mattzzx Publish time 8-4-2024 03:44 PM

The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/rocke8424_1712550175.jpg
The Rock (kiri) bersama Roman Reigns mengungguli pertarungan tag team berdepan Seth Rollins-Cody Rhodes di Philadelphia kelmarin. – Foto AGENSI

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat: The Rock melakar kemenangan bergaya sekembalinya ke pertarungan sebenar dalam tempoh 11 tahun ketika pasukannya The Bloodline berdiri megah selepas berakhirnya malam pertama WrestleMania 40 kelmarin.

The Rock dan Roman Reigns mengatasi Seth Rollins dan Cody Rhodes dalam salah satu pertarungan tag team.

Namun kini, Rollins terpaksa mempertahankan kejuaraan dunianya dengan kecederaan lutut yang teruk dan Rhodes mencabar kejuaraan di bawah peraturan Bloodline - bermakna bebanan berganda buatnya.

Dalam usia 50-an dan tidak bergusti selama lebih sedekad, jangkaan terhadap The Rock tidaklah terlalu tinggi.

Bagaimanapun, selepas mudah mendominasi pertarungan itu pada babak pertama, babak penamat mengingatkan kita kepada magis yang masih dimilikinya.

Empat penggusti itu sedar mereka bersaing dalam satu pertarungan legenda di Stadium Lincoln Financial Field di Florida yang dipenuhi 73,000 penonton. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/04/1232892/rock-menang-selepas-sedekad-tidak-beraksi
Pages: [1]
View full version: The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi


ADVERTISEMENT