mojarean_X Publish time 9-5-2024 07:59 PM

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri

Tunku Mahkota Ismail bertitah mahukan kerajaan negeri mengambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat dan agensi terlibat sekiranya perkara sama berulang. - Gambar/ Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi

ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Baginda bertitah mahukan kerajaan negeri mengambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat dan agensi terlibat sekiranya perkara sama berulang.
"Perkara ini (gangguan bekalan air) tidak boleh berlaku lagi pada masa akan datang.

Jika berlaku lagi, saya menitahkan kerajaan negeri agar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap syarikat dan agensi terlibat.


"Saya ingin tegaskan air Johor adalah kedaulatan dan khazanah negeri yang dijaga dan dipelihara dengan penuh tanggungjawab," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Gangguan bekalan air yang berlaku di Kluang dan Kulai bulan lepas telah menjejaskan persiapan lebih 1,000 penduduk untuk menyambut hari raya.

Sementara itu, Pemangku Sultan Johor turut menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil mudah terhadap isu sensitiviti melibatkan agama demi menjaga keharmonian di negeri ini.

Baginda juga menitahkan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan bagi membendung perkara yang mengganggu keharmonian masyarakat daripada berulang.

"Ini merupakan peringatan pertama dan saya harap yang terakhir. Jangan diulang perbuatan sama yang hanya akan meruntuhkan keharmonian bermasyarakat di Johor. Jangan sesekali gunakan agama sebagai politik," titah Tunku Mahkota Ismail.
-- BERNAMA

sharlenetexas Publish time 9-5-2024 08:13 PM

Tentu faz teringat kenangan lalu. Tapi cepat2 back to reality kita semua ada kehidupan sendiri. Semua dah move on.

Lily_Elizabeth_ Publish time 9-5-2024 08:25 PM

tadi berita pasal education. Ini air.
Pages: [1]
View full version: Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri


ADVERTISEMENT