Agent13k Publish time 4-2-2022 05:42 PM

Adakah Anda Masih Ingat? 5 Perisian Komputer Yang Telah Dilupakan

Berbeza dengan zaman sekarang di zaman setiap orang memiliki "komputer peribadi" dalam poket masing-masing dalam bentuk telefon pintar.

Pada sekitar tahun 2000, menyaksikan majoriti menggunakan perisian di komputer yang besar suatu ketika dahulu.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/163839he6i488o3688hle3.pngkredit foto: Softonic



Memetik dari Illuminasi, ini adalah 5 perisian komputer perlu ada setiap masa untuk majoriti pengguna komputer kita.



[*]Winamp

Cukup terkenal sebagai perisian yang ringan serta memberikan antaramukanya ditetapkan sendiri oleh pengguna menggunakan kulit-kulit yang boleh dimuat turun, Winamp ikonik disebabkan oleh rekaannya yang lebih mirip sebuah pemain radio kereta serta fungsi visualisasinya yang cukup diminati sesetengah pengguna.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/164020sv33tstljsljm02s.pngkredit foto: Product Hunt



Ketika ini Winamp sudah jauh ketinggalan walaupun hak miliknya sudah berpindah tangan ke syarikat baru, usaha untuk melancarkan versi terbaru Winamp sehingga kini gagal walaupun dijanjikan pada tahun 2019. Pengguna juga sudah jarang menyimpan fail audio yang mereka dengari secara lokal - membuatkan aplikasi seperti Winamp sebuah relik yang seronok untuk dingati tetapi tidak relavan masakini.



[*]Real Player


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/164231dzuujsqbvtivvxmu.pngkredit foto: My computer




Pada awal kemunculannya dalam tahun 1995, Real Player terkenal kerana menyatukan dua format media iaitu audio dan video dalam satu perisian. Popularitinya menyerlah sehingga menjadi salah satu perisian yang akan dipasang pada setiap komputer Windows 98.

CzyeBTjRg6A

Real Player menawarkan fungsi strim video, menjadi antara servis terawal membenarkan pengguna melanggan video secara langsung di internet seperti siaran sukan. Walau bagaimanapun perubahan teknologi pengekodan video yang akhirnya beralih kepada Flash dan video HTML5. Aplikasi Real player sekarang masih wujud dalam versi komputer dan telefon pintar.



[*]Limewire

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/164326wfvvfslrvbrsstve.jpgkredit foto: Lawyerment



Sebelum wujud sistem BitTorrent yang popular sehingga kini, para pengguna internet yang mendapatkan fail-fail mereka perlukan sama ada yang sah atau tidak sah biasanya menggunakan perisian Napster untuk carian lagu dan Limewire untuk segala-galanya.

Populariti Limewire banyak didorong oleh kemampuannya memindahkan data sama ada dalam bentuk audio, video, dokumen, fail dan banyak lagi yang boleh dikongsikan dengan pengguna lain. Limewire juga sering kali menjadi sumber utama kemasukan virus ke dalam komputer kerana kebebaan yang diberikan untuk pengguna memuat naik dan turun tanpa had.



[*]Napster

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/164429kicbbcegpigsxi9b.pngkredit foto: Medium



Napster adalah Spotify zaman sekarang, sekiranya Spotify memerlukan anda memuat turun satu lagu terlebih dahulu ia memakan masa 2 ke 3 hari lamanya. Ketika kemuncak popularitinya,
Napster mempopular format audio MP3, sejenis format yang sangat mendahului zaman kerana mampu memampatkan audio ke dalam satu saiz yang mustahil difikirkan zaman tersebut.

Napster mula berdepan dengan tuntutan saman daripada pihak pernerbitan karya dari tahun 1999, dengan kontroversi melibatkan kumpulan rock Metallica menjadi antara kes paling hangat dibincangkan. Napster akhirnya menyerah kalah dan mula menjalankan proses pencairan aset bagi membayar denda dan menutup pintu sekitar tahun 2002.



[*]mIRC

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/164540jmocmrdqfdcar11o.pngkredit foto: Audi Faliq



Sebelum wujud media sosial, semua interaksi antara pengguna internet lebih bersifat primitif terhad hanya kepada bilik-bilik bualan yang diwujudkan. mIRC merupakan antar aplikasi perisian paling popular terutamanya di Malaysia, menjadi pilihan anak muda ketika itu untuk berbual dan buat aktiviti ringan seperti bermain kuiz.

Bilik popular di kalangan anak muda ketika itu sudah pasti bilik "@Kampung" yang menjadi antara komuniti terbesar dalam internet setiap hari, 24 jam sehari bilik bualan itu hidup dengan individu yang langsung orang tidak kenali, kecuali dengan nama samarannya.

mIRC juga menjadi medan penting orang ramai mencari pasangan dan ada juga bertemu jodohnya.

Seronokkan era dulu? -CARI

shahreen Publish time 4-2-2022 08:34 PM

Mirc legend

musangbodoh Publish time 4-2-2022 08:50 PM

shahreen replied at 4-2-2022 08:34 PM
Mirc legend

ye..............;P

Miss.Rara Publish time 4-2-2022 09:00 PM

dolu dolu nickname kat mirc manja_lara :lol:{:1_530:}

nakkomenjugak Publish time 5-2-2022 04:08 AM

4shared, bearshare...

hahaha simple sungguh hidup dulu

djzara81 Publish time 5-2-2022 06:15 PM

Zmn aku study uni dpt merasa semua tu. Tukar skin winamp, chatting dgn ntah sesapa nun kat overseas, burn cd lagu…Miss the good old days.

Carcosa Publish time 5-2-2022 09:55 PM

Meols dulu pengguna tegar Limewire :$
Mcm2 lagu download utk masukkan dlm Ipod besi yg berat tu :lol:

akies Publish time 5-2-2022 10:19 PM

Hahaha.. legend software ni..
Iols guna semua dulu masa zaman belajor.
Penuh hardisk simpan lagu .
Kalau nak download lagu .mp3, cari kat jakionline.. hahaha

elzy Publish time 7-2-2022 08:10 AM

Winamp dan Real Player saya salah seorang pengguna tegar tu jer nak bgtau :)

kucingitam Publish time 7-2-2022 10:32 AM

ICQ takde? best gak tu

acepark Publish time 7-2-2022 11:33 AM

yahoo massenger

ayukpingu Publish time 19-3-2022 08:54 AM

yahoo messenger. jumpa jodoh pun dari sana

Murphy37 Publish time 12-8-2023 01:00 AM

Dahulu lebih sukar untuk mencari program yang sesuai untuk keperluan tertentu. Sekarang semuanya lebih mudah. Semua perisian yang diperlukan boleh didapati di Internet. Malah baru-baru ini saya diberitahu tentang malaysia vps. Dikatakan bahawa pelan pengehosan VPS yang boleh dipercayai untuk perniagaan dari semua saiz boleh didapati di sini.
Pages: [1]
View full version: Adakah Anda Masih Ingat? 5 Perisian Komputer Yang Telah Dilupakan


ADVERTISEMENT