Vellfire Publish time 30-4-2024 10:08 PM

Mempertahankan kedaulatan negara tanggungjawab rakyat Malaysia

Edited by Vellfire at 30-4-2024 02:12 PM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/kks-ub290424-ysh-seminar1.jpeg

ALBUM: (Dari kanan) Tony Koh, Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Dr. Rizal Zamani İdris, Ketua Program Hubungan Antarabangsa FSSK UMS. Speaker Philip Golingai, Wan Shawaluddin Wan Hassan, FSSK Profesor Madya Ramli Dollah Program Hubungan Antarabangsa FSSK merakamkan gambar kenangan pada program berkenaan.
KOTA KINABALU:Mempertahankan kedaulatan negara adalah perkara penting kepada setiap masyarakat Malaysia.
Demikianlah kesimpulan yang disampaikan kepada hampir 100 pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang hadir pada seminar 'From Tanduo To The Arbitration Award' di sini, pada Isnin.
Speaker Seminar Philip Golingai berkata, mengambil contoh isu pencerobohan Tanduo di Lahad Datu Sabah pada 2013, pelbagai aspek dan sudut perlu dilihat dan ia bukan sesuatu yang mudah.
Para pelajar juga diberikan pemahaman kes berkenaan dari sudut empat perspektif iaitu Mat Bom, Sulu, Manila dan Putrajaya.
Para pelajar juga mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal jawab memandangkan pelbagai persoalan timbul mengenai kejadian berkenaan.
Peserta seminar juga dimaklumkan bahawa Sabah yang terletak berdekatan dengan Kepulauan Jolo perlu dilihat dari segi kedudukan geografi, masyarakatnya, sejarah serta geopolitik.
Pada seminar berkenaan, pelajar juga diberikan penerangan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan itu dan ketabahan serta kecekalan pasukan keselamatan negara untuk menangani masalah itu.
Hadir sama dalam seminar berkenaan ialah Mantan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tony Koh.
Ketika dalam sesi soal jawab, Tony bertanya apakah nasihat terbaik kepada pelajar yang hadir dalam seminar berkenaan mengenai tajuk yang dibentangkan.
Philip berkata, para pelajar atau masyarakat negara ini perlu peka terhadap isu-isu mempertahankan kedaulatan negara.
"Pelajar dijemput untuk mengadakan lawatan ke Jolo untuk memahami sendiri situasi sebenar. Ini sesuai kepada pelajar yang melakukan kajian atau penyelidikan mengenai isu-isu berkenaan."Tinjauan sendiri itu boleh menghasilkan dapatan kajian yang lebih kredibiliti," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/mempertahankan-kedaulatan-negara-tanggungjawab-rakyat-malaysia
Pages: [1]
View full version: Mempertahankan kedaulatan negara tanggungjawab rakyat Malaysia


ADVERTISEMENT