmg berasal dari Muar, dan pengasasnya tu org bugis.
sampai ke anak dia baru establish sikit. Maksudnya, dah berdaftar persatuan, hierarki, dsb.
Author: unekspekted_II    Time: 26-1-2011 12:59 AM
Reply  muor76


   ADMAR tu singkatan bgDato Meor Abd Rahman. Pengasas silat gayong.
the^Librarian Post at 26-1-2011 00:22


dia claim je, x betul pun.. mane mungkin orang besar mcm dato' onn berguru dn si meor yg mase tu baru berumur setahun jagung..:



lepas dato' onn mati baru dia berani claim dia pengasas silat gayong.. x brani dia nk ckp mase dato' onn hidup lagi

Pengasas silat gayong yg asli - tidak diketahui.. KECUALI SATU CLUE : Orang yg selalu bawak gayung timba yg bocor angkut air kt istana besar tuuu
Author: unekspekted_II    Time: 26-1-2011 01:15 AM
name "Parit" yg beratus2 ade kt batu pahat dgn muar tu pun ade menunjukkan clue yg orang2 sane 'berisi'..

asalnye dorang bukak kebun.... sorang2.. sebab tu rumah sane jarak2 sampai x nampak bumbung pun ade...

bayangkan.. klu 8 ekar satu hutan boleh tebas dlm mase sehari???? gajah je yg boleh buat mcm tu..

THEN... sebab kebun dah banyak dibukak laa 'parit2' digali utk pertanian.. and ketua masyarakat yg supervise kerja2 gali 'parit2' ni.... and, namnye pun diabadikan kt name kampung tuuu... kecuali Parit Gonduruwo
Author: Wakgun    Time: 26-1-2011 01:22 AM
Info yang bagus.
Author: unekspekted_II    Time: 26-1-2011 02:04 AM
salah satu contoh adat mahaguru :

- meor pernah memperhambakan diri dgn british utk cari makan..
- tapi... dato' onn?????? sanggup hilang harta dan pangkat sebab prinsip

klu ikut betul2 adat... siape yg lebih beradatkan pahlawan???
Author: unekspekted_II    Time: 26-1-2011 02:07 AM
Reply 23# changkatlobak

tapi unek, aku cuma nak tambah sikit.
13 mei ada kena mengena  dengan dato onn
   

?????.. dato' onn meninggal tahun 1962... 13 mei tu tahun 1969.. so??
Author: sekngucing    Time: 26-1-2011 02:08 AM
Reply 15# s@s@


    apa daaa, komunis bukan agama.tp ideologi
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 02:12 AM
Reply 29# unekspekted_II


   ..ni ada student gayong yang bgtau aku.
check2:

Dato Meor : lahir 17 Ogos 1915.
Onn Jaafar: lahir 1895.

so masa dato meor lahir, onn jaafar da berumur 20 thn..betul gak tu..takkan la dia nk belajar dari dari org yang muda 20 thn dari dia...??


Tapi, baca ni jap:

"Dato’ Onn pun melamar untuk menjadi murid Gayong dan lamarannya telah diterima oleh Meor Abdul Rahman. Atas nasihat dan usaha Dato’ Onn, Silat Seni Gayong pun didaftarkan di Johor Bahru dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat Seni Gayong (No. Pendaftaran 361/tahun 1962, Johor Bahru)."

http://silatgayonguniten.blogspot.com/2010/01/dato-onn-jaafar-dan-gayong.html

so, mmg betul sebenarnya, Dato Onn tu student ADMAR.


Jadi, kalau nk lebih baik lg,

tgk pulak apa hubungan Kiyai Salleh, ADMAR, dan Dato Onn.

Sebab, jurus kipas senandung (Yg dikatakan jadi penyebab kematian Bruce Lee)
tu sebenarnya bukan hasil ilham ADMAR.
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 02:17 AM
Post Last Edit by the^Librarian at 26-1-2011 05:25

benda ni menarik ni...harap2 thread ni tak rosak mcm thread2 lain.

sambung sikit...

tapi Dato Onn jugak meninggal pada thn 1962.
So, logiknya, Dato Onn mesti ada belajar dari orang lain sebelum tu,
(masa sebelum dia spar dngn Kiyai Salleh)

Raden Diar? Mungkin.
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 02:21 AM
Post Last Edit by the^Librarian at 26-1-2011 02:22
THEN... sebab kebun dah banyak dibukak laa 'parit2' digali utk pertanian.. and ketua masyarakat yg supervise kerja2 gali 'parit2' ni.... and, namnye pun diabadikan kt name kampung tuuu... kecuali Parit Gonduruwo
unekspekted_II Post at 26-1-2011 01:15


Ko memandai je..ada ke parit Gondurowo???
Tapi Parit Setan tu mmg ada..dkt2 ngn Parit Madirono,
setaksilap aku...tp namanya pun da ditukar sekarang.
Author: billionman78    Time: 26-1-2011 02:32 AM
Reply  lucid_lynx

kiyai salleh sebenarnye 'baik' dgn komunis mase zaman jepun.. tapi.. komunis b ...
unekspekted_III Post at 25-1-2011 10:56


rashid maiden ke, mat indera? setau aku dia seguru dengan mat indera
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 02:45 AM
Pengasas silat gayong yg asli - tidak diketahui.. KECUALI SATU CLUE : Orang yg selalu bawak gayung timba yg bocor angkut air kt istana besar tuuu
unekspekted_II Post at 26-1-2011 00:59


cerita sikit pasal ni bro.
Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:26 AM
gayong start ditunjuk pada org ramai kat pulau sudong..ade 7 org pengikut awal ADMAR
diperlimau kat situ...salah satu jasa dato onn pada silat gayong adalah merangka perlembagaan dan daftarkan silat gayong dibwah nama Pertubuhan seni silat gayong....sebelun daftar tu tunku abdul rahman tak setuju silat gayong didaftarkan sbb dikatakan ahli gayong ni ade kena mengena dengan pemberontakkan kat siam yg ade kena mengena ngan haji mansor time tu,,tp pas dato onn dah jelas sume,baru lepas...
pengasas gayong kalu aku nk cakap syed zainal al attas ....dato meor berguru dengan datuk nye...rakan seperjuangan mat kilau..meor abdul aziz abang dato meor antara terwal dalm gayong...tp dia lebih kepada kebatinan...anyway hebat gak org taiping

CABUT PARANG TENGAH GELANGGANG,
CABUT LARI LINTANGLAH PUKANG,
HARIMAU PERANG JANGAN DITUNGGANG,
HABIS TENGKOK CALAQ BELAKANG,

Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:29 AM
rashid maidin pernah berjumpa dengan dato meor kat pokok assam..dia dtg jumpa dato meor kat sane,,tahun bila aku tak ingat
Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:33 AM
Reply 35# the^Librarian


    kipas senandung dalam senandung tu sape create??
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 03:42 AM
Reply 42# deathrace


   Aku rasa lagi elok kalau ada student Gayong sendiri yang cakap.
Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:43 AM
Reply 43# the^Librarian


    ade ke student gayong yg bagitahu pasai ni kat kamu??
Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:46 AM
mungkin org johor tgok dato onn besar tp pggel dato meor "si meor saja"
bagi kami org perak kami tgok dato meor besar ..boleh saja pggel dato onn "si onn"..tp kenapa perlukah ??dua2 berjasa pada silat gayong...
Author: deathrace    Time: 26-1-2011 03:50 AM
boleh ka saya buat kesimpulan begini..kiyai salleh pernah tewas pada dato onn..tp sbb mungkin org tgok dato onn ade kena mengena dengan silat gayong yg mana pada dasarnya dikaitkan dengan arwah dato meor abdul rahman yakni bukan org johor tapi org perak..maka apa saja kemungkinan yg ada kena mengena pada dato meor yakni bukan anak johor akan dilekehkan ???? saya punya kesimpulan saja la...sekurang2 dato meor sudah buktikan dengan pertubuhan gayong berbanding yang kata dia tak da apa2 tu??apa ada??:re::re:
org begini buat melayu berpecah lagi teruk..
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 03:50 AM
Reply 44# deathrace


   haah...atas dasar respek pada Gayong, aku takkan bgtau...biarla pewaris2/student dia je yg bgtau. Diorang lebih berhak.
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 03:57 AM
Post Last Edit by the^Librarian at 26-1-2011 05:38

Reply 46# deathrace

aku rasa orang terhormat dulu2 tak pandang sgt bab2 kenegerian @ sub-keturunan ni. semuanya atas dasar "Islam" dan "melayu" je.
Author: unekspekted_III    Time: 26-1-2011 09:27 AM
Reply 46# deathrace

ko jgn sentap pulak... bukan 'memperlekehkan'.. tapi... cube ko study sket pasal 'guru dia' silat gayong si al attas tuuu...

keluarga2 Al Attas yg duduk dipahang semua berniaga dgn Tunku Ahmad, kerabat Albert Baker yg berbesan dgn Tun Mutahir.. tiada guru2 al attas yg menjadi guru silat


FACT : tiada dalam catatan or rujukan yang menyatakan syed zainal syed idris al attas seorang yg hebat


tiada. samaada dlm rekod pahang.. ataupun perak.. namenye cume disebut meor dalam silat gayong, in reality....  tuan syed al attas ni tak terkenal pun di dunia persilatan seperti digembar gemburkan... melainkan dlm perniagaan


Test subject : aku cabar sesape bleh share bukti...cerita tuan syed al attas, si guru Meor ni memang terrer sejak zaman dulu sebelum dia mengajar meor iteww... boleh??
Author: s@s@    Time: 26-1-2011 10:18 AM
Reply 34# sekngucing


    Apa daa, aku pun x ckp komunis 2 agama... Yg aku tau komunis tu x bergerak selari ng islam
Author: s@s@    Time: 26-1-2011 10:25 AM
Reply 49# unekspekted_III


    Betul gak, tokoh len yg terkenal yg dikaitkan ng gayong pun yg aku tau dato onn jer, masa pendafyarsn gayong... Yg len2, memang org dlm gayong sendiri
Author: nad014    Time: 26-1-2011 11:02 AM
ranjer aku dah tgk kat you tube , memang sedih....rasa sayu jew hati.....nih....
Author: saden    Time: 26-1-2011 11:30 AM
Jap2, silat sendeng ni ada banyak cabang ke, ada satu je? setau aku sendeng mmg berasal dari Mua ...
the^Librarian Post at 26-1-2011 00:28

Asalnya sendeng Muar, tapi lepas didaftarkan dgn ROS, jadi Sendeng Malaysia. Tapi nama silat sendeng ni pun banyak yang pakai, kat negeri2 lain pun ada sendeng masing2 yg takde kena mengena dgn sendeng muar ni. Tapi sekarang ni kalau sebut silat sendeng, selalunya bermaksud persatuan silat sendeng malaysia yg asal dari muar ni lah.
Author: sekngucing    Time: 26-1-2011 12:00 PM
komunis tak selari dgn islam? habis tu nasionalis dan demokrasi selari ke?
Author: muor76    Time: 26-1-2011 01:15 PM
Orang zaman dulu banyak guru. So, silat pun bercampur2. Lagipun silat sendeng (sendeng Muar) diasa ...
saden Post at 25-1-2011 19:52

haji hamid berguru ngan kiyai salleh bab igama...
yg menjadik kemusykilan aku... kiyai salleh yg mane satu...
ekceli kat muor dan bp ade 2 kiyai salleh...
sorang yg selempang merah, sorang lagi mmg sorang alim...
kiyai salleh dedua tu pernah berguru ngan kiyai fadil...
Author: unekspekted_III    Time: 26-1-2011 02:13 PM
Reply 55# muor76

yes. kiyai salleh yg alim tu pun bleh tahan jugak
Author: unekspekted_III    Time: 26-1-2011 02:15 PM
aku rase... 'kiayi' salleh yg original.. yg alim tu..

then, baru datang Salleh Hitam ni.. sebab dia brassball... dia pun dipanggil 'kiyai' - merujuk org power, walaupun yg asal tu yg betul2 'kiyai'
Author: muor76    Time: 26-1-2011 04:38 PM
aku rase... 'kiayi' salleh yg original.. yg alim tu..

then, baru datang Salleh Hitam ni.. sebab  ...
unekspekted_III Post at 26-1-2011 14:15


yups... kiyai yg tu bebetul alim... yg aku dengor dia lagi awal dari salleh kap lam...
tapi mase zaman salleh kap lam... dia masih ade lagi... cume low profil dan tak byk sangat cite pasal dia...
Author: idhane    Time: 26-1-2011 04:47 PM
cerita sikit pasal ni bro.
the^Librarian Post at 26-1-2011 02:45



    org johor je yg tau sape yg dimaksudkn oleh unek tu,

tp bkn kah ko da sebut sape org tu?
Author: changkatlobak    Time: 26-1-2011 05:14 PM
Reply 33# unekspekted_II


    hahhaa

ini dipanggil kena mengena bau bau bacang

dato onn: gayong
13 mei: gayong terlibat?????
Author: the^Librarian    Time: 26-1-2011 09:35 PM
org johor je yg tau sape yg dimaksudkn oleh unek tu,

tp bkn kah ko da sebut sape org tu ...
idhane Post at 26-1-2011 16:47


oh, ye ke? haha.
Author: saden    Time: 26-1-2011 10:27 PM
Reply 55# muor76
baru aku tau ada 2 kiyai salleh..
Author: muor76    Time: 26-1-2011 11:17 PM
Reply  muor76
baru aku tau ada 2 kiyai salleh..
saden Post at 26-1-2011 22:27

yups... sorang yg alim.. aktif wirid khaujakan
sorang lagi selempang merah

normally... bile belajo ilmu igama org gi carik yg alim tu
Author: the^Librarian    Time: 27-1-2011 01:28 AM
Reply 63# muor76


    yang Salleh selempang merah tu bin apa?yang lagi satu?
Author: the^Librarian    Time: 27-1-2011 01:31 AM
Asalnya sendeng Muar, tapi lepas didaftarkan dgn ROS, jadi Sendeng Malaysia. Tapi nama silat sende ...
saden Post at 26-1-2011 11:30



   Kira sendeng Muar ni yang 1st sekali la compare dgn sendeng2 lain..?yg aku dengar lagi, semua keturunan 2 utama ni ada silat sendeng sendiri, mcm bugis, banjar, dll...jawa je takde..
Author: muor76    Time: 27-1-2011 03:15 PM
Reply  muor76


    yang Salleh selempang merah tu bin apa?yang lagi satu?
the^Librarian Post at 27-1-2011 01:28


yg salleh selempang merah tu salleh bin abd karim...

yg kiyai salleh alim tu tak tau....
Author: unekspekted_III    Time: 27-1-2011 03:28 PM
kiyai salleh yg lagi satu bin hj. arshad.. klu aku tak silap sebab dia memang keturunan al banjary.. alim2
Author: anonymous    Time: 27-1-2011 04:36 PM
wirid khaujakann.. adakah wirid yg di amalkan oleh tareqat naqsyabandi kholidi????
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 12:55 AM
kiyai salleh I agak dah tua mase tahun 1945.. while Kiayi Salleh II mase tu baru berumur 24 tahun..

x bnyak tau pasal kiyai salleh I.. tp, wirid khaujakan tu.. aku ade copy dia.. jap aku carik
Author: anonymous    Time: 29-1-2011 01:10 AM
ohyeker?? tp yg bawak wirid ni... Sheikh Fadhil Banten klo x silap kan.. masa gogle.. kuar nama nie....
Author: anonymous    Time: 29-1-2011 01:10 AM
Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten berasal dari Banten iaitu sebuah daerah di Jawa Barat. Beliau lama menuntut di Mekah dan telah sampai di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1915. Beliau kemudiannya tinggal menetap di Lenga yang terletak kira-kira 48 km dari Bandar Maharani.
Semasa tinggal disana, beliau mengajar agama dimasjid-masjid dan surau. Selepas mengajar beliau berwirid begitulah caranya beliau mengembangkan Wirid Khaujakan iaitu satu daripada amalan Tariqat Naqshabandiayah disamping Tariqat Tijaniyah.
Beliau kemudiannya berpindah ke Muar selepas kematian isterinya. Di Muar beliau tinggal di Batu 2 1/2 Jalan Bakri, disana beliau meneruskan aktivitinya mengajar agama disamping mengembangkan Wirid Khaujakan di masjid-masjid dna surau-surau disekitar Muar termasuk di Masjid Jamik Muar (sekarang dikenali dengan Masjid Jamik Sultan Ibrahim).
Kira-kira pada tahun 1942, semasa Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun, Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, sangat bimbang terhadap keselamatannya, keluarganya dan rakyat jelata seluruhnya. Beliau telah menitahkan pegawai daerah Muar ketika itu, Datuk Osman Buang, untuk mencari seorang ulama yang boleh membantunya dalam mengatasi masalah itu. Datuk Osman telah mencadangkan Haji Fadhil Banten yang sanggup berdoa seperti yang dihajatkan oleh Baginda Sultan.
Haji Fadhil Banten kemudiannya telah dibawa ke Johor Bahru dan Sultan Ibrahim telah menawarkan kepada beliau supaya tinggal disebuah rumah berhampiran dengan istana, tetapi beliau telah memilih untuk tinggal di Masjid Pasir Pelangi, kerana suasana di masjid lebih memudahkan dan lebih baik baginya untuk beribadah.
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 01:14 AM
ha'ah.. wirid tu fadhil bentan yg founded.
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 01:14 AM

Author: anonymous    Time: 29-1-2011 01:23 AM
Reply 72# unekspekted_III


   rasanyer dier kembangkan.. bukan jumpa... sbb amalan tareqatt... ader susur galur....... tp dier adalah pengasas badan kebajikan jemaah khaujakan johor
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 01:27 AM
anyway.. :

laksemane Banten (Megat Seri Rama) or laksamana bentan dgn Kiyai fadhil 'banten'... berasal dari tempat yg lain..

Lasksemane banten (or.. org melayu sebut bentan) tu dari Pulau Bintang.. dekat karimun

So.. Banten dgn Bentan tu..lain tempat.. bintan somehow curropted jadi bintang
Author: anonymous    Time: 29-1-2011 01:38 AM
pernah gak baca... pasal 2 tempat ni.. nama seakan2 sama tp tempat yg berbeza......
ni postnya....

APABILA riwayat Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar tersiar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, penulis menerima panggilan daripada beberapa orang di Muar, antaranya Cikgu Haji Muhammad. Beliau menyatakan bahawa sezaman dengan ulama Muar itu ada lagi beberapa ulama yang sangat besar pengaruhnya dalam bidang kerohanian di kerajaan Johor, iaitu Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten. Daripada hasil wawancara, sebuah buku berjudul Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, susunan Ustaz Haji Ahmad Tunggal diterbitkan oleh Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan Johor Darul Takzim, serta beberapa catatan. Maka ulama berasal dari Banten yang menaburkan baktinya di Johor dapat diperkenalkan. Beliau lahir di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1287 Hijrah/1870 Masihi dan meninggal dunia di Bakri, Muar, Johor pada 29 Jamadilawal 1369 Hijrah/18 Mac 1950 Masihi, dikebumikan di Batu 28 Langa, Muar.Sebelum riwayat ini diteruskan, dirasakan perlu menjelaskan nama `Banten' kerana ada orang memperkata bahawa ulama yang diceritakan ini berasal dari `Bentan'. Hal ini terjadi hanyalah kerana ada orang yang tidak dapat membezakan antara Banten dengan Bentan. Banten, kadang-kadang disebut juga dengan Bantan, kadang-kadang Bantam. Banten pada zaman dulu mempunyai kerajaan sendiri. Setelah Indonesia merdeka ia dimasukkan ke dalam Propinsi Jawa Barat dan setelah reformasi, menjadi propinsi sendiri yang dinamakan Propinsi Banten.Ada pun Bentan adalah sebuah pulau di Kepulauan Riau, yang kedua terbesar sesudah Pulau Natuna. Bentan sangat penting dalam sejarah dan geografi, sama ada zaman kerajaan Melaka mahu pun zaman pembentukan kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang dan takluknya, zaman Riau-Johor dan terakhir sekali menjadi Riau-Lingga.Ulama yang dikisahkan ini berasal dari Banten bukan dari Bentan. Banten memang ramai melahirkan ulama yang terkenal, antara yang terkenal di seluruh dunia Islam ialah Syeikh Nawawi al-Bantani yang diakui oleh dunia Islam dengan gelar Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi yang ke-2). Sedang dari Bentan hingga kini belum diketahui nama ulamanya, yang ada hanyalah ulama Riau yang berasal dari pulau-pulau lainnya. Antara ulama Riau yang mengajar di Mekah peringkat guru pada Fadhil ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga .
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 01:42 AM
sikit org je yg perasan perbezaan nyer
Author: anonymous    Time: 29-1-2011 01:53 AM
adakah kiyai salleh bin arshad yg dikatakan dr banjar... itu.. adakah yg ini???

Lebih di kenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh, Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang Melayu menangani Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak, Muar. Sepanjang hayatnya, beliau banyak berguru dengan guru agama dan persilatan. Antara guru beliau yang di ketahui ialah Kiai Mustahir, Pagoh dan Kiai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini, beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan ayat empat.

( website silat sendeng )
Author: unekspekted_III    Time: 29-1-2011 02:02 AM
maknenyer... bapak kiyai salleh I - Arshad tu pun gurunye Kiyai Salleh II
Author: BrotherFlash    Time: 1-2-2011 11:52 AM
Tariqat naqshbandi?? hmm, same ke ngn yg diamalkan Raja Ashman tu..? lodge dy ade kat area umah aq kat damansara..
Author: anonymous    Time: 1-2-2011 02:15 PM
entah... x tahu la plak... rasanya.. klo kt dmnsara... naqsyabandi haqqani... yg dibwa oleh syeikh nazim..... sbb dulu ader kwn citer dier p sana....kt bukit dmnsara rasanyer kot..
ni mungkin yg lain... walaupun asasnyer sama...
Author: BrotherFlash    Time: 2-2-2011 09:14 PM
Reply 81# anonymous


   yupz, bukit damansara.. kat situla aq dudok.. aq dengar citer ni pun mse tingkatan 3 dulu heboh org kat ctu cakap tu ajaran sesat bab jemaah dy masuk masjid pakai 'kasut kulit'.. padehal tu setakat sarung cam stokin jer cume bwt dr leather.. so far aq tengok takde sesat mane pun cume ade certain2 ritual org melayu kiter payah terima mcm tarian whirling dervishes tuh yg org melayu tengok pun pelik dbwtnyer.. dulu2 pengamal sufi stakat buat silat jer sbg aktiviti riadah tp xdela buat menari pusing2 tuh.. huhu,
Author: BrotherFlash    Time: 2-2-2011 09:15 PM
Reply 81# anonymous


   baru aq perasan.. gambo avatar ko tu la whirling dervishes.. hahaha.. adooii xperasan aq memuler td ek..
Author: merahbaiduri    Time: 5-2-2011 02:04 PM
unekspekted_III Post at 29-1-2011 01:14



INI ADALAH SELAWAT AT-TAFRIJIYYAH / AN-NARIYYAH

* barangsiapa yang beramal dan banyak membacanya

* Dapat menghilangkan kesempoitan hidup dengan izin ALLAH

* Dijauhkan dari gangguan dan persaingan

* Dapat menghasilkan suatu pekerjaan yang dihajat atau hendak menolakkan bala yang datang

* Tidak putus rezeki dan ia akan mencapai darjat yang tinggi

* Dapat menghilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

(dipetik dari Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub, disusun oleh Asy-Syeikh 'Ali Abdul Rahman Al-Kalantani)
Author: HangPC2    Time: 6-9-2011 11:08 AM
baru faham..........
Author: unekspekted_XII    Time: 6-9-2011 11:20 AM
Salleh ni diberi pangkat "Panglima" oleh sultan Johor...

hari tu baru aku perasan.. lepas Kiyai Salleh.. ade lagi sorang diberi pangkat "Temenggung".. tapi tak tau dari sultan mane = Temenggung Kanang Anak Langkau
Author: HangPC2    Time: 6-9-2011 12:47 PM
dekat Johor Memang ada Kampung orang Iban kat kalau tak silap.............
Author: darthery    Time: 6-9-2011 03:45 PM
ade dgr cite2 orng2 tua dulu yg Kiyai Salleh Hitam tu katenyer tidaklah hebat tetapi isterinya yg hebat dlm ilmu kebatinan ni... betul ke?
Author: ranjer    Time: 6-9-2011 05:55 PM
Perang yang melibatkan antara Panglima Salleh dan Komunis dianggil Perang Parang Panjang.

Dalam projek jalan jalan cari bahan raya baru nie banyak yang bercerita yang setiap rumah diberi air daripada masjid oleh Kiyai Salleh. Tak pasti Salleh yang mana satu.

Bapa mat indera ada mengambil air tersebut tetapi di tempelak oleh aruah dengan berkata "dah tak percaya dengan Allah sampai guna air untuk minta perlindungan".

Mat Indera seguru dengan Salleh, tidak pasti Kiyai Salleh atau Panglima Salleh
Author: salimrock    Time: 6-9-2011 06:16 PM
ramai jugak org hebat2 dr Johor yea, dari dulu smpai skarang...

dulu zaman perang, ramai tokoh2, pendekar2 pejuang2 dari johor...

skrg zaman artis pun ramai artis2 dari Johor ..he.he.

kira nye Johor ni lahir ramai org yg hebat2 la...
Author: ranjer    Time: 6-9-2011 07:02 PM
Ada lagi yang hebat masa kini peringkat antarabangsa lagi.
Author: s@s@    Time: 6-9-2011 07:21 PM
Reply 91# ranjer


    Sape tu?
Author: unekspekted_XII    Time: 7-9-2011 09:38 AM
Reply 92# s@s@

Dato' Shake
Author: sawahpadi    Time: 7-9-2011 11:48 AM
Reply 54# sekngucing

komunis, nasionalis, demokrasi semuanya adalah ideologi.

yg membezakan ialah ideologi komunis menolak agama sedangkan nasionalis dan demokrasi boleh selari dgn agama. Which one is good, which one is bad?
Author: robotech    Time: 7-9-2011 07:43 PM
Temenggung Kanang Anak Langkau


Gelaran Temenggung iaitu gelaran pembesar sistem Empat Lipatan negeri2 Melayu lama (Sultan Johor sekarang berketurunan Temenggung selepas mangkat Sultan Mahmud Mangkat dijulang yang bersalsilah keturunan diraja Melaka) berbeza dengan gelaran Temenggung kat Sarawak.

Temenggung di Sarawak berkait dengan sejarah keturunan Datu Merpati Jepang, yang menjadi pembesar2 / bangsawan Melayu pesisir Sarawak yang bergelar Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bentera & Datu Bandar dari zaman penguasaan Kesultanan Brunei  ke atas Sarawak & diteruskan di bawah Dinasti Rajah Puteh Brooke.

Di zaman Dinasti Rajah Puteh Brooke, gelaran Temenggung diberikan kepada ketua2 peribumi & kaum di Sarawak,  & diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak hingga sekarang. Setiap kaum & etnik ada Temenggung masing2, termasuk kaum Cina Sarawak.

Contoh:

1. Temenggung Jinggut anak Atan
2. Temenggong Vincent Lau
3. Temenggung Jugah anak Barieng
4. Temenggong Datuk Oyong

Selain Temenggung, gelaran lain sperti Pemanca turut diberikan pada ketua masyarakat atau adat. Gelaran seperti Kapitan Cina / Ketua kampung / Ketua kaum adalah di bawah hierarki Temenggung & Pemanca.
Author: robotech    Time: 7-9-2011 07:50 PM
yg membezakan ialah ideologi komunis menolak agama sedangkan nasionalis dan demokrasi boleh selari dgn agama. Which one is good, which one is bad?


Ada sepupu sepapat komunis iaitu sosialis tapi percaya agama. Ada fahaman sosialis dicampur dengan nasionalis cam Pak Ereb seperti Baath Iraq/Syria (rejim Saddam/Assad), Mesir (rejim Sadat/Mubarak) dan Libya (rejim Gaddafi).

Heleh, stakat fahaman ideologi tu, campur2 sedia ada je, jadi fahaman baru. Cam China, dulu memula fahaman komunis-Marxistme-leninisme, tukar kiblat jadi komunis-Maoist pastu revise balik jadi komunis-bau2 sosialis-sikit2 Maoist-ala2 kapitalis borjuis-rasis/cap nasionalis Han. Ngehhhh
Author: Catalyst    Time: 27-9-2011 03:18 PM
Gelaran Temenggung iaitu gelaran pembesar sistem Empat Lipatan negeri2 Melayu lama (Sultan Johor ...
robotech Post at 7-9-2011 19:43



Selepas mangkat Sultan Mahmud Mangkat di Julang yang dari susur galur raja raja Melaka pada 1699, Kesultanan Johor di pegang oleh keturunan Bendahara sehingga berpindah kepada keturunan Temenggong sekarang bermula dari Temenggong Ibrahim(Daeng Ronggek) 1855.
Author: want2bhappy    Time: 28-9-2011 05:22 PM
bini kiyai sallaeh kan.... bukan kiyai salleh ...
Author: KhatamSulaiman    Time: 20-10-2011 12:14 PM
Post Last Edit by KhatamSulaiman at 22-10-2011 12:15

Ada ramai Kiyai Salleh. Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim adalah keturunan mamak penang dan kemudian diambil oleh Mufti Johor iaitu Syeikh Haji Fadil Bantan sebagai anak angkat dan anak murid setelah beliau bersara sebagai Mufti Johor. Kiyai Salleh 41 tahun tak makan, tak minum dan tak tidur. Bila dia buat kenduri dia panggil orang datang makan tapi dia tak makan. Bila orang lain buat kenduri dia datang tapi tak makan. Kiyai Salleh ni selalu menggunakan basikal untuk ronda-ronda di kampung. Kebanyakan orang yang datang berguru dengan Kiyai Salleh ni kebanyakannya orang-orang tua. Kalau dekat Johor tu orang-orang yang sudah bergelar Kiyai. Kiyai Haji Salleh Panglima bin Karim ada sembilan puluh lebih orang murid. Kebanyakan murid Kiyai Salleh orang-orang tua.

Kalau disebelah johor orang-orang yang sudah bergelar KIYAI yang banyak jadi anak murid kiyai Salleh.Yang muda tak ramai. Kalau ada anak murid Kiyai Salleh yang masih hidup sekarang ni umur diaorang 90 tahun keatas. Kiyai Salleh mempunyai pandangan makrifat yg sangat kuat. Pernah satu kapal terbang menjadi kaku diudara.. tidak bergerak kerana dipandang oleh Kiyai Salleh menggunakan pandangan makrifat.. Bila dilepaskan oleh Kiyai Salleh barulah kapal terbang itu terbang semula. Pernah satu ketika anak murid Kiyai Salleh duduk bertentangan dengan Kiyai Salleh dan ketika itu muka kiyai Salleh menunduk ke bawah. Apabila Kiyai Salleh mengangkat mukanya dan memandang ke arah anak muridnya. Anak muridnya terpelanting ke belakang kerana kekuatan pandangan makrifat Kiyai Salleh.

Semasa zaman komunis, iaitu sebelum merdeka( 1945) komunis bermaharajalela. Banyak rumah dibakar komunis, siapa yang menentang dibunuh, imam-imam masjid yang menentang dibunuh. Ada yang dimasukkan dalam sangkar **** dan ditikam ketika dalam sangkar ****, ada yang dimasukkan dalam guni dan dicampak dalam sungai. Tapi rumah Kiyai Salleh tidak dibakar sebab rumah Kiyai Salleh rumah buruk. Ketika itu Sultan Ibrahim johor sedang berada diluar negara dan komunis telah memasuki istana johor. Kiyai Salleh bersama 9 orang anak muridnya bangkit memerangi komunis di Batu Pahat.

Semasa perang Kiyai Salleh telah menangkal kain merah dan dicarik oleh isteri Kiyai Salleh. Kain tersebut telah diagihkan oleh isteri dan murid Kiyai Salleh kepada penduduk kampung untuk dijadikan selendang. Semasa perang komunis telah menyerang hendap Kiyai Salleh dan pengikutnya dari atas bukit ketika Kiyai Salleh dan pengikutnya melalui kawasan lurah. Kiyai Salleh terbang macam burung dan memancung komunis-komunis tersebut. Semasa perang baju-baju murid Kiyai Salleh belulang disebabkan dipenuhi darah. Semasa perang dengan komunis Kiyai Salleh memakai pakaian berwarna putih tetapi tiada setitik darah pun pada pakaian kiyai Salleh. Sedangkan pakaian anak-anak murid Kiyai Salleh dipenuhi darah. Hinggakan baju yang mereka pakai keras kerana darah pada pakaian mereka. Apabila mereka pergi ke sungai. Sungai jadi merah kerana darah pada pakaian mereka. Semasa perang badan-badan murid Kiyai Salleh kebal kecuali seorang yang melanggar pantang telah ditembak. Seorang anak murid Kiyai Salleh yang lain terpaksa memikul anak murid Kiyai Salleh yang telah ditembak itu balik kerumah. Anak murid kiyai Salleh kebal, semasa perang parang-parang musuh yang menetak tubuh mereka sumbing kerana kekebalan tubuh mereka. Pihak komunis menggunakan senapang, bom tangan, parang dan sebagainya sedangkan kiyai salleh menggunakan pedang.

Salah satu pedang Kiyai Salleh ialah pedang berwarna hitam. Markas komunis dimusnahkan dengan jurus dari jarak jauh oleh Kiyai salleh. Duduk dalam markas mati duduk luar markas pun mati. Komunis telah menangkap Datuk Onn dan mengugut akan membunuh Datuk Onn sekiranya Kiyai Salleh tidak berhenti perang. Kiyai Salleh bersetuju untuk berhenti perang. Jika tidak kerana hal ini sudah pasti kawasan yang diperang oleh Kiyai Salleh akan menjadi lebih besar.

Keadaan masa perang tu teruk, istana sultan pun dah dimasuki komunis masa tu Sultan Ibrahim kat luar negara. Siapa yang bangkit membela? Kiyai Sallehlah yang bangkit membela. Gelaran PANGLIMA diberi oleh Sultan Ibrahim di atas jasa beliau.Sekembalinya Sultan Ibrahim dari luar negara. Baginda mencari siapa kepala yang menentang komunis ni. Selidik punya selidik dapatlah Kiyai Salleh. Sultan Ibrahim punya daulat pijak jambatan pun senget. Kiyai Salleh ni kecil je orangnya tapi bila Sultan Ibrahim peluk beliau, baginda tak terangkat badan Kiyai Salleh.

Pihak komunis juga telah mengupah 3 orang raden dari indonesia yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk bertempur dengan Kiyai Salleh. Tetapi kesemuanya telah tewas ditangan Kiyai salleh. 3 orang Raden dari Indonesia yang datang untuk bertempur dengan Kiyai Salleh kesemuanya kebal. Walaupun mereka kebal pada pedang biasa tetapi tidak kebal pada pedang Kiyai Salleh. 2 orang Raden tumpas dimata pedang Kiyai Salleh. Cuma seorang yang memiliki ilmu kebatinan yang terlalu hebat tidak tumbas dimata pedang. Batin lawannya batin juga. Didalam pertempuran batin tersebut Raden itu tumpas di tangan Kiyai Salleh.
Author: muor76    Time: 20-10-2011 02:24 PM
Ada ramai Kiyai Salleh. Kiyai Haji Salleh Panglima Bin Karim adalah keturunan mamak penang dan kemud ...
KhatamSulaiman Post at 20-10-2011 12:14


seperti soalan aku sebelum nih.... 2 tahun yg dia makan tu mase bile? 2 tahun selepas lahir? atau sebelum ninggal?




Welcome to CariDotMy (https://b.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4