CARI-MAL Publish time 9-5-2024 10:40 PM

NCCIM saran GST diperkenal semula, kadar 4.0 peratus

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/223957hfjfxxx9fzjreex5.png



Petaling Jaya: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik untuk meningkatkan hasil kerajaan.


Presiden NCCIM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, GST bersifat menyeluruh untuk semua pihak berbanding pengenalan pelbagai cukai baharu ketika ini yang hanya tertumpu kepada beberapa golongan.


Beliau berkata, NCCIM yang juga gabungan lima dewan perniagaan iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) turut bersetuju GST 2.0 perlu diperkenalkan pada kadar empat peratus.


Katanya, langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai cukai baharu bagi menampung pendapatan kerajaan yang pada akhirnya memberikan tekanan kepada perniagaan, justeru wajar mempunyai pandangan politik yang jelas dengan memperkenalkan semula GST.


"Jika GST 2.0 dilaksanakan semula, semua pihak akan dikenakan cukai, termasuk pekerja asing di negara ini. Ketika ini, mereka tidak dikenakan sebarang cukai


"Malah jumlah yang diperoleh oleh GST juga lebih tinggi berbanding cukai sedia ada. Kerajaan juga boleh beri semula hasil GST ini kepada golongan memerlukan menerusi pemberian rebat atau pemberian baucar petrol, tenaga atau runcit.


"Satu cukai untuk semua. Kerajaan dapat tambah pendapatan, rakyat dapat kembali bayaran cukai menerusi pemberian semula baucar atau rebat dan perniagaan juga dapat terus berdaya saing," katanya ketika ditemui pada Forum Ekonomi Nasional NCCIM 2024 di sini, hari ini.


Sementara itu, Thian Lai berkata, Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut perhatian bersama dan tindakan bersepadu.


Beliau berkata, lonjakan teknologi dengan kemajuan dalam kecerdasan buatan, automasi dan pendigitalan bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi turut memberi halangan kepada industri.


Katanya, penerimaan teknologi dan inovasi digital katanya, juga menyebabkan perniagaan terdedah kepada serangan siber.


"Kesalinghubungan pasaran global mendedahkan semua pihak kepada kelemahan yang berpunca daripada kejutan luaran dan turun naik ekonomi, menekankan keperluan untuk daya tahan dan perancangan strategik," katanya.


Beliau menambah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia mencerminkan prospek yang lebih baik untuk ekonomi maju.


Katanya, pemacu utama kepada pertumbuhan global pada 2024 adalah kemungkinan pemulihan dalam perdagangan global melonjak kepada 2.6 peratus daripada penguncupan 1.2 peratus pada 2023.


"Pada 2024, ekonomi Malaysia bersedia untuk pemulihan yang diterajui eksport serta peningkatan pelaburan dan sektor pelancongan.


"Bagaimanapun, perbelanjaan pengguna mungkin lebih terhad pada 2024 dengan kadar pertukaran ringgit yang lemah, kenaikan kadar cukai perkhidmatan dan program rasionalisasi subsidi kerajaan yang memberi tekanan terhadap inflasi dan kos sara hidup," katanya.


Sumber : Harian Metro

mojarean_X Publish time 9-5-2024 10:42 PM

hantulaksa Publish time 9-5-2024 11:13 PM

terbukti kebodohan lge dan kwn2nya. kat mana terbulu-bulu nak letak muka ye?

sharlenetexas Publish time 9-5-2024 11:54 PM

Tax holiday.


Skuau Publish time 10-5-2024 12:18 AM

"10% pon tada apa..kita asing worang apa pon tada bayar sini malezia vole"-Abangla

kasibiman Publish time 10-5-2024 12:28 AM

Dah 350,000 puak kau kaut 'penjimatan' bila GST dimansuhkan skang kau nak GST ada balik?

Mana hujah2 kau kos sistem GST buat korang rugi? Kos sistem GST kununnya buat korang gulung tikar?


Dasar natam bewoks lidah bercabang

kasibiman Publish time 10-5-2024 12:30 AM

Bukan ke motivasi utk perjuangkan kepulangan GST ni sbb pengenalan e-invoicing yg bukan saja tutup lobang puak kau tipu SST bahkan boleh menelanjangkan puak kau yg Selamat ni tipu SST kepada pihak berkuasa?

Kan? Kan? Kannnn?


Madapak. Mamposlah kau. Laknat

izwan_izi Publish time 10-5-2024 01:23 AM

kasibiman replied at 10-5-2024 12:28 AM
Dah 350,000 puak kau kaut 'penjimatan' bila GST dimansuhkan skang kau nak GST ada balik?

Mana hujah ...

Sape kate puak USB ni pandai2...pandai nk menipu tax ade laa..

Diaorg ingat bila GST dimansuhkan dan digantikan dgn SST..diaorg boleh cari loophole utk max profit dan cuci duit..

Bila dh business slow nk melingkup..baru diaorg tau yg SST ni banyak keburukan...

Melayu yg sokong PH ni pon bodoh menyokong penghapusan GST bersama puak USB..

Rogue98 Publish time 10-5-2024 01:41 AM

Type C ni lah yg banyak culas bayar tax dulu...menyampah tengok... Skrg semua biz pun melingkup... spending habit dah berubah...orang tak belanja sangat... sapa suruh jatuhkan kerajaan Najib dulu.... ;P

Kurex Publish time 10-5-2024 03:44 AM

baca komen2 atas, iols pelik bila Melayu suka nak contoh cina "tengok cina kerja, tengok cina niaga".. iols keje dgn leluhur ni, iols rasa macam keje dgn budak sekolah

brownstone Publish time 10-5-2024 04:36 AM

Bila e-invoice dilaksana, kenapa nak GST bagai?

Hahaha. Dah la GST tu ada input & output tax.

Baiklah SST yg lagi simple. Kau nak naikkan harga itu terpulanglah, sebab ada pengilang yg boleh absorb, jadi lebih kompetetif dari ko.

snowflakes Publish time 10-5-2024 05:01 AM

Sst is better for end user meh

AbukRokok Publish time 10-5-2024 05:48 AM

Lebih baik merana dari menelan ludah sdri konsepnya

shamsadis Publish time 10-5-2024 08:02 AM

Skuau replied at 10-5-2024 12:18 AM
"10% pon tada apa..kita asing worang apa pon tada bayar sini malezia vole"-Abanglahttps://www.facebook.com/reel/922316432484103
https://www.facebook.com/reel/922316432484103

venom1 Publish time 10-5-2024 08:03 AM

kembalikan GST.

Minami2013 Publish time 10-5-2024 08:15 AM

Kalau nak kembalikan gst ada 2 benda i harap di consider oleh gov sebelum implement:

1. Start dgn rate yg rendah dulu. 3%?... Ini utk pastikan peniaga tak main harga naik sesuka hati ie SME
2. GST boleh off-set against taxable income mcm bayar zakat.. term nya rebate?. Jadi kita tak byr tax dua kali.

Purplehaz Publish time 10-5-2024 01:06 PM

Gst terbaik
utk peniaga yg lari dari byr cukai.
Sekian

krustykrab Publish time 10-5-2024 01:07 PM

Piji x de formula baru ke?
{:8_670:}

unoryah Publish time 10-5-2024 01:42 PM

Minami2013 replied at 10-5-2024 08:15 AM
Kalau nak kembalikan gst ada 2 benda i harap di consider oleh gov sebelum implement:

1. Start dgn r ...

harap pihak gov nampak komen ni



otai_g Publish time 10-5-2024 02:11 PM

Pening la. Kejap ada kejap x ada. Dulu ph kata nak mansuhkan gst. Pastu ph nak wujudkan blk?
Pages: [1] 2
View full version: NCCIM saran GST diperkenal semula, kadar 4.0 peratus


ADVERTISEMENT