mattzzx Publish time 7-5-2024 05:53 PM

7 lelaki buat onar, samun pusat kebajikan dihuni

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/IMG_3951.jpeg
Gambar hiasan

SEGAMAT – Tujuh penghuni sebuah pusat perlindungan kebajikan ditahan pihak polis kerana disyaki melakukan kegiatan samun berkumpulan di pusat yang dihuni mereka di Kampung Jawa, di sini, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar kawasan Segamat, Johor Bahru dan Bayan Lepas, Pulau Pinang dalam masa 24 jam selepas kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal itu, kesemua suspek memaklumkan berasa bosan menetap di pusat berkenaan serta tidak mahu lagi diberikan rawatan di pusat perlindungan itu.

“Suspek turut melarikan dua buah motosikal jenama Honda EX 90 dan Suzuki Smash Revo 90 milik penghuni lain di pusat perlindungan tersebut.

“Selain samun, suspek turut bertindak menggunakan kekerasan terhadap pengendali pusat tersebut seorang warga emas lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan barangan peribadi mangsa sebelum melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPD Segamat di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zamry, pihak polis turut merampas dua motosikal, sebilah pisau dan sebatang besi yang disyaki digunakan sewaktu kejadian.

Ujarnya, kesemua suspek yang merupakan golongan kurang berkemampuan dan tidak mempunyai waris itu direman selama lima hari bermula 6 Mei. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05/07/7-lelaki-buat-onar-samun-pusat-kebajikan-dihuni/
Pages: [1]
View full version: 7 lelaki buat onar, samun pusat kebajikan dihuni


ADVERTISEMENT