Vellfire Publish time 30-4-2024 11:38 PM

Program lawatan Perkhidmatan Doktor Udara JKN Sarawak mulai 2 hingga 15 Mei

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/flying-doctor-service1.jpg

Gambar hiasan/Facebook Klinik Kesihatan Lusong Laku, Belaga
KUCHING: Program lawatan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan diadakan di bahagian Sarikei, Sri Aman, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang pada 2 hingga 15 Mei ini.
JKN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan lawatan untuk masyarakat di kawasan terlibat akan diteruskan sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

"Sehubungan itu, masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut diharap dapat menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi memberi laluan kepada PDU tersebut," katanya.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut, hubungi Ketua Penolong Pegawai Perubatan U42 di Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga Junaidi Othman di talian 082-473 200 (ext 416).

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/program-lawatan-perkhidmatan-doktor-udara-jkn-sarawak-mulai-2-hingga-15-mei
Pages: [1]
View full version: Program lawatan Perkhidmatan Doktor Udara JKN Sarawak mulai 2 hingga 15 Mei


ADVERTISEMENT