CARI-MRO Publish time 8-5-2024 08:58 PM

‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/205743bmhte6soo8yzmv88.png





Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘sisi gelap’ rumah tangganya dengan mengakui bahawa dia dan isteri sebenarnya menyukai kaum sejenis.


Menerusi luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, lelaki berusia 27 tahun itu mengakui dia dan isteri terpaksa mendirikan rumah tangga selepas didesak oleh keluarga kedua-dua belah pihak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/205758nj4j493dszt4994d.png





"Aku tak ada ‘suami’ lain tapi isteri aku ada. Aku mula-mula tahu dia macam tu masa awal kahwin. Tiap kali bila ajak bersama, dia beri banyak alasan. Tapi aku bersyukur sebab tak perlu buat benda tu. Aku pun ajak-ajak ayam je. Tak ada niat nak bersama."


Pada awalnya mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah sehinggalah pada suatu hari, ibu bapa mereka mula bertanya tentang zuriat. Akhirnya, dia dan isteri bersetuju untuk menunaikan permintaan keluarga.


"Budak tu lahir daripada hubungan pura-pura. AKu tak tahu macam mana nak hadap bila dia lahir nanti. Isteri aku pula dah nekad lepas beranak, dia nak aku ceraikan sebab dia kata goal dia untuk beri menantu dan cucu untuk mak ayah dia dah selesai."


Ujar individu ini lagi, dia akui sudah penat hidup dalam kepura-puraan selama 5 tahun dan disebabkan itu juga, dia bersetuju dengan cadangan isterinya untuk berpisah.


"Budak yang lahir tu nanti kami janji akan jaga sama-sama. Cumanya dia akan ada dua mak dan dua ayah. Aku juga harap yang budak ni nanti tak perlu lalu apa yang mak ayah dia lalui. Aku dengan isteri tak kisah dia nak jadi apa, janji dia tak perlu hidup dalam kepura-puraan."


"Aku sejujurnya selalu doa agar Allah tarik nyawa ibu bapa aku cepat sebab aku dah tak sanggup menipu. Aku rasa aku anak derhaka sebab fikir benda mcam ni tapi aku dah korbankan diri aku untuk kekal taat kepada mereka."


Dalam kesempatan itu. individu tersebut sempat meminta orang ramai mendoakan agar urusan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka dipermudahkan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan nasihat dan doa agar pasangan tersebut segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


Sumber: X Mein Mokhtar/Ohbulan

jejai Publish time 8-5-2024 11:46 PM

macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian

prince_marhaen Publish time 9-5-2024 10:05 AM

jejai: macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian

..kawan meols ada... dia feeling bini dia (pengkid/tomboy) tu suami... masing2 buat seks pun sebab family nak anak/cucu/waris... tapi masing2 ada partner & tahu rahsia masing2...

Sazreena Publish time 9-5-2024 01:21 PM

Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didikan agama..abis dah mak bapak pun kelaut, better jgn ada anak kalau setakat nak puaskan hati org lain.

dua_chzy Publish time 9-5-2024 09:55 PM

Dah came out as LGBT, family pula paksa kawin non homo punya pasangan.

Bodo punya family. Bodo bodo bodo. Sambung la korang keturunan LGBT tu. Patutnya stop kat anak korang tu jah. :I

_kelly Publish time 9-5-2024 11:52 PM

pastu panggil anak tu "budak" ..kesiannya :(
Pages: [1]
View full version: ‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang


ADVERTISEMENT