Vellfire Publish time 1-5-2024 09:52 PM

Pemain industri pelancongan perlu kolaboratif pelabur luar

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240501/twu-ub01052024-hs-nizamp1.jpg

RASMI: Nizam (tengah) memotong reben simbolik perasmian Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise.
TAWAU: Pemain industri pelancongan di daerah ini perlu berkolaboratif dengan pelabur sama ada dari dalam atau luar negara bagi meningkatkan prestasi pelancongan yang mereka usahakan.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerjasama dengan pelabur adalah perkara yang perlu difikirkan dan diberikan perhatian sewajarnya.
Katanya, kebanyakkan pemain pelancongan mempunyai pelbagai kekangan termasuklah kewangan, kemahiran, teknologi dan kepakaran untuk memajukan tempat pelancongan mereka.
“Pemain industri ini perlu mempunyai perancangan untuk meningkatkan kualiti dan memajukan kawasan pelancongan mereka supaya boleh menarik kehadiran pelawat.
“Justeru, pemain industri perlu mencari pelabur-pelabur supaya bersama-sama merealisasikan semua perancangan untuk memajukan kawasan mereka,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, pemain pelancongan yang ada di daerah ini diminta supaya memaklumkan secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berkaitan pengoperasian mereka.
“Hal ini kerana, MPT boleh membantu untuk memperkenalkan kawasan pelancongan mereka kepada pelancong terutamanya yang datang dari luar negeri.
“Selain itu, pemain industri juga disaran supaya berdaftar dengan Lembaga Pelancongan Sabah kerana banyak geran bantuan yang ditawarkan bagi membantu usahawan pelancongan di negeri ini,” katanya.
Sementara itu, Nizam menzahirkan penghargaan kepada pemilik Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise kerana berjaya mengubah tanah lima ekar miliknya menjadi tempat pelancongan baharu di daerah ini.
Menurutnya, sebagai pemimpin sememangnya sangat menyokong dan mendokong usaha sebegini kerana ia dapat membantu menaikkan nama daerah ini terutamanya di kawasan apas.
“Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Taman Tema Air dan Rekreasi Apas Paradise termasuklah taman tema air, memancing, berkhemah, bola sepak pantai dan banyak lagi.
“Saya berharap usaha ini mampu menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara pada masa akan datang,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/05/01/pemain-industri-pelancongan-perlu-kolaboratif-pelabur-luar-nizam
Pages: [1]
View full version: Pemain industri pelancongan perlu kolaboratif pelabur luar


ADVERTISEMENT