mattzzx Publish time 6-5-2024 04:53 PM

Terminal feri pelancongan akan dibina di Tok Bali

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-06-at-4.01.47-PM-2048x1536.jpeg
Terminal feri pelancongan dan persiaran akan dibina di kawasan Terusan Semerak di Tok Bali, Pasir Puteh tidak lama lagi. -Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Pejabat Laut Tok Bali akan membina terminal feri pelancongan dan persiaran di Terusan Semerak di sini dalam tempoh terdekat.

Ketua Pejabat Laut Tok Bali, Khairul Ihsan Ismail berkata, cadangan itu masih dalam proses perbincangan dengan Kerajaan Negeri selepas pihaknya mendapati potensi dan keperluan utama terminal feri tersebut akan menjana pendapatan domestik.

Menurutnya, perbincangan kedua dengan pihak kerajaan bakal diadakan pada hujung bulan ini membabitkan kerangka logistik, jenis feri dan perkhidmatan pelancongan dan aspek pelaburan.

“Terminal feri ini merupakan sebahagian langkah memajukan persekitaran pelabuhan Tok Bali dalam agropelancongan selain menjana pendapatan nelayan setempat.

“Tok Bali sudah dilengkapi dengan kemudahan penginapan seperti inap desa dan hotel. Jadi, kawasan ini sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi transit untuk pelancong ke pulau selain aktiviti rekreasi memancing,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri peringkat Jabatan Laut Kelantan di Tok Bali, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairul Ihsan memberitahu, permintaan khidmat feri bagi aktiviti riadah laut kepada pelancong juga adalah tinggi.

Menurut, kedudukan geografi Terusan Semerak dan Kuala Tok Bali yang boleh keluar ke laut dan mudik ke pangkalan sepanjang masa amat sesuai bagi perkhidmatan pengangkutan laut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05/06/terminal-feri-pelancongan-akan-dibina-di-tok-bali/
Pages: [1]
View full version: Terminal feri pelancongan akan dibina di Tok Bali


ADVERTISEMENT