mattzzx Publish time 23-4-2024 11:02 AM

Red Bull kekal minat sambar Norris

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/norris22_1713837827.jpg
NORRIS (kanan) dilihat rakan gandingan terbaik untuk Verstappen (kiri). FOTO AFP

London: Ketua Red Bull, Helmut Marko secara terbuka mengakui bahawa pasukan itu kekal berminat untuk menandatangani Lando Norris, tetapi menegaskan dia 'bukan pilihan dalam jangka pendek'.

Hasrat Red Bull untuk mendapatkan khidmat Norris bukanlah perkara baharu, dengan pelumba Britain itu yang terikat kontrak bersama McLaren sehingga sekurang-kurangnya akhir 2026, kerap dikaitkan bersama pasukan Milton Keynes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner sebelum ini mendedahkan bahawa pasukan itu telah mengadakan perbincangan dengan Norris 'beberapa kali' pada masa lalu.

Sejak itu Norris menandatangani lanjutan kontrak beberapa kali dengan McLaren dalam apa yang dilihat sebagai percubaan untuk mengelak minat daripada pasukan lain.


Red Bull melihat Norris sebagai rakan sepasukan terbaik untuk Max Verstappen pada masa depan selepas rakan sepasukan Verstappen sekarang, Sergio Perez, akan tamat kontraknya pada akhir tahun ini dan masa depannya masih belum ditentukan.

"Sudah tentu dia menjadi keutamaan kami. Bapanya sentiasa bergurau bahawa Lando tidak akan meraikan kemenangan Grand Prix pertamanya sehinggalah Max bersara.

"Saya memberitahunya bahawa Lando perlu datang kepada kami untuk meraih kejayaan lebih cepat," kata Marko kepada ServusTV.

Rakan sepasukan Norris di McLaren, Oscar Piastri, juga adalah pilihan yang berpotensi untuk memandu jentera Red Bull pada masa hadapan.

"Norris mempunyai sekurang-kurangnya kontrak sehingga 2026, jadi dia bukan pilihan dalam jangka pendek, begitu juga Oscar Piastri.

"Tetapi kedua-dua pemandu itu sememangnya menarik perhatian kami pada masa hadapan," kata Marko.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/04/1082727/red-bull-kekal-minat-sambar-norris
Pages: [1]
View full version: Red Bull kekal minat sambar Norris


ADVERTISEMENT