eddlisa_uyuk Publish time 8-5-2024 09:05 AM

AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT



Nantikan drama adaptasi novel Aku Bukan Ustazah karya Lyna Masud akan mengisi slot Akasia di TV3. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Mengandingkan Erysha Emyra, MK K-Clique dan Zahiril Adzim selaku pelakon utama. Aku Bukan Ustazah disiarkan mulai 3 Mei 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7:00 malam di TV3 dan strim di Tonton.

Aku Bukan Ustazah
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Ayuni Zamani
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Erysha Emyra sebagai Aminah
MK K-Clique sebagai Adam
Zahiril Adzim sebagai Omar
Raden Zaharatul sebagai Sally
Shaza Bae sebagai Sam
Qistina Khaled sebagai Zaza
Fikhree Bakar sebagai Ustaz Aslam
Ahmad Syafiq sebagai Ustaz Azhar
Razak Ahmad sebagai Ustaz Ahmad
Fadilah Mansor sebagai Ustazah Fatimah
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Hamid
Danial Dashuki sebagai Anas

Husna Mustaffa
Haneesya Hanee


Sinopsis Aku Bukan Ustazah


Aminah (Erysha Emyra) seorang gadis berniqab, yang membesar di sebuah Madrasah. Pertemuan pertama Aminah dan Adam (MK K-Clique) ketika Adam terlibat dalam pergelutan. Perut Adam telah ditikam dan terpaksa membuka niqab demi membalut luka Adam. Sejak insiden tersebut, ia telah merubah kedua kehidupan Aminah dan Adam.


Sinopsis Novel Aku Bukan Ustazah


Dia Aminah. Seorang niqabis yang berpaling dari ijtihadnya kerana fitnah manusia. Kerana seorang Adam, maruahnya sebagai niqabis dipijak-pijak lalu dia tekad untuk keluar mencari jalan hidup sendiri. Di situlah bermula episod kehidupannya bersama dengan rakan-rakan yang berbeza pegangan hingga dia hampir terjerumus ke lubang noda yang dia gali sendiri. Dia mencipta dirinya sebagai ‘Miya’ manakala ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh. Adam dan Omar. Dua pemuda yang berbeza cara hidup cuba merebut kasih sang niqabis. Adam merupakan pemilik sebuah kelab malam, hidupnya penuh dengan noda manakala Omar seorang doktor perubatan lulusan universiti di Mesir dan sangat menjaga agamanya. Antara dua, hanya seorang yang Aminah paling dekat namun sering dia menafikan perasaannya itu. Mana mungkin syaitan bersatu dengan bidadari syurga?


kredit to myinfotaip.com





eddlisa_uyuk Publish time 8-5-2024 09:07 AM

x suka sgt tgk si MK nih bila berlakon

tapi suka tgk ada si Zahiril, lama tak tgk dia lakon

muntahijo Publish time 11-5-2024 01:09 PM

eddlisa_uyuk replied at 8-5-2024 09:07 AM
x suka sgt tgk si MK nih bila berlakon

tapi suka tgk ada si Zahiril, lama tak tgk dia lakon

kan, kayu sekayunya. Mcm mana boleh jd lead. Bg la part kecik dlu.

sharlenetexas Publish time 12-5-2024 02:21 AM

Kayunya hh.


eddlisa_uyuk Publish time 13-5-2024 10:46 AM

muntahijo replied at 11-5-2024 01:09 PM
kan, kayu sekayunya. Mcm mana boleh jd lead. Bg la part kecik dlu.

sebelum nih pun dia ada jadi lead...sama gak...still kerass

muntahijo Publish time 15-5-2024 10:23 AM

Edited by muntahijo at 15-5-2024 10:26 AM

pompuan hitam manis tu pun tak pandai berlakon. Dia mcm nak buat acah2 nigger tapi tak menjadi and tak kena.Adoi. Mcm mana lah Zahiril boleh termasuk dlm cerita yg ramai kayu kayan ni hahaha. Baik dia jd lead. Jalan cerita ni mcm ok tapi tu lah..slain dr anak papa dgn megah holding, banyak industri perkayuan.

divalaura Publish time 15-5-2024 05:00 PM

ramai kayu dalam drama ni..
tak best

cycra Publish time 16-5-2024 04:36 PM

adaptasi novel kah?

izzah_mia Publish time 29-5-2024 02:38 PM

kenapa ye omar tu kawin dengan aminah tapi dia tak suka pun aminah tu? katanya keluarga aminah yang mintak sebab nak tutup malu.
tp omar tu marah plak bila hazirah tu amik & pakai gelang aminah...selongkar barang aminah. jeles dengan adam...confuse

scene kena paksa makan masakan hazirah tu lawak;P

eddlisa_uyuk Publish time 30-5-2024 11:55 AM

izzah_mia replied at 29-5-2024 02:38 PM
kenapa ye omar tu kawin dengan aminah tapi dia tak suka pun aminah tu? katanya keluarga aminah yang...

yang tau laa, hari tu si omar tu ada betting dgn sam....

dia kata macam mana pun dia nak juga dapatkan aminah
dia nak menang betting tu je....

wpun dia tau aminah x suka dia pun

eddlisa_uyuk Publish time 30-5-2024 11:56 AM

kebetulan lak, si aminah tu, terima...alasan ikut kata family

boleh lak, padahal abang & ayah dia byk kali tanya...yakin ke

izzah_mia Publish time 30-5-2024 01:32 PM

oh...kisahnya. tapi omar asyik ckp abang aminah yang suruh. sebab dia dah bercinta dengan zahira time tukan?
kenapa omar ingat aminah ni bkn ppuan yang baik? takkan sebab berkawan dengan sally, sam & zaza tu?
Pages: [1]
View full version: AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT


ADVERTISEMENT