mojarean_X Publish time 9-5-2024 11:06 PM

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz

Onn Hafiz berkata beliau tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya dan memandang serius terhadap insiden yang menimpa tiga pemain bola sepak negara, baru-baru ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di negeri ini.

Pada masa sama, beliau berharap agar penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berputus asa dan tetap menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, serta mengekalkan profesionalisme dalam memberikan sokongan penuh kepada pasukan bagi setiap perlawanan.


"(Bagaimanapun) sebagai penyokong JDT, saya berasa terkilan dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih, yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini, meskipun sudah mendapat jaminan daripada Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor.

"(Bahkan) Polis Johor juga telah bersetuju untuk mengarahkan 1,500 anggota polis untuk memantau aspek keselamatan pada perlawanan itu," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Justeru, Onn Hafiz menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pasukan JDT atas kesediaan, komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan untuk tetap meneruskan perlawanan yang dijadualkan, kerana yakin dengan jaminan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan.

Pada 2 Mei, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dilaporkan cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.
Pada Ahad (5 Mei), Faisal Halim pula mengalami kecederaan melecur tahap

ejans Publish time 10-5-2024 12:18 AM

Tiba2 negeri terpalinggg bersuaraa
Dipaksa bersuara kerrr
Kakakka

Skuau Publish time 10-5-2024 12:20 AM

dh 'menang' 3-0..pon nak terkilan...pelik2 la dunia ni.{:1_515:}

stingergrumpy Publish time 10-5-2024 04:40 AM

Edited by stingergrumpy at 10-5-2024 04:41 AM

Skuau replied at 10-5-2024 12:20 AM
dh 'menang' 3-0..pon nak terkilan...pelik2 la dunia ni.

Mungkin nak menang cara 'jantan'...?

Pemain pasukan lawan sedang bertarung nyawa...atas musibah yg melanda...not something normal seperti mana tak dapat bermain kerana injury khen?

Sifat kemanusian dan empathy itu mana?

Nak bagi signal apa sebenarnya?...KEGANASAN mungkin berlaku...tapi game(hidup) wajib diteruskan...? AGAMA pun mengharuskan/membenarkan berkabung..
Pages: [1]
View full version: Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz


ADVERTISEMENT