Vellfire Publish time 1-5-2024 10:16 PM

Gunung Berapi Ruang meletus lagi

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/05/WhatsApp-Image-2024-05-01-at-11.55.39-AM-1-optimized.jpeg

KUCHING: Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725 meter dari paras laut dilaporkan telah meletus semula awal pagi, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ketinggian letusan yang dicerap adalah mencapai 63,000 kaki iaitu 20 kilometer.
Ekoran itu, katanya, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Cuaca enerbangan (SIGMET) kepada operator penerbangan kerana debu gunung berapi dijangka memasuki ruang udara Malaysia dan boleh mengganggu operasi penerbangan di dalam Kota Kinabalu Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR).
Jelasnya, debu gunung berapi yang terbentuk juga boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat.
“Berdasarkan model trajektori daripada Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), debu gunung berapi ini dijangka akan memasuki ruang udara negara dan memberi kesan signifikan sepanjang tempoh ramalan sehingga 5 Mei ini.
“Kami bertanggungjawab melaksanakan pemantauan aktiviti pergerakan debu gunung berapi ini secara berterusan dan akan mengemas kini maklumat berkenaan dan mengeluarkan SIGMET, sekiranya perlu,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial.

https://suarasarawak.my/gunung-berapi-ruang-meletus-lagi/
Pages: [1]
View full version: Gunung Berapi Ruang meletus lagi


ADVERTISEMENT