mattzzx Publish time 4-5-2024 11:48 AM

Juara Olimpik Jacobs pecat jurulatih

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jacob31_1714792826.jpg
JACOBS buat keputusan drastik dalam usahanya mempertahankan emas Olimpik di Paris. -FOTO AFP

Nassau, Bahamas: Marcell Jacobs membuat keputusan drastik dengan memecat jurulatihnya dan meninggalkan segala-galanya apabila memilih berpindah dari Itali ke Amerika Syarikat dalam usahanya mempertahankan mahkota kejuaraan 100m Olimpiknya.

Perpisahan dengan Paolo Camossi itu menyaksikan pelari dari Itali berusia 29 tahun itu akan bersama Rana Reider dan kumpulan latihan di Florida yang turut membabitkan atlet American Trayvon Bromell, juara Olimpik 200m Andre De Grasse dan pelari apecut Jepun, Abdul Hakim Sani Brown.

"Terdapat banyak perubahan daripada tahun lalu," kata Jacobs menjelang pertandingan di World Athletics Relays hujung minggu ini di Nassau.

Jacobs dilahirkan di Amerika Syarikat, ibunya berbangsa Itali dan bapanya Amerika tetapi dibesarkan oleh ibunya sejak bayi di Itali, mengejutkan dunia olahraga apabila merangkul dua pingat emas di Olimpik Tokyo yang ditangguhkan akibat Covid.


Dia kemudiannya dinobatkan sebagai juara dunia 60m dunia dan juara Eropah 100m pada 2022.

Bagaimanapun dia kemudian bergelut dengan beberapa siri masalah otot dan gagal kejohanan dunia tahun lalu di Budapest di mana dia tersingkir di separuh akhir.

"Terdapat banyak kecederaan jadi saya memutuskan untuk mengubah segala-galanya," katanya.

"Tahun ini adalah tahun Olimpik dan saya juara Olimpik jadi saya cuba melakukan segalanya untuk kembali lebih kuat daripada sebelumnya."
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/05/1086585/juara-olimpik-jacobs-pecat-jurulatih
Pages: [1]
View full version: Juara Olimpik Jacobs pecat jurulatih


ADVERTISEMENT