CARI-MAL Publish time 9-5-2024 10:52 PM

“Imam Tengah Wirid Tiba-Tiba Dia Cekak Leher Budak Tu” – Warga Emas Mengamuk Kakinya Dilanggar Ketika Rapatkan Saf

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/225128mci83t3zyslgsghg.png





Seorang jemaah masjid yang juga merupakan warga emas naik angin dan mengasari seorang budak muda selepas selesai solat berjemaah di Masjid Bukit Jelutong.


Menerusi video dikongsikan DJ Zayan FM, Anas Tahir dia menjadi saksi kejadian tersebut yang berlaku sebaik sahaja selesai solat Maghrib.


Ceritanya, selepas memberi salam malah ketika itu imam sedang membaca wirid, warga emas terbabit secara tiba-tiba menarik baju budak tersebut di bahagian leher dari arah belakang.


"Tiba-tiba dia cekak budak tu, budak ni tak balas apa-apa. Imam tengah wirid, dia boleh menjerit ‘jom ah, belakang ah’. Dia bangun, dia pergi ‘lock’ tangan budak ni.”


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/225217vue83tzsjakfu7vu.png



Sebab terlanggar kaki je…


Tambah Anas, warga emas tersebut naik angin hanya kerana budak muda terbabit terlanggar kakinya ketika merapatkan saf.


Meskipun jemaah lain yang berada di masjid ketika itu cuba menenangkan situasi tegang tersebut namun warga emas berkenaan seperti masih tidak berpuas hati.


Anas turut memuji budak muda berkenaan yang langsung tidak melawan malah katanya dia bukanlah pertama kali ke masjid tetapi sering dilihat hadir untuk solat berjemaah.


"Budak tu muda, cakap pun lembut. Saya respect dia sebab dia tak melawan walaupun dah kena ‘lock’ tangan ke belakang. Pakcik sabarlah pakcik. Kalau pergi sembahyang dekat negara lain, kalau kena rapatkan saf takkan semua orang kau nak belasah?”


Perkongsian itu meraih perhatian ramai warganet yang mengkritik warga emas terbabit kerana panas baran dan mengasari budak muda terbabit apatah lagi di dalam masjid, selepas tunaikan solat.


7366247913837645063


SUMBER : TikTok/Beautifulnara

dua_chzy Publish time 9-5-2024 10:56 PM

Itulah ujian untuk pacit dan Wakiyudin.

jejaka_hensem Publish time 9-5-2024 10:57 PM

So,apa isu semasanya?

dua_chzy Publish time 9-5-2024 11:00 PM

jejaka_hensem replied at 9-5-2024 02:57 PM
So,apa isu semasanya?

Sabar tu separuh dari imaaaannnn

ultra78 Publish time 9-5-2024 11:05 PM

dua_chzy replied at 9-5-2024 10:56 PM
Itulah ujian untuk pacit dan Wakiyudin.

Rimas duduk rapat-rapat berhimpit. Rindu zaman covid dulu. :lol:

mojarean_X Publish time 9-5-2024 11:10 PM

Biasalah org tua berpangkat kaya lps pencen ada krisis post retirement. Tu yg wat perangai pelik2

dua_chzy Publish time 9-5-2024 11:11 PM

ultra78 replied at 9-5-2024 03:05 PM
Rimas duduk rapat-rapat berhimpit. Rindu zaman covid dulu.

Kobid - a period we shall not forget. :lol:

Teropongcctv Publish time 9-5-2024 11:30 PM

Amboi solat pun jiwa kacau juga eh. Niat camna awal2 tu

Mary_jane Publish time 9-5-2024 11:48 PM

Amboi baran nya, ingat dalam ring ke nak lock2 tangan orang.

sharlenetexas Publish time 9-5-2024 11:51 PM

Budak? Budak muda? Umur berapa?


blue_blur Publish time 10-5-2024 12:01 AM

tua ke nak mati ke ada pangkat ke payung warna ke, kalau ada buat gitu ke anak aku, siap la kau kat mat......

Skuau Publish time 10-5-2024 12:15 AM

jejaka_hensem replied at 9-5-2024 10:57 PM
So,apa isu semasanya?

orng tua kena hormat bdk muda....;P

fefeeling Publish time 10-5-2024 12:21 AM

Rupanya byk masjid yg tutup pintu bila bkn masuk waktu ye.. dia bg ko duduk luar je bertenggek, takleh masuk dalam.. itu mcm pun ada ka?

Triple_8 Publish time 10-5-2024 12:52 AM

fefeeling replied at 10-5-2024 12:21 AM
Rupanya byk masjid yg tutup pintu bila bkn masuk waktu ye.. dia bg ko duduk luar je bertenggek, takl ...

Banyak pencuri. Nak upah guard myammar tiada duit. Kalau buka pintu, mentol lampu saja yang tinggal sebab panas. ;P

nolya Publish time 10-5-2024 01:06 AM

ultra78 replied at 9-5-2024 11:05 PM
Rimas duduk rapat-rapat berhimpit. Rindu zaman covid dulu.

Orang mcm U ni tentu tak sesuai pergi haji kerana pada musim haji, keadaan sagat2 menyesakkan.

anony-mous Publish time 10-5-2024 01:13 AM

Ada receipt x? :lol:

Receipt = evidence, bukti (bgtau siap2) :$

Rogue98 Publish time 10-5-2024 01:26 AM

Askar or polis pencen ke pakcik tu boleh main cekik leher and lock tangan orang pulak. Dj tu adik Faizal Tahir kan... rupa dan suara sama..

Kurex Publish time 10-5-2024 03:40 AM

mesti rengtua tu ada saka

limesherbet Publish time 10-5-2024 06:36 AM

Edited by limesherbet at 10-5-2024 06:44 AM

Mmg macam² perangai i tengok bila solat jemaah kat masjid. Kaum malayu ni pelik kalau solat jemaah di masjid takmo rapatkan saf....bahu takmo sentuh, kaki takmo sentuh with each other...antara tiap org tu boleh nye pulak ade jurang..eh faham.ke maksud rapatkan saf tu????

kalau di saf depan org lain berkumpul tetiba ade puak² yg diri jurang satu meter sbb dia nak togede2 dgn kawan dia berdua. 3 org sini, 4 org sana. ehhhhh mcm tu kalau taknak ikut ajaran nabi pergi solat kat rumah. Sbb tu la islam tak menang lagi, dari solat jemaah pun dah fail.. berpuak² berpecah belah:shakehead3:

lolipopmanish Publish time 10-5-2024 06:51 AM

Emo nye pakcik ni
Pages: [1] 2 3
View full version: “Imam Tengah Wirid Tiba-Tiba Dia Cekak Leher Budak Tu” – Warga Emas Mengamuk Kakinya Dilanggar Ketika Rapatkan Saf


ADVERTISEMENT