mattzzx Publish time 7-5-2024 05:09 PM

Komplot jahat stesen minyak dan sindiket

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/petrol_1715067029.jpg
GAMBAR HIASAN

Gua Musang: Tidak hanya lima pacuan empat roda milik sindiket disita malah tiga stesen minyak di daerah ini turut dikenakan tindakan sama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana bersubahat menyeleweng diesel dan petrol subsidi.

Semua tindakan itu diambil melalui Op Tiris sepanjang Februari hingga April lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Gua Musang, Mohd Koma Shapii berkata, tiga stesen minyak dan lima kenderaan pacuan empat roda itu disita mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, stesen minyak berkenaan disita selama dua hari bagi membolehkan pegawai KPDN mengambil keterangan dan melakukan siasatan.


"Sehingga kini kes masih berjalan dan sedang di siasat," katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN Cawangan Gua Musang, di sini, tadi.

Beliau berkata nilai rampasan bagi diesel adalah sebanyak 2,032 liter manakala bagi petrol pula sebanyak 643 liter.

"Lima pacuan empat roda disita itu dianggarkan bernilai lebih RM 80,000.

"Sehingga kini Op Tiris masih berjalan. Pemantauan dan risikan akan terus dilakukan bagi membenteras penyelewengan terhadap barangan kawalan bersubsidi," katanya.

Beliau turut menasihatkan pemilik stesen minyak supaya lebih cakna dan membantu menyalurkan maklumat kepada pihaknya jika terdapat aktiviti pengisian minyak melebihi kuantiti ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1087767/komplot-jahat-stesen-minyak-dan-sindiket
Pages: [1]
View full version: Komplot jahat stesen minyak dan sindiket


ADVERTISEMENT