Vellfire Publish time 30-4-2024 09:59 PM

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240430/twu-ub30042024-hs-firep1.jpg

MUSNAH: Rumah mangsa musnah keseluruhannya dalam kebakaran berkenaan.
SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah yang didiami terbakar di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun Batu 28, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 84 tahun ditemukan rentung di dalam rumah berkenaan.
Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.41 tengah malam.
Katanya, seramai 12 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal sudah terbakar 100 peratus dan usaha memadam segera dijalankan bagi mengelak api merebak.
“Terdapat seorang mangsa wanita warga emas ditemukan rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.17 pagi.
“Pasukan bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/30/wanita-warga-emas-rentung-dalam-kebakaran
Pages: [1]
View full version: Wanita warga emas rentung dalam kebakaran


ADVERTISEMENT