mattzzx Publish time 7-5-2024 02:09 PM

2 rakyat Malaysia cedera letupan bom motosikal di Narathiwat

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1715055960_1715061831.jpg
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) memantau sempadan di sepanjang Sungai Golok menggunakan kenderaan tempur berperisai (AFV) Commando V150. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Dua rakyat Malaysia antara lapan tercedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, daerah Mueang di Wilayah Narathiwat di Thailand malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, lebih lima motosikal dilaporkan terbakar selepas bom dipercayai dipasang pada kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, semua mangsa berusia antara 20 hingga 30-an hanya mengalami kecederaan ringan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka berasal dari Kelantan," katanya.

Dalam kejadian 28 April lalu, empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom yang dipercayai diletakkan penjenayah di Kampung Pasemas, Sungai Golok.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Pol Col Jadsadavit Inprapan, berkata kejadian berlaku jam 12.05 tengah malam itu, semasa anggota berkenaan dalam perjalanan bagi melaksanakan tugas-tugas keselamatan di pekan Sungai Golok dengan menaiki sebuah kenderaan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1244028/2-rakyat-malaysia-cedera-letupan-bom-motosikal-di-narathiwat
Pages: [1]
View full version: 2 rakyat Malaysia cedera letupan bom motosikal di Narathiwat


ADVERTISEMENT