Vellfire Publish time 1-5-2024 10:02 PM

22 rumah musnah dalam kebakaran, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan

https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/05/21cb77e4-1849-4f96-b00b-a8e9a8d41b85-optimized.jpeg

SANDAKAN, Sabah: Seramai 146 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan berkeluasan 0.40 hektar atau satu ekar di Kampung Mangkalinau Parti di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.19 petang.
https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2024/05/c2f80108-8075-45e2-aa83-f5ea156b3832-optimized.jpeg
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan api di kawasan setinggan di Kampung Mangkalinau Parit, Sandakan, hari ini.
“Api berjaya dikawal pada jam 4.41 petang, seramai 46 pegawai serta anggota melibatkan polis, bomba, Sabah Electricity Sdn Bhd serta pihak kebajikan bertugas di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui BERNAMA di lokasi kejadian.
Katanya, semua mangsa yang terdiri daripada 44 lelaki, 47 wanita dan 55 kanak-kanak akan ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni di sini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

https://suarasarawak.my/22-rumah-musnah-dalam-kebakaran-146-hilang-tempat-tinggal-di-sandakan/
Pages: [1]
View full version: 22 rumah musnah dalam kebakaran, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan


ADVERTISEMENT