Raline Publish time 17-8-2023 08:13 AM

Orang dah muak bosan...Neelofa kongsi wajah anak kedua tapi kena kecam?

Inilah wajah Abdullah Abbas anak PU Riz, Neelofa


https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-08-17_at_1.30.15_AM_1692207653.jpg
Neelofa turut berkongsi aksi suami, PU Riz sedang mendukung Abbas melalui hantaran Instagram Story (IGs). Foto IG Neelofa


KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa buat kali pertama berkongsi wajah putera kedua yang dilahirkan 11 Julai lalu, iaitu Abdullah Abbas, melalui hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, membuktikan dirinya berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai.

Aksi Abbas itu dirakam ketika bayi itu menjalani sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio. Melalui entri lain, pengacara Next To Neelofa itu turut memuat naik foto bayinya itu sedang meniarap.

Sementara itu, bekas pengacara Nona itu turut berkongsi pengalaman mengasuh bayi yang disifatkan kuat meragam itu melalui entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-08-17_at_1.30.02_AM_1692207655.jpg
Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan Neelofa membuktikan dirinya berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai. Foto IG Neelofa


"Semalam ummi 'zombie' teruk. Setiap jam bangun dan sampai subuh rasa macam nak menangis. Jam 6 pagi serah Abbas kepada pembantu dan sambung tidur sampai jam 7.30 pagi sebelum Bilal masuk kacau mak dia," tulisnya.

Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di IG, bulan lalu, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot turut 'belanja' wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/08/1141363/inilah-wajah-abdullah-abbas-anak-pu-riz-neelofa

Raline Publish time 17-8-2023 08:17 AM




Raline Publish time 17-8-2023 06:01 PM

tak gempar ke?

urvaashi Publish time 21-8-2023 07:43 PM

thank you all.-https://rb.gy/hgshi

cuhnkedrik Publish time 26-9-2023 04:22 PM

Ia sama kepada saya, jadi saya tidak dapat membezakannya. Apa yang saya tidak faham mini crossword

jeanfly Publish time 8-11-2023 04:10 AM

Pages: [1]
View full version: Orang dah muak bosan...Neelofa kongsi wajah anak kedua tapi kena kecam?


ADVERTISEMENT