mattzzx Publish time 30-4-2024 11:14 AM

Pertarungan Paul-Tyson masuk kategori profesional

https://assets.bharian.com.my/images/articles/yrsgpwigj3p5igf_1714445697.jpg
Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson (kanan) akan menentang sensasi YouTube, Jake Paul (kiri) di Stadium AT&T, Texas pada 20 Julai. - Foto AGENSI

WASHINGTON: Pertarungan antara bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson dan sensasi YouTube, Jake Paul di Dallas pada 20 Julai bukan lagi sekadar aksi pertunjukan, tetapi dikategorikan sebagai profesional.

Pertarungan akan berlangsung lapan pusingan, dengan setiap pusingan selama dua minit, dan keputusan perlawanan akan memasuki rekod kedua-dua petinju.

Tyson, yang tewas pada pertarungan rasmi terakhirnya pada tahun 2005, mempunyai rekod 50-6 dengan 44 knockout, dan belum pernah menang sejak menewaskan Clifford Etienne pada tahun 2003.

Timbul kerisauan berkenaan menjadikan pertarungan ini sebagai aksi profesional berdasarkan jurang usia di antara kedua-dua petinju itu.


Paul baru berusia 27 tahun, manakala Tyson akan mencecah usia 58 pada 30 Jun ini.

"Mike Tyson mahu menjadikannya pertarungan profesional. Netflix mahukannya sebagai perlawanan profesional. Jadi saya setuju untuk menjadikannya profesional. Pemenang ambil semua," kata Paul.

Pertarungan akan berlangsung di Stadium AT&T di Arlington, Texas.

Tyson memenangi gelaran heavyweight dunia pertamanya pada tahun 1986 dan mengungguli kesemua gelaran pada tahun berikutnya, hampir 10 tahun sebelum Paul dilahirkan. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/04/1240906/pertarungan-paul-tyson-masuk-kategori-profesional
Pages: [1]
View full version: Pertarungan Paul-Tyson masuk kategori profesional


ADVERTISEMENT