CARI-HBZ Publish time 9-5-2024 10:25 PM

Kak Lina Pom Pom bakal hos Melodi? - "saya tidak terima sebarang tawaran pun lagi"

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/222421xl1wjiza1z6xjz5r.png



"Sekiranya diberi peluang dan semuanya okay serta ada rezeki, Insya-Allah, saya tidak menolaknya," kata pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein ketika mengulas desas-desus dirinya bakal mengendalikan program hiburan terkemuka, Melodi seperti diperkatakan ramai.


Kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, yang dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom, setakat ini, dia tidak ada menerima sebarang tawaran untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.


"Saya sedar ramai yang cakap nama disebut-sebut tetapi buat masa ini, saya tidak terima sebarang tawaran pun lagi.


"Sekarang ini memang musim program Melodi mengambil pengacara jemputan dan saya antara artis yang diundang untuk menjadi pengacara bersama hos Ain Edruce selama dua minggu sebelum ini," katanya ketika ditemui Harian Metro.


Mengenai pengurusan pula, kata pemenang trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 ini, dia tidak lagi bernaung di bawah saluran Astro sejak awal tahun ini.


"Kontrak bersama pengurusan Astro selama setahun sudah berakhir.


"Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pengurusan dan memilih untuk bergerak sendiri bersama 'team' sejak awal tahun ini.


"Pada masa sama, saya juga tidak akan lupakan jasa baik pihak Astro dan kalau ada tawaran untuk projek tertentu saya akan pertimbangkannya," kata bekas pengacara program All Stars Gegar Vaganza ini.


Sumber : Harian Metro

hyie Publish time 9-5-2024 10:39 PM

lucu iya benang kak lina masuk isu semasa ;P

dua_chzy Publish time 9-5-2024 10:40 PM

Ko tengok la si Cari HBZ ni

KO TENGOKKKK JEEEE

mojarean_X Publish time 9-5-2024 10:43 PM

Kebal eh x kena move ke bodgos.

j3m4h Publish time 9-5-2024 11:07 PM

Tukar la host melodi cam ne pon..prog sangkak mcm ni dah x relevan pon..sos med lg laju gosip xyah nk tggu depan tv ahad ponggg…streotype kak lina modal birah gedik miang tu je la recycle smp ajm..layan je la pucuk muda cikgu tu diam2.. kalo nk yg fresh bagi dak AGY tu jd hos.

fefeeling Publish time 10-5-2024 12:49 AM

Edited by fefeeling at 10-5-2024 12:51 AM

Jaman now ada lg org menghadap tv tgh2 hari ahad? Jalanraya manjang jem org tak duk umah tgk tv dah kot.. gosip2 pun basi hari ahad br nak keluar.. org tau way in advance semua benda di hujung jari jah.

Kurex Publish time 10-5-2024 03:51 AM

ingatkan iols salah bod

zuuu Publish time 10-5-2024 05:18 AM

fefeeling replied at 10-5-2024 12:49 AM
Jaman now ada lg org menghadap tv tgh2 hari ahad? Jalanraya manjang jem org tak duk umah tgk tv dah...

Ada,mak aq antara salah sorang:lol:

ezacbee Publish time 10-5-2024 05:59 AM

Lama x tengok melodi. Pukul 12 lagi ke?

Ada lagi ke jjcm??? :lol:

lolipopmanish Publish time 10-5-2024 06:49 AM

Ini isu semasa ke

sayurmayur88 Publish time 10-5-2024 07:38 AM

macik2 now pon x layan sgt melodi sebb socmed lagi cepat dan meriah gosipnya...

hayrin86 Publish time 10-5-2024 09:48 AM

j3m4h replied at 9-5-2024 11:07 PM
Tukar la host melodi cam ne pon..prog sangkak mcm ni dah x relevan pon..sos med lg laju gosip xyah n ...

Kan.. Cari Forum dan portal hiburan dah ada.. BTW, salah bod ini..

supernaturalee Publish time 10-5-2024 10:43 AM

weekend baru ni kebetulan di kg
sambil2 siap2 mkn tghri tu ada la jgk jeling2 melodi ni
stlh sekian lama tak tgk

hos ms tu ain dgn janna
tak bestnya lahai
masih konsep sama

stail bengong2
tak kelakar

renko Publish time 10-5-2024 11:01 AM

rentua ni kang menari2 lalok la ni kang

I.K.A888990 Publish time 10-5-2024 04:20 PM

baca forum je lagi pantas gosip haha
takyah melodi ka meletop ka haha

j3m4h Publish time 10-5-2024 05:28 PM

hayrin86 replied at 10-5-2024 09:48 AM
Kan.. Cari Forum dan portal hiburan dah ada.. BTW, salah bod ini..

Zaman dah berubah patot program mcm ni pon kne la ikut arus semasa jugek nk membawang gittew..

MissYouSayang Publish time 10-5-2024 06:01 PM

Acik mana nak tgk melodi ni...?
Gosip pon delay berminggu2 baru nk kupas...lawakkk siot

krustykrab Publish time 10-5-2024 06:02 PM

lolipopmanish replied at 10-5-2024 06:49 AM
Ini isu semasa ke

Hanya reputz cari je yg dibenar merojakkn forum
{:8_670:}

hayrin86 Publish time 11-5-2024 09:47 AM

MissYouSayang replied at 10-5-2024 06:01 PM
Acik mana nak tgk melodi ni...?
Gosip pon delay berminggu2 baru nk kupas...lawakkk siot

Cuma yang tak ada Internet termasuk jenama UniFi aje tgk..

Pages: [1]
View full version: Kak Lina Pom Pom bakal hos Melodi? - "saya tidak terima sebarang tawaran pun lagi"


ADVERTISEMENT