CARI-MAL Publish time 9-5-2024 03:25 PM

Virus FLiRT menular di Amerika Syarikat

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/152452jcxq0zqxnsqzsnky.png





WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran mengenai mutasi baharu Covid-19 dinamakan FLiRT, lapor agensi berita United Press International semalam.


CDC menyatakan, varian itu dikesan dalam sampel air kumbahan, manakala pemantauan kes antara 14 April hingga 27 April lalu menunjukkan varian FLiRT merangkumisatu perempat daripada keseluruhan kes baharu Covid-19 di Amerika Syarikat.


Ia meletakkan FLiRT di hadapan strain dominan sebelum ini iaitu varian JN.1 yang membentuk22 peratus daripada keseluruhan jangkitan Covid-19, demikian menurut CDC.


Bercakap kepada laman berita WebMD, Dekan Fakulti Kesihatan Awam Universiti Yale, Dr. Megan Ranney berkata, varian FLiRT menunjukkan beberapa perubahan yang membimbangkan.


Salah satunya adalah peningkatan protein virus tersebutyang digunakan untuk menyerang tubuh manusia.


Kemunculan FLiRT juga membimbangkan pakar-pakar ketika kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan.


Antara gejala pesakitdijangkiti varian FLiRT termasuk demam atau rasa seram sejuk, batuk, sakit tekak, hidung berair, sakit kepala, sakit otot, sukar bernafas dan kelesuan. – AGENSI

kepompong Publish time 9-5-2024 03:45 PM

tanda2 kena ambik dose ke - 5 ke. ini kefahaman dai apa yg i baca artikel tu

hyie Publish time 9-5-2024 04:45 PM

agichuuuu...acik ritrud dah boleh standby peluru iya ;P

KamikuP Publish time 9-5-2024 05:07 PM

Nak kene ambik vaksin apelak kali ni?

noell Publish time 9-5-2024 05:11 PM

flirt??bkn virus neh dh ada kat malaysia ka camna??heboh bkn main dulu pasai artis jantan dok flirt dgn semua co-stars dia sampai kena tangkap kalwat segala:$;P

kyrana Publish time 9-5-2024 05:23 PM

sudah2 la tu nk suruh cucuk beksin produk yahudi zionis yang tengah bantai rakyat Palestin.

jiwasemangat Publish time 9-5-2024 06:57 PM

..dia dah start wat citerr.. nanti kruar segala ramalan simpson laa.. kumpulan hak asasi manusia internasional bagai laa macam².. last² kena cucuk beksin.

Dwdrum Publish time 10-5-2024 09:06 AM

Sekarang ini tidak perlu cerita new virus kah apa di mainstream media...documentary kan saja... Documentary auditions lebih rational untuk faham berita begini...biar jadi msytery ..

hayrin86 Publish time 10-5-2024 09:46 AM

Elak-elakkan dari menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa (selain Hari Kekasih, Hari Wanita dan Hari Pekerja serta seumpamanya)..

Gingerly Publish time 10-5-2024 09:58 AM

Expected. Bumi membiak mcm2 virus. Makin lama makin resist. Nk bagi faktor, panjang list.
Hidup mcm biasa.
Balak ini bagus untuk org yg sentiasa bersyukur ingat tuhan. Balak atau rahmat. Sama jew bagi org ada iman.

Jikalau kau mengeluh dan hilang sabar, tak untung lah.

pokokmeranti Publish time 10-5-2024 11:39 AM

Gingerly replied at 10-5-2024 09:58 AM
Expected. Bumi membiak mcm2 virus. Makin lama makin resist. Nk bagi faktor, panjang list.
Hidup mcm...

balak hanya bagus utk org politik, boleh jual nak beli kereta utk mereka bawa sedangkan rakyat dibiarkan kesusahan.

Gingerly Publish time 10-5-2024 12:02 PM

pokokmeranti replied at 10-5-2024 11:39 AM
balak hanya bagus utk org politik, boleh jual nak beli kereta utk mereka bawa sedangkan rakyat dib ...

Semoga pokokmeranti berpindah kew kawasn yg selamat drpd mjadi mgsa kayu balak org foolitik itteww

airfilterkotor Publish time 10-5-2024 12:10 PM

Edited by airfilterkotor at 10-5-2024 09:07 PM

Semoga media massa buat citer pasal bakteria/virus permafrost yg dah mengalir lesu ke sungai.
Biar menggelabah tetek netizen semua.

B40tastePosh Publish time 10-5-2024 12:18 PM

Gingerly replied at 10-5-2024 12:02 PM
Semoga pokokmeranti berpindah kew kawasn yg selamat drpd mjadi mgsa kayu balak org foolitik itteww

Selalunya balak berkaitan dengan Walaun

Gingerly Publish time 10-5-2024 12:31 PM

B40tastePosh replied at 10-5-2024 12:18 PM
Selalunya balak berkaitan dengan Walaun

Aku kenal waalaikumsalam jeww

antikorok Publish time 10-5-2024 12:31 PM

kepompong replied at 9-5-2024 03:45 PM
tanda2 kena ambik dose ke - 5 ke. ini kefahaman dai apa yg i baca artikel tu


{:8_650:}

Tinot7 Publish time 10-5-2024 02:40 PM

Gingerly replied at 10-5-2024 09:58 AM
Expected. Bumi membiak mcm2 virus. Makin lama makin resist. Nk bagi faktor, panjang list.
Hidup mcm...

Balak ka bala?

Gingerly Publish time 10-5-2024 03:00 PM

Tinot7 replied at 10-5-2024 02:40 PM
Balak ka bala?

Bala'. Tapi aku mls pakai apostrophe.

Samerosie Publish time 10-5-2024 03:13 PM

Edited by Samerosie at 10-5-2024 03:14 PM

hayrin86 replied at 10-5-2024 09:46 AM
Elak-elakkan dari menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa (selain Hari Kekasih, Hari Wanita dan Hari Pekerj ...

Betul tu. Nak sambut hari ibu atau bapa seseorang itu perlu menjadi seorang ibu dan bapa dgn ber-anak. Bila dah beranak, bila anak2 start ke nursery atau sekolah., makan berbondong2 lah virus dibawa baliknya yg mana kendian jangkitkan ke ibu dan bapa. Better lah jadi andartu selama nya pastu kena love scam. Gitu iols kecam secara halus.

_blackbird Publish time 10-5-2024 04:15 PM

Lepas kena virus flirt ni jadi romentik mcm alip ajis kaaaa?? Tak aman dunia. Lagi bahaya dari covid ni :lol::lol:
Pages: [1] 2
View full version: Virus FLiRT menular di Amerika Syarikat


ADVERTISEMENT