[MERGED] Sejarah Muzik Rock Di Malaysia
Edited by winamp05 at 8-5-2019 02:41 AMPada tahun 1986, lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik secara serius. Maka tertubuhlah band Scarecrow.
Setelah beberapa tahun bertungkus - lumus memperbaiki mutu persembahan mereka,
menimba pengalaman, dan mengalami pertukaran ahli band, Scarecrow akhirnya menemui
kejayaan di Kuala Lumpur.
Namun kejayaan ini datangnya dengan satu syarat. Polisi RTM pada lewat 80an tidak mengalakkan nama band yang kebaratan. Scarecrow terpaksa akur dengan kehendak
RTM, dan menukarkan nama band kepada Masa Scarecrow.
Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd, Masa Scarecrow menghasilkan
tiga album. Ketiga - tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.
Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam.
Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik
1991 di PWTC Kuala Lumpur.
Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ),
Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).
Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band
mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.
Mereka tidak menolak kemungkinan bergabung semula seandainya terdapat syarikat
rakaman yang berminat untuk mengikat kontrak dengan Masa Scarecrow.
Tahun demi tahun berlalu, dan kini hanya Shaiful yang masih aktif di bidang muzik. Beliau bermain drums untuk band RoadBlock ( Kuantan ) dan juga diiktiraf oleh penganjur -
penganjur pertunjukan pentas sebagai 'first - call sessionist'.
[ Last edited byamazed at 20-12-2008 05:21 PM ] Masa Scarecrow = Massa
Btul x? http://ar-romli.net/gambar/mazwan.jpg
Mazwan- Guitar
http://ar-romli.net/gambar/lan.jpg
Lan- Guitar
http://ar-romli.net/gambar/zul.jpg
Zul- Vokal
http://ar-romli.net/gambar/madi.jpg
Madi - Bass
http://ar-romli.net/gambar/shaiful.jpg
Shaiful- Drum
[ Last edited byhomer_simpson at 24-6-2007 06:43 PM ] Tragedi
Kata orang, malang tidak berbau. Masa Scarecrow mengalami tragedi sebanyak dua kali
di mana mereka kehilangan Lan ( gitar - ahli asal ) pada tahun 1992, dan vokalis utama;
Zul pada tahun 1996.
Keratan laporan akhbar di bawah telah di imbas dari koleksi peribadi Shaiful.
http://ar-romli.net/gambar/lan_news.jpg
Berita Harian ( 1992 ). Perihal kemalangan jalan raya yang meragut nyawa pemain gitar ( ahli asal ) Masa Scarecrow, arwah Lan.
[ Last edited byhomer_simpson at 24-6-2007 06:43 PM ] http://ar-romli.net/gambar/28069601.jpg
Harian Metro ( Jun 28 1996 ). Arwah Zul terlantar di HTAA Kuantan dalam keadaan koma akibat dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
[ Last edited byhomer_simpson at 24-6-2007 06:42 PM ] http://ar-romli.net/gambar/28069602.jpg
Harian Metro ( Jun 28 1996 ). Pihak polis berjaya menahan dua orang yang
disyaki terlibat dengan pembunuhan arwah Zul.
sumber: http://www.geocities.com/masa_scarecrow/index.htm
[ Last edited byhomer_simpson at 24-6-2007 06:42 PM ] banyak tragedi n kesusahan ye band diaorang ni..ala2 citer the crow brader, topik ni kurang orang laaa..
takleh besarkan sikit ke tajuk die?..tukar tajuk baru ke?..
kite cerita pasal ROCK MELAYU aje kat sini..
so leh masuk byk sket cerita/perjuangan dorang..
ramai lagi peminat rock ni..!
salam Ku cari cahaya
Dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia
Bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar....
Ambik feelin' skit... :'( So ape nasib prnyanyi ini..?
Beliau berjaya utk pulih atau....sebaliknya...?
Hmm...teringat pula i dgn kes penyanyi aLong Spoon yg....dibunuh..... Memang best lagu dia dulu... rock kapak tetap rock!! :lol: lagu patahnya sayap malam tetap all time favorite bery. Originally posted by edmundo at 19-9-2007 03:29 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
So ape nasib prnyanyi ini..?
Beliau berjaya utk pulih atau....sebaliknya...?
Hmm...teringat pula i dgn kes penyanyi aLong Spoon yg....dibunuh.....
Kalau tak silap aku la , penyanyi dia meninggal kan?? memang lagu2 rock lame mendayu dan sedap..
tak macam sekarang..die punye feel tu kurang..!
Reply #13 poison_ivy's post
meninggal dah .... teringat gak zaman seluar sendat tu .... sekolah lagi ... aku tak sempat melalui zaman berseluar sendat..tp lagu-lagu rock mmg seiring ngn waktu kecik aku..besh giler lagu dulu.. wahhh baru est tau pasal cite nih..est membesar bersama rock kapak..huhuuhuh kumpulan2 lain xde ke?
nk tau jugak....:( mostly suma pemuzik zaman rock kapak ni suma dah jadi bapak2 org skrg....