mattzzx Publish time 21-4-2024 04:27 PM

Misi Hafizh terbantut akibat cuaca buruk

https://assets.bharian.com.my/images/articles/cuca_1713687610.jpg
Cuaca buruk akibatkan Perlumbaan 2 pusingan kedua ARRC hari ini dibatalkan. - Foto Hafizh Syahrin

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk menyaksikan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah merakam kemenangan kedua berturut-turut di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) tidak kesampaian selepas Perlumbaan 2 pusingan kedua di Litar Antarabangsa Zhuhai di China yang dijadual berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Asia dalam satu kenyataan, berkata perlumbaan berkenaan terpaksa dibatalkan ekoran amaran taufan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi tempatan.

"Jabatan Meteorologi meningkatkan isyarat amaran kuning ribut hujan kepada oren pada 10 pagi (hari ini) sambil mengekalkan isyarat amaran kuning ribut petir dan angin ribut yang memerlukan semua aktiviti luar dihentikan," kata FIM Asia.

"Dukacita kami terpaksa mengumumkan pembatalan perlumbaan hari ini, keutamaan diberikan kepada keselamatan pelumpa, pasukan dan tenaga kerja ARRC. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu.


Semalam, Hafizh muncul juara Perlumbaan 1 kategori ASB1000 sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team dalam saingan ARRC musim ini.

Pusingan ketiga dijadual berlangsung di Motegi, Jepun dari 7 hingga 9 Jun depan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2024/04/1237360/misi-hafizh-terbantut-akibat-cuaca-buruk
Pages: [1]
View full version: Misi Hafizh terbantut akibat cuaca buruk


ADVERTISEMENT