Vellfire Publish time 1-5-2024 10:07 PM

Lelaki warga asing dicekup dengan 50.15 gram dadah

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/05/574cbaa8-777d-46b1-9f2d-b92c1ab4b2e6-optimized.jpeg

SIBU: Seorang lelaki warga asing berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan selepas dicekup bersama dadah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, mangsa ditahan di sebuah bilik sewa di Jalan Tunku Osman lebih kurang jam 4.30 petang.
https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/05/e14d6eec-0fba-40b6-b089-633d19fb05bf-optimized.jpeg
“Suspek berusia 49 tahun ditahan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan pihak polis telah menjumpai 44 paket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya.
Zulkipli berkata, nilai semasa rampasan dianggarkan berjumlah RM5,516.10 dengan anggaran berat kasar rampasan berjumlah 50.15 gram.
Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine/amphetamine.
“Suspek seterusnya ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan telah ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan.
“Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952 jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati,” tegasnya.
Beliau juga memaklumkan bahawa kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah seksyen 38B ADB 1952.

https://suarasarawak.my/lelaki-warga-asing-dicekup-dengan-50-15-gram-dadah/
Pages: [1]
View full version: Lelaki warga asing dicekup dengan 50.15 gram dadah


ADVERTISEMENT