Raline Publish time 29-3-2023 06:31 AM

Lelaki kematian isteri berisiko mati awal

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/03/kematian-isteri.jpg
Apabila seorang lelaki yang berusia antara 65 hingga 69 tahun kematian isteri, dia adalah 70 peratus lebih cenderung untuk mati dalam tahun berikutnya. – Shutterstock

Lelaki kematian isteri berisiko mati awal

COPENHAGEN –Satu kajian di Denmark mendapati lelakiyang kematian istericenderung lemah semangat danberisiko menemui ajal dalam waktu yang singkat, lapor agensi berita United Press International semalam.

Kajian tersebut melibatkan hampir 925,000 warga emas di Denmark. Ia mendapatisuami berisiko mati lebih awal selepas isteri mereka meninggal dunia berbanding isteri yang kematian suami.

Menurutnya, apabila seorang lelaki berusia antara 65 tahun hingga 69 tahun kematian isteri, kemungkinan untuk dia meninggal dunia pada tahun berikutnya adalah 70 peratus berbanding cuma 27 peratus untuk golongan balu.

Penulis kajian berkenaan, Alexandros Katsiferis berkata, pasukan penyelidiknya masih tidak pasti mengapa perkara itu berlaku.

“Baluyang kematian suamimungkin mempunyaikeupayaan lebih kuat untuk menghadapi tekanan termasuk tekanan dalam menjaga suami yang sakit bersama keperluan lain.

“Berbeza dengan lelaki, kesihatan fizikal dan emosi mereka bergantung kepada kesanggupan pasangan untuk menjaga mereka. Jadi, apabila si isteri meninggal dunia, mereka hilang arah,” katanya.

Sementara itu, Ketua bahagian Perubatan Penjagaan Paliatif Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt, Dr. Mohana Karlekar berkata, kesedihan akibat kematian pasangan berlaku pada lelaki dan juga wanita.

“Ia boleh mengakibatkan pelbagai keadaan seperti keresahan atau depresi yang kemudian membawa kepada penyakit sepertisakit kepala,susut berat badan, sukar tidur atau sakit sendi,” ujarnya.

Tambahnya, wanitalebih cenderung untuk bersosial dan lebih mudah meluahkan perasaan mereka. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03/28/lelaki-kematian-isteri-berisiko-mati-awal/

Pages: [1]
View full version: Lelaki kematian isteri berisiko mati awal


ADVERTISEMENT